Followers

Thursday, September 30, 2010

Monday, September 27, 2010

sumpahan putera katak




1 New Message.


"Salam, macam mane, demam ke? Boleh gi kelas ke tak? Runsing juga mi selalu demam anak umi. Kuatkan semangat ye dan selalu dekatkan diri dengan Allah. "




Siapa yang kasi message tu, obviously umi aku kan. Huu. It has been few days, aku demam. Batuk + selesema. Masuk ni dah empat kali aku demam duduk dekat USIM. Entah sumpahan putera katak mana aku kena.



Im trying so hard, attending the classes, finish up all the tasks. Im trying my best dengan kudrat orang demam, bangun mata berpinar- pinar pergi kelas and so on. Kau apa tahu?



When it comes to this situation, Im da only one who should be blame for? I said what the heck you think you are? Sometimes I'm wondering why people around me are all selfish? 



Mum, 



Im so sorry that I'm not that strong to stop the shedding tears, not too strong as u wish and ask for. Not too strong to bear with all these people. Im so sorry.




Uhh, I hate this part of myself. 




The next post after the previous one should be another thing tapi nilah salah satu function belog yang digemari. Its the place where my heart speaks, spill, yells. Huuuu. Im a typical girl, inside me. 


Really wish that I can smile. Just like this. 

Why tangan nampak pelik tekan fon uh? Biarkan. Huhu.


Awak, selamat terbang!






Sunday, September 26, 2010

ade bende nak cakap tapi,,,

Assalamualaikum,



sememangnya aku ada benda nak cakap, nak bercerita dan nak dibincangkan bersama tapi maaflah. Uhhh, masa tak mengizinkan. Aku sedih, ya. Apa sebabnya. Lain kali cerita.


Walaupun hari ini sangat indah, pergi ronggeng bersama teman dan suprise party yang sangat cun untuk housemate. Ada gambar nak upload jugak. Tapi nantilah. Ada group discussion nak kena pergi skang.


Next post 2 hari lagi. Kena catu sikit. Kalau tidak, tak tahu apa nak kata. Online sentiasa. Huh.



Maaflah ye semua ;(



~Salam~

Saturday, September 25, 2010

eh atyrah kamu kan







" Eh, atyrah. Kamu dah sampai. Kita tengah takut ni. Berdebar- debar, yelah takut. Satu bengkel ni semua terer- terer, hebat- hebat BI. Kita je yang tak,," Kata seorang teman yang baru dikenali. 



" Kenapa pulak cakap cenggitu. Tak perlu," Jawab aku.



" Yela, kamu dulu budak debate masa kat sekolah. Terer ah. Huhu. "



" Fitnah je tu. Sape bawak mulut tu? Longkang je "



" Ada la budak- budak ni jugak citenye. Saing dengan kamu la ea? Kita tak pandai "



" Hurmmmmmm..........."





Situasi yang berlaku pagi tadi. Heh, semua orang boleh participate benda tu. Hafal je essay yang kome karang lepas tu cakap semua boleh buat kan? Huhu. Lagipun former je aku ni bukan currently. So tak yah nak expect tinggi key? Aku macam orang ramai- ramai jugak, makan nasi, makan ayam sekarang tengah diet ikan nak kasi minda ni power sikit baru boleh jadi tajdid macam Dr Maza gitu. Pergghhh. Tak payah nak ungkit bangkit ke kuih bangkit okay? 



Aku tak suka orang kasi high expectation sebab bila kita dah down the expectation, orang degraded. Buat malu ke tanah je. Ye idak. So simple- simple je.



Tapi tapi tapi tapi kan MR BOYFY aku nanti ala macam menyampah je encikboyfy bagai ni kan I mean legally boyfy la. Tahu kan? Legally disisi religion, ehem mesti tahu macam mana bila aku baca juz amma ke albaqarah then dia translate in english. Recite the meaning in english. Fluently. Okay, enough.



Saya nak tidur dulu. Esok banyak tasking nak kena siapkan. The whole week, all words that can describe it, packed!





merely a short post


This is merely a short post. Im just back from MUET Workshop, it's a packed and terrible day. But but but it's not that terrible with a very nice faci Mr Vicnes. Eheh. He's hot. Keh keh keh. So the mood is still in the air, I mean after attending the whole day of english surrounding. And I'm even sentence to death talking fully english. MUET just around the corner, a month and half something so need to practice it. Sis Asiah asked me to score Band 5. But Band 5 doesn't seems that easy. Okay, that's enough of crap.




What i'm gonna tell you guys???




Some of my friends ask me, "weh tak sayang ke blog lame ade la jugak 100++ followers and now nak tulis blog baru."




Yela, I know 100++ is nothing compare to you and others who got ribu riban followers. Tapi nak wat cemane I'm not anymore comfy to write on the blog. But I do love it my dear oldie one. Huuu, it's part of my life. I jot it down there. I don't even know why exactly the reason but this is the feeling that I want to start something new. That's it. Tak kesahla tak ramai follower, itu bukan persoalannya. Hurm. Kalau ditakdirkan blog ni ada followers pun, I'm surely bear with it. It's not a big deal. By the way, it's a sort of satisfy when there are people who like to know and read our craps ryte? Haha.




Okay, next. Regarding the story. For those who read and know me they asked me to make it in a novel form. Wallaweyh, im so busy selalu macam lipas kudung hape ke bende nye nak tulis novel. Haduh, but me too really hope that i can make it in novel form. Means that need to expand it more and more, touch up little here and there, adding some more characters, put up some conflicts! Hey, it's not easy. Huhuhu. Akan difikirkan, lepas tamhidi kalau ada banyak masa la instead of nak fly ke Joden Penang lagi keje kepsy. Ouh seronoknye makan kepsy hari- hari. Ouh gemokla saya gedebab!




Hey Dear,
It's maybe beautiful when our hearts speak inside and we write it down. We spill in the way that we satisfy, without no fear and shatter. Feels the heart whisper and swell, sometimes it's the thing that we want it end up that way this way, we create it, we write it. If it's not lying on the state of truth it's still in the pieces of paper. The soul of art. Haha. Dahla. Banyak lagi keje nak buat ni. Endless crap. Sigh. 




Come, walk with me.




The guy that can make use the wide words to spill out their feeling, makes my night become longer. Ohh, so pathetic. Seindah ciptaan Tuhan yang memberi ilham. Sing me a song, kapok!




Lastly, short post lah sangat! :)

Thursday, September 23, 2010

diri yang hilang






Mencari diri yang hilang
umpama mencari 
semut hitam
dicelahan batu hitam
dalam pekatnya malam


Bukan mudah,


Itu sahaja. Kerana jika diloretkan rasa jiwa belum tentu tepat kalamnya, terjemahan jiwa ke alam nyata tentu pelik nadanya bukan? Biarkan. 






istaiqizu minannaum mutaakhiron!




Istaiqizu minannaum mutaakhiron!
Istaiqizu minannaum mutaakhiron!
Istaiqizu minannaum mutaakhiron!
Istaiqizu minannaum mutaakhiron!
Istaiqizu minannaum mutaakhiron!
Istaiqizu minannaum mutaakhiron!
Istaiqizu minannaum mutaakhiron!




Hah! Tahu tak apa makna dia? Makna dia saya bangun lewat.




Begini kisahnya, malam tadi ana tidur lewat. Baca act(Akta) dan tak nak bagi mengantuk selang selikan dengan tengok cerita korea. Tidurnya malam tadi pukul 3.30. Hajatnya nak sahur, nak sambung puasa enam. Tapi tersedar pun tidak masa housemate kejut. Subuh pulak pukul 6.30. Gajahnya subuh! Huhu. Lepas solat pulak ana sambung tidur terbongkang. Sedar- sedar dah pukul 7.30. Kelam kambut bersiap nak pegi kelas pasal kelasnya lagi sejam.




Sampai kampus pukul 8.30, masuk- masuk kuliah tengok 2 orang yang naik bas dengan ana tadi dah kena berdiri dekat depan Dewan Kuliah uh. Depan budak laki, kena bagi alasan kenapa lewat bil arabi. Nasib baik ana tak masuk ikut pintu depan kalo idak mahunya ana marathon balik hostel sambung tidur. Malu. 
Tetibe,


" Taali ya Atyrah!"  Ustaz.

" Limaza enti taakhar? "

" Ana, .... " Hape benda bangun tidur dalam BA nih? Lupa pulak. Ana tanya groupmate dekat sebelah. Tak Ingat, blur punya pasal.


" Kakak tua, jangan tolong dia! " Ustaz kata kat groupmate yang tua 2 tahun dari kiteorang.

" Istaiqiztu minannaum mutaakhiron, " Gagap- gagap ana jawab sambil mata ke lantai.

" Istaiqiztu, ish haza? " Ustaz buat muka pelik. 

" Jumlah mufidah ya Atyrah!"

" Samihni ya ustaz, istaiqiztu minannaum mutaakhiron. " Istaiqiztu lagi.

Finally,


" Asifah jiddan ya ustaz, samihni istaiqizu minannaum mutaakhiron! "



Baru boleh duduk. Muka ana masa tu dah tak nampak rupa manusia. Hape la. Dahla tak ingat boleh pulak tersalah sebut sampai 3-4 kali. Sambil cowok- cowok yang sering jeling menggoda kat ana kali ni menjeling jengkel. Helleh, tak heranlah! Ana tahulah, cuma tak ingat je. Dumbfounded, masa atas bas uh ana tidur tak ingat dunia. Sampai- sampai kuliah je kena serang hendap. Mana la tak kantoi. Jeling la! Jeling la! Jeling lagi! Tak heraannnnnn pun. Ana jeling balik sampai terbalik biji mata ana nih! 




Meh ana sebut istaiqizu. Istaiqizu. Means bangun, awake. Bahasa korea jepun nanti ana google search dulu. Tak pun korang tolong google kan. Haih. Macam- macam ada.



Ustaz Ridhuan. Watermark link blog lama.


Pelik ke guna ana. Mesti tertanya kenapa. Saya ada jawapannya! Jawapan Persoalan.









Wednesday, September 22, 2010

kad matrik

Assalamualaikum.



Entah kenapa ye, agaknya Uni aku ni dah buang tebiat. Hukhuk. Ada ke patut sekarang ni ada polis yang jaga tatatertib pelajar? Haih. 


Masuk tutor pagi ni semua kalut duk cerita kena tahan dengan Bang Polis pasai tak pakai kad matrik la, pakai sandal tak pakai kasut la. Kalau laki pulak rambut panjang la. 


Masa nak pergi kelas ICT, macam biasa la aku jalan berlenggang, kad matrik simpan dalam beg buat pekasam. Tak suko den pakai kad matrik. Skema haram. SImpan jo. Heheh. Lepas tu Syuhada cakap,



" Tyra, bang polis. Kad matrik! Kad matrik."


Aku pun meraba- raba dalam beg cari. Hadui, mane pulak kad matrik ni. Nasib baik sempat jumpe sebelum bang polis discover! Huh. Lega.



Masa nak balik sekali lagi macam tu. Bang polis tu dekat sangat, aku terus pusing 360 degree pergi belakang kereta sape tah cari kad matrik, finally jumpa! Huh. Lagi sekali lega. Masa tu eksaited sangat sebab tak kena saman dengan Bang Polis jadi aku pun buat eksaited lagi. 



" Pak cik! Pak cik! Pak Cik! " Aku panggil Bang polis dua orang uh.


Dengan muka innocent dan tersengih- sengih aku pun tunjukla kad matrik aku dekat dia. Nak cakapnya bangga pakai kad matrik. Haha. Macam gampang je. Boleh je Bang- bang polis sekalian ketawa tak hingat. Saman kang! Lepas dah tak nampak di mata terus aku ambik dan simpan dalam beg buat pekasam lagi. Keh keh keh. Tak naklah jadi skema haram.



Alhamdulillah, syukur nikmat. Cerita aku dah masuk dalam penulisan2u.my. Cuma apa yang aku tak pueh hati sesangat pehal nama penulisnya lain? Itulah sangat tak puas hati aku cakab kau! Rasa nak debik je entah zaqita shamisha mana tah nama penulisnya. Hish. Sabo Sabo. Astaghfirullah. Kalau nak bace, pegilah carik sendiri tang mana. Tak boleh bagitahu nanti habis bocor semua rahsia aku, pengomen2 sekalian cari belog aku. Malu weh. Hehe.


Monday, September 20, 2010

suatu hari nanti

Awak,




Suatu hari nanti kita akan duduk memerhati bulan di tepi pantai bersama hembusan angin, dan ditemani ombak laut. Lembut tapi merdu melodinya. Semerdu suara awak yang saat itu awak petik kapok awak nyanyikan saya 150 Juta, dan cicipan unggas suara latarnya. Bahagia kita waktu itu tiada tara. Ya, hanya kita. Berdua, dirahmati DIA. Bila tiba masanya.




“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–
saya kenal sayang saya”


Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata




Tapi





Tapi






Tapi, kita tak lupa recite asma ul husna dan ayat seribu dinar lepas tu kan? :)

Tak kan cerah hari kita tanpa sebut nama dia, sayang.




Saturday, September 18, 2010

Keliru.



 Assalamualaikum,



Dah berapa hari ye tak post belog? Bukannye sibuk beraye mane pun tapi sibuk packing barang untuk kembali ke kampus. HUh. Sedih sangat,sekarang ni dah ada dekat dalam bilik dekat Nilam Court dah pun. Baru sampai pukul 9 lebih pagi tadi. Itula siapa suruh naik bas yang kehmut semacam I cakab YOU. Huhu. Dah hantar senior dekat Desa Jati bas pulak stuck di tengah jalan. Hukhuk :'(



Amacam? Ade style tak tulis tajuk ade titik noktah cenggitu. Wahaha :(
Sebenarnya aku memang tengah keliru. Keliru sangat- sangat sampai terasa jari aku ni gatal nak menulis disini. Sangat keliru nak share dengan korang. Tapi, tapi bukan keliru nak pilih siapa bakal suami, bukan jugakk keliru nak jadi lawyer civil atau syariah. Bukan. Bukan. Bukan. Bukan lagi.


Tapi keliru nak guna apa sebagai ganti nama masa menulis belog baru gitu. Wouu, belog baru gaya penulisan pun mesti baru sikit! Tak banyak, sikit pun jadilah. Nak gune name Tyra, sopan sangat ase. Kalo nak gune saya pulak rasa wahhhh lemah lembu nye anak siapa ni? Nak kahwin dengan dia boleh tak? Haha. Guna gua oh jauh api dari panggang, perempuan was like tak sopan sebegitu. Aku , tipikal la untuk semua bloggers dan kalau ana pulak??! Rasa macam di tanah arab la. Keh keh keh.





Nak guna apa ya?  












Ok fine, nak guna semua Tyra, aku, saya, ana dan juga T.H.R stand for Tyra Hanim Razali. Any problem with it? Chill :)



Hehe.




Nantikan post seterusnya, aku nak bagi nama anak kucing untuk 2 ekor tucin yang nonames lagi ni. Tucin olen berbulu- bulu gitu Bagi Nama Tucin Tomey. Miaaawwww!

Jum join same- same jum! Grrrrr :)





Monday, September 13, 2010

tangisan dan kehidupan


Tangisan dan kehidupan, iya.
Tidak dapat dipisahkan. Bukanlah seperti carik- cari bulu ayam akhirnya bercantum jua. 
Bukan. Bukan begitu. Kerana tanpa airmata kehidupan ini tidak bermakna.









Menangislah jika itu bisa menenangkan. 


tearshed,
~tyra~




Sunday, September 12, 2010

sebutir pasir ini,berjantina perempuan

Yang jelasnya,aku hamba kerdil yang sesungguhnya tidak punya apa-apa.  Dan aku hanyalah sebutir pasir di kaki Dia, yang Maha Esa. Tak tahu bagaimana boleh pilih Sebutir Pasir Di Kaki sebagai nama blog ni. Tapi yang pasti disebaliknya ada banyak makna. Yang aku sendiri tak dapat maknakan untuk ditatap oleh korang semua. Tapi benarkan kita semua hanyalah sebutir pasir di kaki Dia. Maka lahirlah nama sebegini, senanya nak tuka link tapi tak tahu tak boleh tukar so biarlah still begitu. Okey, tujuan post ni dicreate adalah untuk ceritakan serba sedikit tentang aku. Haha. Tak banyak mana pun. Sikit je.
Sikit je, janji ukey? Janji! Heh :/


~ Nama diberi Atyrah Hanim, sudah tua bangka berusia 18 tahun.


~ Taking law and syariah at Universiti Sains Islam Malaysia, really hope that I can switch
    to UIA next year. The best uni for law course. Eheh.


~ First daughter out of two. A lil bro called Musif.

~ Maahad Muhammadi Lilbanat is my former secondary school. Alah, kalau mention nama
   cenggitu ramai yang buat muka dumbfounded. Senang cita sekolah Nik Nur Madihah,       kenal kan?Haha.

~ Ignoring people + plugging earphones  (pekak artificial), call my name twice kalau nak cakap dengan aku. =P


~ Bukanlah seorang yang nice tapi somehow I'm trying my best to be nice. Errr.


~ Degil + Garang + Outspoken sometimes.


   The left one is a good friend of mine, Datul Ati yang engaged dengan aku dekat facebook. Teheee:0




cerita esok kita,




Hai, awak mungkin sudah lupa saya
namun melupakan awak, tidak pernah terfikir saya
awak yang selalu dalam hati saya
awak yang pernah subur dalam diri saya



Semalam awak masih tersenyum disisi saya
semalam awak masih sanggup menadah telinga
mendengar ecehan, dan pot pet saya
dan segalanya tentang awak sebelum hari ini
membuat awak sungguh istimewa di hati saya
menggantikan yang lain-lain dalam jiwa saya
dan senyum awak yang membuai juga!



Ahh, saya yang terleka.
hari ini saya hanya mampu melihat awak
dekat tetapi terlalu jauh dari hati,
jauhnya saya dari hati awak
tak dapat diistilahkan dengan kata- kata
tak dapat juga diungkap dengan pandangan mata



Semalam dan hari ini kita sudah mencoret cerita
namun belum saya tahu cerita esok pula.
Masihkah ada ruang untuk kita?







Di Sebalik Sebutir Pasir di Kaki





Assalamualaikum,

Ini merupakan post pertama aku di blog baru ni, di harapkan disini nanti semuanya baru bersama harapan baru ingin membina diri yang baru InsyaAllah. Tidaklah ingin membina diri yang baru melainkan ingin mendekatkan diri kepada Pencipta InsyaAllah. Namun aku juga manusia yang leka dan alpa yang sering membuat dosa. 


Fitrah yang ada sebagai remaja kadangkala sukar diduga. Berperang dengan nafsu dan juga hawa bukanlah semudah disangka. Namun setulusnya diri ini ingin mencuba. Dan untuk pengetahuan semua juga former blog aku Kelik Di Sini sedang didalam proses untuk di shut downkan.



Selamat Berkenalan Semuanya! Nantikan post seterusnya berkenaan sebutir pasir ini. :)