Followers

Thursday, September 23, 2010

istaiqizu minannaum mutaakhiron!




Istaiqizu minannaum mutaakhiron!
Istaiqizu minannaum mutaakhiron!
Istaiqizu minannaum mutaakhiron!
Istaiqizu minannaum mutaakhiron!
Istaiqizu minannaum mutaakhiron!
Istaiqizu minannaum mutaakhiron!
Istaiqizu minannaum mutaakhiron!




Hah! Tahu tak apa makna dia? Makna dia saya bangun lewat.




Begini kisahnya, malam tadi ana tidur lewat. Baca act(Akta) dan tak nak bagi mengantuk selang selikan dengan tengok cerita korea. Tidurnya malam tadi pukul 3.30. Hajatnya nak sahur, nak sambung puasa enam. Tapi tersedar pun tidak masa housemate kejut. Subuh pulak pukul 6.30. Gajahnya subuh! Huhu. Lepas solat pulak ana sambung tidur terbongkang. Sedar- sedar dah pukul 7.30. Kelam kambut bersiap nak pegi kelas pasal kelasnya lagi sejam.




Sampai kampus pukul 8.30, masuk- masuk kuliah tengok 2 orang yang naik bas dengan ana tadi dah kena berdiri dekat depan Dewan Kuliah uh. Depan budak laki, kena bagi alasan kenapa lewat bil arabi. Nasib baik ana tak masuk ikut pintu depan kalo idak mahunya ana marathon balik hostel sambung tidur. Malu. 
Tetibe,


" Taali ya Atyrah!"  Ustaz.

" Limaza enti taakhar? "

" Ana, .... " Hape benda bangun tidur dalam BA nih? Lupa pulak. Ana tanya groupmate dekat sebelah. Tak Ingat, blur punya pasal.


" Kakak tua, jangan tolong dia! " Ustaz kata kat groupmate yang tua 2 tahun dari kiteorang.

" Istaiqiztu minannaum mutaakhiron, " Gagap- gagap ana jawab sambil mata ke lantai.

" Istaiqiztu, ish haza? " Ustaz buat muka pelik. 

" Jumlah mufidah ya Atyrah!"

" Samihni ya ustaz, istaiqiztu minannaum mutaakhiron. " Istaiqiztu lagi.

Finally,


" Asifah jiddan ya ustaz, samihni istaiqizu minannaum mutaakhiron! "



Baru boleh duduk. Muka ana masa tu dah tak nampak rupa manusia. Hape la. Dahla tak ingat boleh pulak tersalah sebut sampai 3-4 kali. Sambil cowok- cowok yang sering jeling menggoda kat ana kali ni menjeling jengkel. Helleh, tak heranlah! Ana tahulah, cuma tak ingat je. Dumbfounded, masa atas bas uh ana tidur tak ingat dunia. Sampai- sampai kuliah je kena serang hendap. Mana la tak kantoi. Jeling la! Jeling la! Jeling lagi! Tak heraannnnnn pun. Ana jeling balik sampai terbalik biji mata ana nih! 




Meh ana sebut istaiqizu. Istaiqizu. Means bangun, awake. Bahasa korea jepun nanti ana google search dulu. Tak pun korang tolong google kan. Haih. Macam- macam ada.



Ustaz Ridhuan. Watermark link blog lama.


Pelik ke guna ana. Mesti tertanya kenapa. Saya ada jawapannya! Jawapan Persoalan.









3 comments:

sastraboy said...

paham separuh je dari apa tuan blog tulis. hoho.

Tyra Hanim said...

maksudnye?

kurang faham bahasa arab ea?

sastraboy said...

yup! haha.