Followers

Wednesday, September 22, 2010

kad matrik

Assalamualaikum.



Entah kenapa ye, agaknya Uni aku ni dah buang tebiat. Hukhuk. Ada ke patut sekarang ni ada polis yang jaga tatatertib pelajar? Haih. 


Masuk tutor pagi ni semua kalut duk cerita kena tahan dengan Bang Polis pasai tak pakai kad matrik la, pakai sandal tak pakai kasut la. Kalau laki pulak rambut panjang la. 


Masa nak pergi kelas ICT, macam biasa la aku jalan berlenggang, kad matrik simpan dalam beg buat pekasam. Tak suko den pakai kad matrik. Skema haram. SImpan jo. Heheh. Lepas tu Syuhada cakap,



" Tyra, bang polis. Kad matrik! Kad matrik."


Aku pun meraba- raba dalam beg cari. Hadui, mane pulak kad matrik ni. Nasib baik sempat jumpe sebelum bang polis discover! Huh. Lega.



Masa nak balik sekali lagi macam tu. Bang polis tu dekat sangat, aku terus pusing 360 degree pergi belakang kereta sape tah cari kad matrik, finally jumpa! Huh. Lagi sekali lega. Masa tu eksaited sangat sebab tak kena saman dengan Bang Polis jadi aku pun buat eksaited lagi. 



" Pak cik! Pak cik! Pak Cik! " Aku panggil Bang polis dua orang uh.


Dengan muka innocent dan tersengih- sengih aku pun tunjukla kad matrik aku dekat dia. Nak cakapnya bangga pakai kad matrik. Haha. Macam gampang je. Boleh je Bang- bang polis sekalian ketawa tak hingat. Saman kang! Lepas dah tak nampak di mata terus aku ambik dan simpan dalam beg buat pekasam lagi. Keh keh keh. Tak naklah jadi skema haram.



Alhamdulillah, syukur nikmat. Cerita aku dah masuk dalam penulisan2u.my. Cuma apa yang aku tak pueh hati sesangat pehal nama penulisnya lain? Itulah sangat tak puas hati aku cakab kau! Rasa nak debik je entah zaqita shamisha mana tah nama penulisnya. Hish. Sabo Sabo. Astaghfirullah. Kalau nak bace, pegilah carik sendiri tang mana. Tak boleh bagitahu nanti habis bocor semua rahsia aku, pengomen2 sekalian cari belog aku. Malu weh. Hehe.


3 comments:

-hazen said...

wah. mantap!

kasi la link nak baca,

-hazen said...

whoa!

haha. aku dah baca....

Tyra Hanim said...

maseh sebab bace :)