Followers

Sunday, October 31, 2010

bersabarlah sayang




Assalamualaikum,




Amaran Keras : Post ini post berjiwang berleleh, bear with it. Kui kui.




Aku masih ingat saat itu sayang, aku bangkit dari tidur bersama kuap yang masih panjang. Aku lihat disebelah aku, ada kau. Lena dibuai mimpi sayang. Ya, semalam kita penat, semalam kita lelah. Bercerita tentang canda manusia dengan kita, karenah manusia dengan kita. Ya, kerana kita manusia yang dikelilingi oleh manusia juga sayang. Dan sambil bercerita kita sama- sama ketawa dan mengesat mata, hanya dengan kau sayang bukan orang lain. Aku bangkit, menghayati barang sebentar azan subuh indah itu juga, tenang hati aku. Terasa airmata yang kita kesat dipipi sama- sama itu kering bersama bayu subuh yang tenang menampar jiwa. Tanpa berlengah aku menyahut seruan DIA.




Sayang kita ditakdirkan Tuhan untuk berjumpa, bertemu dan bersama. Ya, kita berbeza namun kita serupa juga. Kita berkongsi rasa yang serupa, rasa yang kadang- kadang tak terluah dengan kata kita. Namun kita harus sabar dan faham sayang semua rasa itu datangnya dari Tuhan kita sayang, walau manis walau pahit. Ahh, kau mengerti itu sayang.



 Sayang, ditakdirkan kita jatuh suka pada makhluk yang dicipta oleh DIA. Apa daya kita sayang, dua belah tangan kita tidak mampu untuk menghadang, hati merah kita tiada tenaga untuk membataskan. Rasa yang tidak pernah kita minta, jangan kata DIA zalim memberi kita rasa ini, bukan untuk dikecapi tapi untuk dirasa pahit hempedunya. Apakah kerana akrab persahabatan dibina sehingga kita jatuh suka pada orang yang lebih kurang sama dan mempunyai personaliti yang hampir serupa? Dan adakah kerana ukhuwwah yang terjalin juga harus hancur hati kita pada masa yang sama juga, beza : orang yang berlainan. Adakah semuanya kebetulan sayang? Luasnya kuasa Tuhan, sayang!




Aku cari jawapannya sayang, aku cari. Aku selusuri aku hayati aku teladani. Kalam Allah yang aku buka sesudah subuh itu sayang, mungkin telah ditetapkan, benarlah Al Quran itu ubat segala penyakit, maka ini yang aku dapat. Ayat pertama helaian yang ku baca, 


" Bersabarlah atas apa yang mereka katakan, dan ingatlah akan hamba Kami Dawud yang mempunyai kekuatan, sungguh dia sangat taat (kepada Allah) " ( Surah Sod : 17 )


Maka harusnya kita bagaimana sayang? Sabarlah, itulah juga ubatnya. 


Sayang, kau tak perlu lagi menghantar kalimah- kalimah itu. Kau beritahu aku cinta manusia itu menyakitkan kau dan aku juga, ya kerana cinta ALLAH itu tidak pernah sezarah menyakitkan. Aku tahu cinta manusia itu kadangkala racun sayang. Dan kau tahu juga. Bersabarlah sayang kerana aku sudah temui jawapannnya. Dan kalaupun aku menangis bukanlah sedih cinta manusia itu bukan lagi milik aku tapi kerana aku tahu TUHAN masih sayangkan aku, kita. Bukankah itu yang kita mahu sayang? Bukankah ini yang sebenarnya kita perlukan sayang?



Sayang,

bersyukurlah begini natijahnya kerana sesungguhnya ia hati kita terlalu rapuh untuk merasa kasih manusia,
kita belum cukup kuat untuk diuji dengan cinta manusia,
DIA takut kita terbabas, bebas tanpa arah tujuan,
DIA takut kita tenggelam dengan arus yang tak dapai kita bezakan,
kita terlalu lemah untuk diuji dengan keghairahan cinta manusia
sedangkan kita masih mencari ghairah cinta Ilahi,
belum kental iman kita untuk menghadapai mehnah cinta manusiawi
 belum cukup waktu kita untuk bercinta dengannya untuk bercinta dengan manusia
belum juga masanya untuk kita merasa cinta suci, manusiawi.


Sabarlah sayang, pasti ada untuk kita dan juga mereka. Kan?


Dan sudah juga kuterima jawapan doa- doa semalam aku. Sekurangnya yang itu aku perlu gembira, menemukan dia dengan selayaknya. Dan itulah dia. Kau juga harus berdoa begitu sayang. Untuk orang- orang yan pernah kita sayang?

Cinta manusia seharusnya hanyalah daki di mata kita sayang, sungguh. Belum masanya untuk kita tapi mungkin sudah buat mereka. Kerana kita dan mereka berbeza, satu yang tidak harus kau lupa. 

Sayang kau pernah berkata "berhati-hatillah terhadap cinta.durinya adalah nafsu dan mawarnya adalah kesuciannya.berapa banyak manusia yang telah mencium harumnya mawar,padahal mereka tidak menyedari mereka tertusuk duri cinta. cinta sejati adalah cinta yang bisa menghulurkan tangan untuk memetik mawar tanpa tertusuk duri-durinya"

Dan aku berkata "insyaAllah, aku cuba untuk pasang lebih banyak kawad duri agar hati ini bisa menyendiri hingga sampai saat dan waktunya"


Kau kata sayang "Benar menyendiri, tapi tidak pernah kosong tidak diisi "
Mari kita isi dengan cinta hakiki sayang.



Aku mencintaimu sahabat tiada kerana yang laen melainkan kerana DIA




Nota

- sayang dalam kisah di atas adalah Sila Tekan

- ambillah iktibar dari setiap perkataan, sesungguhnya ia punyai makna

- mari melupakan salah satu daki dunia, wiwit >,<

- aku rindu saat kita bersama sayang, sila datang ke hostel usim lagi! (=






beribu dan berjuta


Assalamualaikum,



Biarpun



biarpun beribu dan berjuta kali
aku berkata
aku yang melakar kanvas itu
dengan hitam putih suka aku
dan kau tak berhak calit
merah biru hijau dan ungu
maka, biarkan aku.


dan kau pergi berlalu.


akhirnya aku terkedu
melihat hanya hitam dan putih
yang terloret dikanvasku
baru aku tahu betapa perlu
merah biru hijau dan ungu kamu
untuk melakar kanvas kehidupanku.



Jika rasa dijiwa boleh dilukis- lukis, dipadam- padam



Jika rasa di hati itu bisa diistilahkan dengan warna, adakah lebih bermakna?




Suatu hari nanti aku harap aku boleh terbang sebebas burung, tanpa perlu warna- warni dari kamu lagi.
Kerana suatu hari nanti kamu akan bosan memberi aku merah biru hijau ungu kamu lagi. Saat itu mungkin hanya hitam juga yang kamu beri. Sekarang ini pun sudah kamu beri kelabu,





Maaflah kepada anda semua yang membaca belog saya, 2-3 hari ni memang mode jiwang banyak bukan sedikit. Huhu. Haih, parah jugak kann?



Saya akan menulis lagi jika terasa ada yang ingin dikongsi bersama (=



Sila ucapkan syafakillah kepada saya, untuk rasa luka dan sakit di hati juga jiwa . =|








Friday, October 29, 2010

final blast : disana suami disini ibu







Assalamualaikum,




Apa khabar anda semua? Harapnya sihat- sihat saja seperti mana saya sihat segar bugar nih alhamdulillah. Iya iya iya saya dah habes final alhamdulillah tapi resultnye tak tahulah macam mana jugak kan. Harapnya hensem dan cantik bergayalah beliau. InsyaAllah, amin. Sempena habis exam ni marilah kita berkongsi cerita, gempak kah kiranya tajuk di atas? 




Ada seorang sahabat ni asyik tagged note pasal kawen je dekat wall saya, kejap- kejap kawen lepas tu kawen esoknya kawen lagi. Sudah agak lama jugak saya menahan lahar di hati agar tidak tumpah,namun lama kelamaan kerana saya manusia biasa maka saya tidak dapat lagi untuk menahannya! Maka saya bertekad untuk menyerang wall beliau, dengan semangat berkobar- kobar dan membara saya menconteng wall beliau sebagai mukaddimah serangan!




" Sayang, kaww asek tagged note sal kawen je, macam seronokla tu kan! Ta sempat na bace la, exam ni!


-  Hehe, tu la kaww kuat sangat cakap pasal kawen  -



Saya agak beliau menaip sambil terketar- ketar untuk membela diri, takut digam barangkali. Kali ini saya maafkan, hehe.




Jadi saya ingin betulkan perception anda, post kawen tiada kena mengena langsung dengan rate mahu kawen dalam diri, sesaja je kot. Entahlah, benda ni macam dah jadi hot stuff pulak kannn dekat universiti ni mentang- mentanglah semua dah besar kannn. =,=




Okay mari kita mula bercerita, pada suatu malam yang esoknya paper arab dan inggelish maka untuk meredakan tahap keberseliratan otak yang bercampur aduk banyak bahasa maka saya dan housemate mula membuka ruang bual bicara. Bermula dari satu topik ke satu topik, dan tibalah bab ini. Kami pada mulanya mempersoalkan kenapa sebagai isteri aula suami lebih mengatasi parents, ibu khususnya sedangkan suami itu baru saja sah akadnya, baru saja halal bersentuhan namun authority nya sudah jauh mengatasi authority ibu  yang mengandungkan kita perempuan 9 bulan 10 hari menyusukan kita selama dua tahun kurang lebih dan jaga tidur disisi katil saja tika suhu badan kita terlebih dari kebiasaan, apabila meningkat dewasa pula dia yang mendengar keluh kesah kita dan semuanya, budi dan jasa yang dia taburkan tak terhitung dengan 20 jari kaki dan tangan.








Bagi lelaki persoalan ini mungkinlah bukan satu persoalan tapi tidak bagi kami perempuan. Kamilah agaknya, yang mempersoalkan benda ni lah. Bersama malam yang semakin larut dan helaian buku yang agak lunyai, dibelek- belek sahaja kami terus berbicara.




Sejujurnya aku sering berfikir dan mempersoalkan perkara ini, alangkah sedihnya apabila ibu bukan lagi menjadi keutamaan sedangkan jasanya Allah saja yang tahu, mengapa suami sudah mengatasi? Dan hati menjawab Rasulullah pernah berkata jika ada seorang manusia yang boleh disembah oleh wanita, ia adalah suamimu. Begitu tingginya darjat seorang suami, disisi agama. Ada dalam satu riwayat seorang wanita yang suaminya berpergian dari rumah lalu dia mendapat khabar bahawa ibunya meninggal namun dia teringat pesan suaminya yang tidak membenarkan dia keluar rumah maka dia patuh dan hanya menunggu di rumah sedangkan ibunya sedang disiapkan untuk disemadikan setelah dipanggil menghadap Ilahi. Subhanallah, jika aku seorang isteri pun aku tak pasti mampu ke tak untuk melakukan sedemikian rupa. Tak boleh nak bayangkan, huhu )'=



Tapi sekarang senang, telefon ade, kalau susah- susah sangat jugak tulis je dekat facebook beliau! Hehe (=




Sejujurnya pada pandangan aku jugak jika seorang perempuan itu tidak mampu melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya terhadap ibu bapa, payah jugalah untuk dia melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri nanti terhadap suami. Bagi aku, benda ini adalah yardstick ataupun kayu pengukur kepada seseorang perempuan tu. Sebab suami haih orang yang baru kita kenal dan masih lagi belajar tentang baik buruk kita, ish ish ish. Belum tentu dia dapat menerima kita adanya dan tiadanya. Berlainan dengan parents kita, yang mengenal kita bermula di alam rahim lagi.



Selalu dengar mak- mak kata kalau nak pilih suami tengok macam mana dia dengan mak dia, kalau baik layannya, sayang mak dia macam tu lah insyaAllah dia akan sayang kita esok- esok. Sebab macam aku kate tadi benda ni merupakan yardstick, kalau dengan parents pun serabai dengan kita apatah lagi? Aku setuju sangat dengan benda ni, tak kesahlah orang nak kata old school ke ape. Sesetengah isteri tu jealous kalau suami mereka baik dengan mak. Sedarlah para isteri mereka tak sama dengan kita, walaupun sudah berumahtangga aula mereka tetap pada ibu dan ayah berlainan dengan kita. Err, maybe aku mudahh cakap sebab aku belum berada di tempat mereka (?) kalaupun di tempat mereka harapnya boleh menerimanya dengan berlapang dada.InsyaAllah.




NEXT STORY.


Ada seorang gadis, yang kebetulan makan semeja dengan seorang ustaz yang dihormatinya, alim ilmu agama. Tak lokek berkongsi dan memberi pandangan. Melihat keterbukaan ustaz tersebut dalam hal- hal yang dibicarakan, gadis itu bertanya ustaz tadi. Meminta pandangan.



" Ustaz macam mana nak hilangkan, nak buang perasaan suka pada seseorang? "



" Kenapa? Enti ada suka seseorang? "


" Mungkin. " Diam.


" Kenapa perlu buang perasaan tu? Cuba fikir balik, bukan enti yang minta untuk kenal dan suka pada dia. Perasaan tu bukan enti yang minta, bukan juga enti yang paksa. Semuanya datang dari DIA. Mesti ada hikmahnya, kerana itu semua lumrah. Fitrah. Yang penting salurkan dengan baik, jangan melampaui batas agama. Tak perlu buang, tak perlu juga simpan. Biarkan. Akan ada natijah yang DIA tetapkan. "


" Sebab dia baik dan saya tak pernah layak untuk dia ustaz, "


" Kenapa? Enti tak baik ke? Bukan hak enti untuk menghukum walaupun diri sendiri. Anggaplah ini suatu ujian, tempuhilah dengan sabar. Berdoalah untuk kesudahan terbaik," Ustaz tadi senyum.



Itulah masalah gadis tersebut. Menyukai orang yang baik- baik, orang yang berusaha menjadi baik walaupun dulu mungkin bukanlah baik tapi berusaha sehabis baik untuk menjadi baik dan sesungguhnya, sebaiknya layak untuk gadis yang baik- baik bukanlah gadis seperti dia. Dia sedar dia siapa.


3.18 pagi. Dah pagi dah ni, mata pun suku je terbukak, ngantuk ya amat. Okey, saya nak tidur dulu. Esok nak kemas kemas basuh baju lipat baju basuh pinggan menyapu lantai menyusun kasut dan banyak lagi lahhh. 



Till then.

Tuesday, October 19, 2010

Ulaq melengkaq atas pagaq kena ayaq acaq





Assalamualaikum.



Kaifa halukum? Auwww, cakap arab cenggitu. Yela minggu ni ade shafawi lepas tu next week pulak ade exam arab kan, kene lah cakap arab sikit. Biar dua  patah je pun, alah kepoh je lebih =.=
Oleh kerana Malaysia ni banyak bahasa dan lahjah mari aku nak bercerita sikit tentang lahjah dan loghat yang ade, bukan nak bercerita asal usul history sirah ke ape bende. Nak cerita bila aku bercakap bahasa- bahasa yang banyak ni kannn.


First.

Bahasa Inggelish. Hehe, kiut tak eja macam tu>?

Bila kita bercakap bahasa inggelish kan orang mungkin kata

" Hoih, bile kaww cakap bahasa inggelish kan dah tak nampak rupa melayu dah kaww ni. Mat salleh terus "

Tu kalau korang la yang cakap nye. Aku tak la, aku ni lidah melayu jati. Keh keh keh.



Second

Seperti yang korang maklum, aku ni orang Kelantan. Memang true laah, tak payah nak pertikaikan. Ape nak tengok IC ke? Haih. So, bila dah duduk dekat luau ni kan, kene la cakap luau sikit kan? Tak banyak pon sikit jadilah. Bila aku cakap Luau, 

" Eh, kaww orang mane? " Tanya si A.

" Kelantan lah, " Aku jawab.

" Kenapa kaww cakap tade slang kelantan ah? Pandai cover pulak kaww ni "

" Sangat- sangat pandai cover, tapi kalau dia jumpe geng. Huh!" Si B pulak menyampuk.

=_______="

Macam smiley kat atas ni aku buat muka. Boleh bayang? Hehe.



Third.

Bila dah selalu cakap luau ni kadang- kadang tergeliat lidah jugak la kann. So bila jumpa kawan- kawan Maahad, tak pun duduk dekat rumah ( hostel USIM ), ade budak Kelantan senang sikit kejenye.Bila aku Cakap kelantan je, mesti housemates aku yang laen cakap macam ni 


" Kaww cakap Kelantan memang sangat pekat tak ade noktah titik mahupun koma, macam orang tua lama yang menjaja kain batik kat atas pasar siti khadijah tu kann. Kalau kaww register nak menjaja kat situ kompem laku punya. Nenek aku cakap pun kalah "


Hehe. Hom lah, mugo kelate jati. 18 tahung kecek Kelate tu gak. Aww >.<

Skang ni budak tutorial aku ramai pulak nak belajar cakap Kelantan, siapa nak belajar cakap Kelantan tak de noktah tak de titik dengan aku sila isi borang. Sekarang. (=




Fourth.

Bahasa Kedah.

Room mate aku orang Kedah, orang Alor Star. So aku pun belajar slow- slow cakap Kedah. Selalu bertanding loghat mane lagi susah nak ikut. Suruh dorang try "ike make kkucing" dia suruh aku cakap " Ulaq melengkaq atas pagaq kena ayaq acaq" ape makne dia aku pun tak tawu. Suatu hari aku pun cakap la Kedah, dua ayat je pon. Tawu dia cakap ape?


" Tok sah duk cakap kedah la, ang cakap kedah dah ghupa oghang UK. Ulu Kok Diang. Dekat dengan Siam." Ambik kaww. Padat dan padu menusuk ke kalbu. Terkaku lidahku terkelu. Haha.



Itulah dia. Saje je nak release tension bace M.L.S ni. Bayangkanlah baca sejarah dalam bahase omputess. =.="


Dah dah pergi setadi sekarang. Pergi setadi Al Mabadi' Li Usulul Fiqhhul Islamiyyah.



/\
|
|
|


Sila baca dengan baris dan makhraj yang yang betul dan precise kalau ta mahu kena thundercat dekat bahu sampai bahu lebam biru. *tiba- tiba*


Till then, Wish me luck!

Thursday, October 14, 2010

apa yang sebenarnya



Assalamualaikum.




Hari ni merupakan hari yang panjang dan bersama berat bahu memikul berat lagi mata memandang =.=



Okay, serius.



Saya belajar satu benda, belajar atau sedar saya sendiri tidak pasti 
namun saya terasa mata yang pejam agak terbuka. 
Tapi tak tahu lama mana ia akan terus terbuka, harapnya berkekalan ya Allah hamba memohon. 
Perkara yang sering kita pandang sebelah mata
namun itulah yang akan kita bawa selama mana kita masih bernafas di muka bumi ni. 
Tidak ada perkataan tepat juga untuk digambarkan, tapi saya akan cuba.




Kalau anda ingin teruskan membaca, manhajnya 
" lihatlah kepada apa yang dikata jangan lihat kepada siapa yang mengatakannya ".
Manhaj orang yang membuka mata saya juga. Jika anda tidak boleh terima, biarlah. Mungkin belum masanya. Saya doakan kita sama- sama beroleh hidayah dan keberkatan DIA, Pencipta kita.




Beliau berkata, Allah menurunkan hidayah kepada hambaNYA dalam pelbagai cara. 
Pelbagai cara yang tidak kita duga, dan adaptnya adalah seluas mana pintu hati kita terbuka untuk menerimanya. Hidayah datang tidak kira siapa dan bila, tidak kira masa dan rupa. Hidayah datang dengan sehalus cara dan tidak semua manusia yang bernafas di atas muka bumi DIA akan beroleh hidayah. Subhanallah.




Jika DIA sayangkan kita, hidayah akan datang berkali- kali namun jika kita masih juga leka dan alpa. 
Masih lagi bergelumang dengan arus dosa, masih lagi bangga dengan maksiat dan hati kotor kita. 
Apabila tiba masanya ia tidak akan datang lagi maka kekallah kita dalam kejahilan abadi. A'uzubillah. Mahukah kita begitu? Dan bila begitu mahukah akhir kehidupan kita di neraka jahanam? A'uzubillah.
Hidayah bukanlah untuk dinanti tapi untuk dicari. 
Juga kekuatan untuk menyahut seruan hidayah, bukanlah untuk ditunggu tapi untuk dibina.
Hidayah untuk dicari bukan dinanti! Kekuatan untuk dibina bukan ditunggu!



Dan lagi satu, niat. Bila saya terfikir tentang ini saya bertanya kepada rakan- rakan seangkatan



" Apa niat belajar kita? "


Rata- rata menjawab.


- Untuk mencapai cita- cita.

- Untuk menjadi orang berjaya

- Balas jasa ibu dan ayah.

- Dapat kerja bagus.



- Termasuk saya juga -


Niat kita? Niat saya? Kamu? Mari kita muhasabah dan renungi kembali. Jika ada lompang dan lubang ayuh tampal bersama. Supaya natijahnya kita akan terima dengan senyuman. 



Jik terasa ingin menangis, menangislah selagi masih belum terlambat. Menangislah di hadapan DIA. Mohon petunjuk dan kekuatan, kerana menunaikan apa yang kita kata tak semudah apa yang disangka. Moga hidayah itu sentiasa bersama kita. Wallahu a'lam (=







Monday, October 11, 2010

izinkan aku pergi- destiny








Assalamualaikum,


Seperti yang anda semua maklum,aku punya final ada lagi 2 minggu. Maklum ke idak ni? Dua minggu bukanlah masa yang lama. Pejam celik pejam celik celik pejam dan pejam kemudian celik lagi dah habis dua minggu kan? Maka akan berfinallah aku. Cepatnya waktu berlalu, dah nak habis semester satu rupanya. Huh =.=


Usia semakin bertambah tidak pula katanya tanggungjawab makin mudah. Kan? 



Minggu ni aku ada Speaking Test for MUET, hari Rabu ni. 
Yang akan menentukan aku akan dapat BAND berapa.
Harapnya BAND 4 lah paling kurang =,=
Lepas tu hari khamis ada pulak shafawi then lepas tu 
direct study week dan final. Penat, ya memang. Tapi ingatlah :


" Pesan Saidina Ali R.A, kepenatan apabila melakukan sesuatu kebaikan itu akan hilang, sedangkan pahalanya kekal berterusan. "

 




So hold on and keep the faith to HIM so that He will gives us strength to walk through this with so called never fade smile as He always be there watching us, be beside us.. Insha ALLAH. Dan memang, memang aku akan pergi. Selama tiga minggu tu kalau betul- betul luang dan semua dah rasa stable, maybe aku akan online dan khabarkan berita. Atau mungkin bercerita, kepada sesiapa yang sudi menadah telinga. Ouh, tadi sangat sesak nafas tengok mark listening test aku. =,=
Teruk sangat. Jadi sebelum aku pergi disini aku ada meninggalkan nota rindu- rinduan, moga sampaailah maksudnye ye.



Pergi aku
bukan bererti 
meninggalkan kamu
pergi aku 
mencari sebuah realiti
disebalik mimpi
mencari makna 
disebalik warna.


Pergi aku
sebentar cuma
semoga masih sempat bersua
dan bertentang mata.


Pergi aku
tiada makna menyendiri
apatah lagi membenci
pergi aku
sebenarnya melangsaikan
hutang yang belum lunas
menurunkan berat
bahu yang memikul beban.



Rindu- rinduanlah, katenye! Ade ke? Dan, nah ini. 


ini





|
|
|
|
|
|
|

\/




Otomen ninja.

Sunday, October 10, 2010

beri aku tali untuk aku berpaut










Ya Allah Ya Tuhanku, di saat ini, di waktu ini. Aku perlukan tali untuk berpaut agar aku tidak jatuh terduduk dengan mainan yang tak berkesudahan. Allah. Kepala aku pusing mencari arah, mencari daerah yang paling tepat untuk aku diami dan  bertafakur seketika. 




" Kalaulah kamu tahu mana satu puisi yang aku tujukan buat kamu, tentu kamu lebih terjeda. Bagaimana jiwa ini memandang kamu walau tak pernah bertetang mata. Kalaulah kamu tahu rasa apa yang terhasil dari tulisan yang ditulis kerana kamu, tentu kamu tak percaya kuasa ajaibnya tulisan dari air jiwa. "




Kalau aku tahu begini jadinya, tidak akan aku redah arus itu. Kerana aku tidak tahu semakin jauh aku pergi semakin jauh gelora yang menggila, kerana aku hanya punya dua kaki untuk terus menongkat tanah, kerana aku hanya punya satu jiwa untuk mengecap rasa. Tuhan bantu aku. Pandu aku. ):



Labuhkan aku tanganMu untuk redakan sebuah tangisan hamba yang lemah ini.




Saturday, October 9, 2010

diam tandanya setuju, kan?




Assalamualaikum.



Nak tanya soalan nih, 
harapnya jawablah kalau tak nak jawab 
billafzi jawablah bissuqut assuqut bima'na rridho
tadelah, kalau tak nak jawab secara lisan
jawablah dalam hati.



Soalannye, ehem kena berdehem sikit kasi lancar
nak bertanya soalan dalam satu nafas je tanpa tersekat- sekat tanpa tergeliat urat alahh gaya macam nak recite akad nikah pulakk kan,sape boleh recite sekali tanpa kena ulang da tiga kali tu gentleman la katanye kan :P

Soalannya ialah awaksayangsayatak?
anda boring tak membace belog saya tiap- tiap hari?
almaklumla aku skang ni rajin bebenar post everyday, haih.
Okay, dah dalam masa lima saat jawab sekarang.









Preeeetttttt! Masa dah tamat. Sekian. (:


Aku nak mengelist benda- benda yang aku nak buat lepas final, means that dalam masa tiga minggu lagi. Aku pun tak tahu kenapa nak kepoh dekat sini kan macam ayam bertelur sebijik riuh sekampung bertelur 12 bijik tak kepoh pulak kan. Hehe. 



Antaranya ialah :


----Habiskan baca buku- buku ilmiah yang tergendala selama ni =,='' macam solehah je bunyi


----Shop novels and khatamkan dia lah, ape lagi. Hehe. Tak boleh nak bayang lah saat itu bersantai di beranda rumah sambil minum jus mangga oren cengkudu bagai sambil belek- belek novel. Mesti seronok habes. +,+

----Sambung tulis cerita, kalau rajin dan ada idea la. 
 

----Belajar masak. Please, dah lama nak belajar masak rendang tok. Sape nak ajarkan puleeesss?

----Berehat- rehat tepi pantai siang mahupun malam sambil tengok bulan. 


----Membuli- buli budak musif. Ajar dia buat keje sekolah jugak, kihkihkih. 


----Movie marathon jugak.


----Whereabouts roundabouts. Nak ke mane pulak ye?




                                                         /\


|
|
|
|
|
|
|


yang pastinye hidup saya pasti kurang senang tanpa awak, sayang saya. ^_~



Oh oh oh lupa pulak nak cakap. Aku ada buat poll, so rajin- rajinkan tangan anda untuk menekan poll tu untuk vote yeh?



Ape?! Malas!??


Haih, senaman la sikit kasi keluar peluh barulah minda sihat badan cergas! >,<




Friday, October 8, 2010

wanita dan tangisan



Situasi.


" Saya ada sesuatu nak cakap, " Suami.

" I'm all ears "

"Sayang, sebelum kita kahwin saya pernah cintakan seseorang"


 Sepi.


" Okay, lepas tu?"

" Dan saya masih cintakan dia sehingga saat ini"
 

Muka si isteri sudah berubah kebiruan, namun nafas masih diatur perlahan- lahan agar tidak kedengaran sumbang. Senyum, paksa.


" Kenapa tak cari,"

" Dah cari,"

" Jumpa? "

" Iya."

" Kembalilah ke sisi dia. "


" Saya sedang berada di sisi dia."  Si isteri berpaling mencari bola mata si suami. Mengharapkan sebuah ketulusan.
" Ya, saya sedang berada disisi dia. Saya pernah mencintai dia sebelum dia ada disisi saya sekarang ni, masih terlalu mencintai dia dan jika diizinkan Allah saya ingin terus mencintai dia," Senyum.


Si isteri sudah berpinar mata mendengar setiap patah kata yang keluar dari bibir sang suami. Airmata yang mengalir laju dikesat perlahan, selebihnya hanya dibiarkan saja mengalir dan berjuraian di pipi.


" Sayang, kenapa menangis? " Si isteri hanya menjawab dengan senyum penuh makna, bahagia. Tidak terluah dengan kata- kata. Walaupun mata masih mengalirkan titis airnya.


- TAMAT-





Assalamualaikum, 




Cerita kat atas tu bukan highlight post kali ni 
saya sebenarnya nak bercerita 
tentang tangisan dan wanita 
wanita dan tangisan,
memang tidak dapat dipisahkan 
seperti aur dengan tebing 
begitulah akrabnya wanita dengan airmata 
seperti cincin dan permata.




Airmata, katanya senjata seorang wanita 
sebagaimana doa itu senjata orang Mukmin
begitulah layaknya airmata itu dikatakan senjata wanita, mungkin?



Wanita menangis disaat dia gembira dan sedih
disaat dia terluka dan terhiris
saat terharu dan malu,bukan?
saya tahu, kerana saya wanita-to-be



Saat genting untuk seseorang
mungkin mereka menangis
mungkin juga tidak, namun kepada yang tidak
bukanlah keras hati mereka
bukan juga kerana ego yang dilambung tinggi
mereka tentu punya alasan sendiri.



Bagi saya sendiri, dalam sesuatu keadaan
sedih atau apa- apa yang biasa dalam keadaan itu
situasi itu, orang lain mungkin menangis
tapi mungkin tidak saya.
Bukan keras kepala, bukan ego diraja
saya akan bertahan semampu saya,
selagi boleh disimpan saya akan simpan
bukan tidak ingin diluahkan dengan airmata
tapi tidak disaat itu, kerana saya cuba menghayati



"Jangan menangis di hadapan manusia,tapi menangislah di hadapan Pencipta "



Seikhlas hati, saya terlalu suka menangis
tapi bukan hadapan ramai orang
bukan untuk tontonan,
saya akan menangis semahu saya bila saya bersendiri nanti
kerana saya terlalu lemah
dan saya tidak mahu orang tahu saya lemah
melihat airmata saya. Sungguh. Saya malu.



Dahulu saya bukan begitu
saya akan menangis bila saya terasa mahu
dimana- mana saja, bila- bila masa juga
manjanya, ya saya tahu
dan saya bangkit mencuba dan belajar
untuk tidak terlalu mudah mengalirkan airmata
saya belajar untuk membina tembok
untuk melindungi diri sendiri
kerana saya terlalu lemah, semoga saya berjaya.



Wanita, tidak salah jika ingin menangis
namun menangislah ditempat yang sepatutnya
dihadapan yang selayaknya
ya, airmata itu separuh dari kita
kerana tanpa airmata, rusuhnya jiwa kita.



Wanita, menangislah di hadapan DIA
menangislah disisi suamimu
menangislah diribaan ibumu
menangislah dalam dakapan ayahmu
jangan sampai orang tersalah faham tangisan kita
kerana mereka berada di tempat berbeza. 
Lelaki, fahamilah
jika wanita menangis dihadapanmu
kata- katamu harus bagaimana
suaramu harus nada bagaimana
senyum dan pandangan matamu harus memberi rasa
pujukanmu harus bergema cara mana.
Jangan sesekali melukai wanita yang menangis dihadapanmu, lelaki.



Kerana airmata, wanita istimewa. 

ALLAH berfirman :

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."


Aku berharap aku setabah dan setegar dia, Wanita, kesatlah airmata.