Followers

Thursday, October 14, 2010

apa yang sebenarnya



Assalamualaikum.




Hari ni merupakan hari yang panjang dan bersama berat bahu memikul berat lagi mata memandang =.=



Okay, serius.



Saya belajar satu benda, belajar atau sedar saya sendiri tidak pasti 
namun saya terasa mata yang pejam agak terbuka. 
Tapi tak tahu lama mana ia akan terus terbuka, harapnya berkekalan ya Allah hamba memohon. 
Perkara yang sering kita pandang sebelah mata
namun itulah yang akan kita bawa selama mana kita masih bernafas di muka bumi ni. 
Tidak ada perkataan tepat juga untuk digambarkan, tapi saya akan cuba.




Kalau anda ingin teruskan membaca, manhajnya 
" lihatlah kepada apa yang dikata jangan lihat kepada siapa yang mengatakannya ".
Manhaj orang yang membuka mata saya juga. Jika anda tidak boleh terima, biarlah. Mungkin belum masanya. Saya doakan kita sama- sama beroleh hidayah dan keberkatan DIA, Pencipta kita.




Beliau berkata, Allah menurunkan hidayah kepada hambaNYA dalam pelbagai cara. 
Pelbagai cara yang tidak kita duga, dan adaptnya adalah seluas mana pintu hati kita terbuka untuk menerimanya. Hidayah datang tidak kira siapa dan bila, tidak kira masa dan rupa. Hidayah datang dengan sehalus cara dan tidak semua manusia yang bernafas di atas muka bumi DIA akan beroleh hidayah. Subhanallah.




Jika DIA sayangkan kita, hidayah akan datang berkali- kali namun jika kita masih juga leka dan alpa. 
Masih lagi bergelumang dengan arus dosa, masih lagi bangga dengan maksiat dan hati kotor kita. 
Apabila tiba masanya ia tidak akan datang lagi maka kekallah kita dalam kejahilan abadi. A'uzubillah. Mahukah kita begitu? Dan bila begitu mahukah akhir kehidupan kita di neraka jahanam? A'uzubillah.
Hidayah bukanlah untuk dinanti tapi untuk dicari. 
Juga kekuatan untuk menyahut seruan hidayah, bukanlah untuk ditunggu tapi untuk dibina.
Hidayah untuk dicari bukan dinanti! Kekuatan untuk dibina bukan ditunggu!



Dan lagi satu, niat. Bila saya terfikir tentang ini saya bertanya kepada rakan- rakan seangkatan



" Apa niat belajar kita? "


Rata- rata menjawab.


- Untuk mencapai cita- cita.

- Untuk menjadi orang berjaya

- Balas jasa ibu dan ayah.

- Dapat kerja bagus.



- Termasuk saya juga -


Niat kita? Niat saya? Kamu? Mari kita muhasabah dan renungi kembali. Jika ada lompang dan lubang ayuh tampal bersama. Supaya natijahnya kita akan terima dengan senyuman. 



Jik terasa ingin menangis, menangislah selagi masih belum terlambat. Menangislah di hadapan DIA. Mohon petunjuk dan kekuatan, kerana menunaikan apa yang kita kata tak semudah apa yang disangka. Moga hidayah itu sentiasa bersama kita. Wallahu a'lam (=







No comments: