Followers

Sunday, October 10, 2010

beri aku tali untuk aku berpaut










Ya Allah Ya Tuhanku, di saat ini, di waktu ini. Aku perlukan tali untuk berpaut agar aku tidak jatuh terduduk dengan mainan yang tak berkesudahan. Allah. Kepala aku pusing mencari arah, mencari daerah yang paling tepat untuk aku diami dan  bertafakur seketika. 




" Kalaulah kamu tahu mana satu puisi yang aku tujukan buat kamu, tentu kamu lebih terjeda. Bagaimana jiwa ini memandang kamu walau tak pernah bertetang mata. Kalaulah kamu tahu rasa apa yang terhasil dari tulisan yang ditulis kerana kamu, tentu kamu tak percaya kuasa ajaibnya tulisan dari air jiwa. "




Kalau aku tahu begini jadinya, tidak akan aku redah arus itu. Kerana aku tidak tahu semakin jauh aku pergi semakin jauh gelora yang menggila, kerana aku hanya punya dua kaki untuk terus menongkat tanah, kerana aku hanya punya satu jiwa untuk mengecap rasa. Tuhan bantu aku. Pandu aku. ):



Labuhkan aku tanganMu untuk redakan sebuah tangisan hamba yang lemah ini.




4 comments:

Muiz Nasrallah said...

Seronok jugak post kali ni. Kalau aku boleh hantar kepada seseorang kan bagus.. ;'D

Tyra Hanim said...

nak hantar kat sape pulak?

hidayatun mardiah said...

hahahaahaaa...tyrah..ada orang wat puisi untuk mu ko?..ohhh..s0 sweet..hahahahahaaaa..

Tyra Hanim said...

tak.aju yg buat puisi kat orang,sedih btul.