Followers

Sunday, October 31, 2010

bersabarlah sayang




Assalamualaikum,




Amaran Keras : Post ini post berjiwang berleleh, bear with it. Kui kui.




Aku masih ingat saat itu sayang, aku bangkit dari tidur bersama kuap yang masih panjang. Aku lihat disebelah aku, ada kau. Lena dibuai mimpi sayang. Ya, semalam kita penat, semalam kita lelah. Bercerita tentang canda manusia dengan kita, karenah manusia dengan kita. Ya, kerana kita manusia yang dikelilingi oleh manusia juga sayang. Dan sambil bercerita kita sama- sama ketawa dan mengesat mata, hanya dengan kau sayang bukan orang lain. Aku bangkit, menghayati barang sebentar azan subuh indah itu juga, tenang hati aku. Terasa airmata yang kita kesat dipipi sama- sama itu kering bersama bayu subuh yang tenang menampar jiwa. Tanpa berlengah aku menyahut seruan DIA.




Sayang kita ditakdirkan Tuhan untuk berjumpa, bertemu dan bersama. Ya, kita berbeza namun kita serupa juga. Kita berkongsi rasa yang serupa, rasa yang kadang- kadang tak terluah dengan kata kita. Namun kita harus sabar dan faham sayang semua rasa itu datangnya dari Tuhan kita sayang, walau manis walau pahit. Ahh, kau mengerti itu sayang.



 Sayang, ditakdirkan kita jatuh suka pada makhluk yang dicipta oleh DIA. Apa daya kita sayang, dua belah tangan kita tidak mampu untuk menghadang, hati merah kita tiada tenaga untuk membataskan. Rasa yang tidak pernah kita minta, jangan kata DIA zalim memberi kita rasa ini, bukan untuk dikecapi tapi untuk dirasa pahit hempedunya. Apakah kerana akrab persahabatan dibina sehingga kita jatuh suka pada orang yang lebih kurang sama dan mempunyai personaliti yang hampir serupa? Dan adakah kerana ukhuwwah yang terjalin juga harus hancur hati kita pada masa yang sama juga, beza : orang yang berlainan. Adakah semuanya kebetulan sayang? Luasnya kuasa Tuhan, sayang!




Aku cari jawapannya sayang, aku cari. Aku selusuri aku hayati aku teladani. Kalam Allah yang aku buka sesudah subuh itu sayang, mungkin telah ditetapkan, benarlah Al Quran itu ubat segala penyakit, maka ini yang aku dapat. Ayat pertama helaian yang ku baca, 


" Bersabarlah atas apa yang mereka katakan, dan ingatlah akan hamba Kami Dawud yang mempunyai kekuatan, sungguh dia sangat taat (kepada Allah) " ( Surah Sod : 17 )


Maka harusnya kita bagaimana sayang? Sabarlah, itulah juga ubatnya. 


Sayang, kau tak perlu lagi menghantar kalimah- kalimah itu. Kau beritahu aku cinta manusia itu menyakitkan kau dan aku juga, ya kerana cinta ALLAH itu tidak pernah sezarah menyakitkan. Aku tahu cinta manusia itu kadangkala racun sayang. Dan kau tahu juga. Bersabarlah sayang kerana aku sudah temui jawapannnya. Dan kalaupun aku menangis bukanlah sedih cinta manusia itu bukan lagi milik aku tapi kerana aku tahu TUHAN masih sayangkan aku, kita. Bukankah itu yang kita mahu sayang? Bukankah ini yang sebenarnya kita perlukan sayang?



Sayang,

bersyukurlah begini natijahnya kerana sesungguhnya ia hati kita terlalu rapuh untuk merasa kasih manusia,
kita belum cukup kuat untuk diuji dengan cinta manusia,
DIA takut kita terbabas, bebas tanpa arah tujuan,
DIA takut kita tenggelam dengan arus yang tak dapai kita bezakan,
kita terlalu lemah untuk diuji dengan keghairahan cinta manusia
sedangkan kita masih mencari ghairah cinta Ilahi,
belum kental iman kita untuk menghadapai mehnah cinta manusiawi
 belum cukup waktu kita untuk bercinta dengannya untuk bercinta dengan manusia
belum juga masanya untuk kita merasa cinta suci, manusiawi.


Sabarlah sayang, pasti ada untuk kita dan juga mereka. Kan?


Dan sudah juga kuterima jawapan doa- doa semalam aku. Sekurangnya yang itu aku perlu gembira, menemukan dia dengan selayaknya. Dan itulah dia. Kau juga harus berdoa begitu sayang. Untuk orang- orang yan pernah kita sayang?

Cinta manusia seharusnya hanyalah daki di mata kita sayang, sungguh. Belum masanya untuk kita tapi mungkin sudah buat mereka. Kerana kita dan mereka berbeza, satu yang tidak harus kau lupa. 

Sayang kau pernah berkata "berhati-hatillah terhadap cinta.durinya adalah nafsu dan mawarnya adalah kesuciannya.berapa banyak manusia yang telah mencium harumnya mawar,padahal mereka tidak menyedari mereka tertusuk duri cinta. cinta sejati adalah cinta yang bisa menghulurkan tangan untuk memetik mawar tanpa tertusuk duri-durinya"

Dan aku berkata "insyaAllah, aku cuba untuk pasang lebih banyak kawad duri agar hati ini bisa menyendiri hingga sampai saat dan waktunya"


Kau kata sayang "Benar menyendiri, tapi tidak pernah kosong tidak diisi "
Mari kita isi dengan cinta hakiki sayang.



Aku mencintaimu sahabat tiada kerana yang laen melainkan kerana DIA




Nota

- sayang dalam kisah di atas adalah Sila Tekan

- ambillah iktibar dari setiap perkataan, sesungguhnya ia punyai makna

- mari melupakan salah satu daki dunia, wiwit >,<

- aku rindu saat kita bersama sayang, sila datang ke hostel usim lagi! (=






2 comments:

hidayatun mardiah said...

oh tidaaaaaakkkk...kau buatkan aku mengalirkan air mata lagiiiiiiii!!!huhu...aku sayang mung tyrah!

Tyra Hanim said...

jangan murahkan air mata hanya kerna srg lelaki mar,


murahkan airmata kepada yg mencipta lelaki, di hadapan yang mencipta itu yang terbaik (=