Followers

Friday, October 29, 2010

final blast : disana suami disini ibu







Assalamualaikum,




Apa khabar anda semua? Harapnya sihat- sihat saja seperti mana saya sihat segar bugar nih alhamdulillah. Iya iya iya saya dah habes final alhamdulillah tapi resultnye tak tahulah macam mana jugak kan. Harapnya hensem dan cantik bergayalah beliau. InsyaAllah, amin. Sempena habis exam ni marilah kita berkongsi cerita, gempak kah kiranya tajuk di atas? 




Ada seorang sahabat ni asyik tagged note pasal kawen je dekat wall saya, kejap- kejap kawen lepas tu kawen esoknya kawen lagi. Sudah agak lama jugak saya menahan lahar di hati agar tidak tumpah,namun lama kelamaan kerana saya manusia biasa maka saya tidak dapat lagi untuk menahannya! Maka saya bertekad untuk menyerang wall beliau, dengan semangat berkobar- kobar dan membara saya menconteng wall beliau sebagai mukaddimah serangan!




" Sayang, kaww asek tagged note sal kawen je, macam seronokla tu kan! Ta sempat na bace la, exam ni!


-  Hehe, tu la kaww kuat sangat cakap pasal kawen  -



Saya agak beliau menaip sambil terketar- ketar untuk membela diri, takut digam barangkali. Kali ini saya maafkan, hehe.




Jadi saya ingin betulkan perception anda, post kawen tiada kena mengena langsung dengan rate mahu kawen dalam diri, sesaja je kot. Entahlah, benda ni macam dah jadi hot stuff pulak kannn dekat universiti ni mentang- mentanglah semua dah besar kannn. =,=




Okay mari kita mula bercerita, pada suatu malam yang esoknya paper arab dan inggelish maka untuk meredakan tahap keberseliratan otak yang bercampur aduk banyak bahasa maka saya dan housemate mula membuka ruang bual bicara. Bermula dari satu topik ke satu topik, dan tibalah bab ini. Kami pada mulanya mempersoalkan kenapa sebagai isteri aula suami lebih mengatasi parents, ibu khususnya sedangkan suami itu baru saja sah akadnya, baru saja halal bersentuhan namun authority nya sudah jauh mengatasi authority ibu  yang mengandungkan kita perempuan 9 bulan 10 hari menyusukan kita selama dua tahun kurang lebih dan jaga tidur disisi katil saja tika suhu badan kita terlebih dari kebiasaan, apabila meningkat dewasa pula dia yang mendengar keluh kesah kita dan semuanya, budi dan jasa yang dia taburkan tak terhitung dengan 20 jari kaki dan tangan.








Bagi lelaki persoalan ini mungkinlah bukan satu persoalan tapi tidak bagi kami perempuan. Kamilah agaknya, yang mempersoalkan benda ni lah. Bersama malam yang semakin larut dan helaian buku yang agak lunyai, dibelek- belek sahaja kami terus berbicara.




Sejujurnya aku sering berfikir dan mempersoalkan perkara ini, alangkah sedihnya apabila ibu bukan lagi menjadi keutamaan sedangkan jasanya Allah saja yang tahu, mengapa suami sudah mengatasi? Dan hati menjawab Rasulullah pernah berkata jika ada seorang manusia yang boleh disembah oleh wanita, ia adalah suamimu. Begitu tingginya darjat seorang suami, disisi agama. Ada dalam satu riwayat seorang wanita yang suaminya berpergian dari rumah lalu dia mendapat khabar bahawa ibunya meninggal namun dia teringat pesan suaminya yang tidak membenarkan dia keluar rumah maka dia patuh dan hanya menunggu di rumah sedangkan ibunya sedang disiapkan untuk disemadikan setelah dipanggil menghadap Ilahi. Subhanallah, jika aku seorang isteri pun aku tak pasti mampu ke tak untuk melakukan sedemikian rupa. Tak boleh nak bayangkan, huhu )'=



Tapi sekarang senang, telefon ade, kalau susah- susah sangat jugak tulis je dekat facebook beliau! Hehe (=




Sejujurnya pada pandangan aku jugak jika seorang perempuan itu tidak mampu melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya terhadap ibu bapa, payah jugalah untuk dia melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri nanti terhadap suami. Bagi aku, benda ini adalah yardstick ataupun kayu pengukur kepada seseorang perempuan tu. Sebab suami haih orang yang baru kita kenal dan masih lagi belajar tentang baik buruk kita, ish ish ish. Belum tentu dia dapat menerima kita adanya dan tiadanya. Berlainan dengan parents kita, yang mengenal kita bermula di alam rahim lagi.



Selalu dengar mak- mak kata kalau nak pilih suami tengok macam mana dia dengan mak dia, kalau baik layannya, sayang mak dia macam tu lah insyaAllah dia akan sayang kita esok- esok. Sebab macam aku kate tadi benda ni merupakan yardstick, kalau dengan parents pun serabai dengan kita apatah lagi? Aku setuju sangat dengan benda ni, tak kesahlah orang nak kata old school ke ape. Sesetengah isteri tu jealous kalau suami mereka baik dengan mak. Sedarlah para isteri mereka tak sama dengan kita, walaupun sudah berumahtangga aula mereka tetap pada ibu dan ayah berlainan dengan kita. Err, maybe aku mudahh cakap sebab aku belum berada di tempat mereka (?) kalaupun di tempat mereka harapnya boleh menerimanya dengan berlapang dada.InsyaAllah.




NEXT STORY.


Ada seorang gadis, yang kebetulan makan semeja dengan seorang ustaz yang dihormatinya, alim ilmu agama. Tak lokek berkongsi dan memberi pandangan. Melihat keterbukaan ustaz tersebut dalam hal- hal yang dibicarakan, gadis itu bertanya ustaz tadi. Meminta pandangan.



" Ustaz macam mana nak hilangkan, nak buang perasaan suka pada seseorang? "



" Kenapa? Enti ada suka seseorang? "


" Mungkin. " Diam.


" Kenapa perlu buang perasaan tu? Cuba fikir balik, bukan enti yang minta untuk kenal dan suka pada dia. Perasaan tu bukan enti yang minta, bukan juga enti yang paksa. Semuanya datang dari DIA. Mesti ada hikmahnya, kerana itu semua lumrah. Fitrah. Yang penting salurkan dengan baik, jangan melampaui batas agama. Tak perlu buang, tak perlu juga simpan. Biarkan. Akan ada natijah yang DIA tetapkan. "


" Sebab dia baik dan saya tak pernah layak untuk dia ustaz, "


" Kenapa? Enti tak baik ke? Bukan hak enti untuk menghukum walaupun diri sendiri. Anggaplah ini suatu ujian, tempuhilah dengan sabar. Berdoalah untuk kesudahan terbaik," Ustaz tadi senyum.



Itulah masalah gadis tersebut. Menyukai orang yang baik- baik, orang yang berusaha menjadi baik walaupun dulu mungkin bukanlah baik tapi berusaha sehabis baik untuk menjadi baik dan sesungguhnya, sebaiknya layak untuk gadis yang baik- baik bukanlah gadis seperti dia. Dia sedar dia siapa.


3.18 pagi. Dah pagi dah ni, mata pun suku je terbukak, ngantuk ya amat. Okey, saya nak tidur dulu. Esok nak kemas kemas basuh baju lipat baju basuh pinggan menyapu lantai menyusun kasut dan banyak lagi lahhh. 



Till then.

No comments: