Followers

Thursday, October 7, 2010

perkara tahu

Assalamualaikum,


Aku tak tahu macam mana caranya aku tahu untuk mengetahui dan cuba untuk memberi tahu kepada orang yang ingin tahu tentang apa yang ingin aku beritahu sebab setahu aku,aku ni orang yang kurang tahu cara ingin memberitahu kepada mereka yang  berkemahuan untuk diberitahu =,=" somel sungguh smiley ni. Sila bayangkan muka aku macam ni sekarang?









5













4













3












2














1











0



Okay, dah. Cukup.
Sikit sudah,tak perlu lama- lama
tak perlu banyak- banyak. Hehe!



Hari ni aku rasa happy sangat sebab
sebab ape ye?
sebab alhamdulillah presentation
law hari ni, group aku dapat full marks.
Cepat cakap alhamdulillah semua sekarang.



Tak sia- sia usaha aku bersengkang mata
untuk siapkann benda alah tu kan
eventhough esok nak present
hari ni baru skripkan apa nak cakap
apa nak hand out bagi kat orang
bertumbuk-tumbuk meja kasi idea datang
haih,apa-apa pun alhamdulillah (:



Syukur sebab diberikan kesempatan,
diberikan idea dan fikrah
syukur dan syukur kepada DIA.
walaupun bahu aku masih lagi
hijau biru purple merah darah ikan bagai
at least ada jugak benda baik yang
come forward,good things are come
to those who wait.
*terasa nak menyanyi pulak disitu*


Aku nak share dengan korang semua,renung- renungkanlah bersama dan ambillah iktibar darinya :


Yakin pada ALLAH bukanlah mengharap 
terkabulnya segala harapan,
Yakin pada ALLAH adalah
meletakkan keredhaan
pada ketentuanNYA
rasa bahagia dengan ujian walaupun perit
disitu airmata yang menitis
terasa bernilai buat menyiram
api neraka.



Indahnya tarbiah ALLAH
tersirat rahmat dan hikmah 
diuji kita sebagai tanda kasihNYA



Bahaginya kekasih ALLAH
dihadiahi ujian yang amat hebat
sebagai tanda kasihNYA
Begitulah rupanya berkasih 
dengan ALLAH 
takkan dibiarkan terlena
dalam kenikmatan 
yang melimpah tapi 
dilindungi dengan ujian
dan cubaan yang tak berkesudahan. 



Panjatkan kesyukuran 
kerana itu tanda sayang 
ALLAH kepada hambaNYA.


Mungkin benda ni benda biasa yang orang cakap, kelihatannya mudah untuk dilakukan namun mujadahadah masih diperlukan, ia berbeza jika dikecap dengan hati yang paling dalam.


Dan ini SMS dari seorang sahabat, hadirnya tepat pada waktunya. Terasa ALLAH itu begitu dekat dan bersama. Terima kasih.


 " Ya ALLAH, sentuhkanlah hati sahabtku ini saat DIA jauh dariMU. Peluklah 
hatinya saat dia mencintai sesiapa lebih dariMU, peliharalah imannya selalu. 
Jadikan dia hamba yang banyak berdoa, beristighfar, dan menangis 
di hadapanMU agar diberi kekuatan dan kesabaran kerana 
setiap sesuatu itu datangnya  dariMU.


Sahabat, semoga ALLAH memberi PELANGI untuk setiap HUJAN, SENYUMAN untuk setiap TANGISAN, RAHMAT untuk setiap cubaan, KEKUATAN untuk setiap dugaan dan MAKBUL untuk setiap DOA. Uhibbuki fillah :) "



Aku doakan korang semua juga, saling mendoakan semoga seribu malaikat di arash ALLAH turut sama mendoakan kita. Aku nak upload gambar tapi kenapa tak boleh. Noob T,T







2 comments:

Muiz Nasrallah said...

Nikmat tarbiyah hanya dapat dirasai oleh orang yang pernah disentuh dingin air tarbiyah...

Alhamdulillah...

Tyra Hanim said...

semoga ia terus mengalir ke stiap pelusuk jiwa (: