Followers

Tuesday, October 19, 2010

Ulaq melengkaq atas pagaq kena ayaq acaq





Assalamualaikum.



Kaifa halukum? Auwww, cakap arab cenggitu. Yela minggu ni ade shafawi lepas tu next week pulak ade exam arab kan, kene lah cakap arab sikit. Biar dua  patah je pun, alah kepoh je lebih =.=
Oleh kerana Malaysia ni banyak bahasa dan lahjah mari aku nak bercerita sikit tentang lahjah dan loghat yang ade, bukan nak bercerita asal usul history sirah ke ape bende. Nak cerita bila aku bercakap bahasa- bahasa yang banyak ni kannn.


First.

Bahasa Inggelish. Hehe, kiut tak eja macam tu>?

Bila kita bercakap bahasa inggelish kan orang mungkin kata

" Hoih, bile kaww cakap bahasa inggelish kan dah tak nampak rupa melayu dah kaww ni. Mat salleh terus "

Tu kalau korang la yang cakap nye. Aku tak la, aku ni lidah melayu jati. Keh keh keh.



Second

Seperti yang korang maklum, aku ni orang Kelantan. Memang true laah, tak payah nak pertikaikan. Ape nak tengok IC ke? Haih. So, bila dah duduk dekat luau ni kan, kene la cakap luau sikit kan? Tak banyak pon sikit jadilah. Bila aku cakap Luau, 

" Eh, kaww orang mane? " Tanya si A.

" Kelantan lah, " Aku jawab.

" Kenapa kaww cakap tade slang kelantan ah? Pandai cover pulak kaww ni "

" Sangat- sangat pandai cover, tapi kalau dia jumpe geng. Huh!" Si B pulak menyampuk.

=_______="

Macam smiley kat atas ni aku buat muka. Boleh bayang? Hehe.



Third.

Bila dah selalu cakap luau ni kadang- kadang tergeliat lidah jugak la kann. So bila jumpa kawan- kawan Maahad, tak pun duduk dekat rumah ( hostel USIM ), ade budak Kelantan senang sikit kejenye.Bila aku Cakap kelantan je, mesti housemates aku yang laen cakap macam ni 


" Kaww cakap Kelantan memang sangat pekat tak ade noktah titik mahupun koma, macam orang tua lama yang menjaja kain batik kat atas pasar siti khadijah tu kann. Kalau kaww register nak menjaja kat situ kompem laku punya. Nenek aku cakap pun kalah "


Hehe. Hom lah, mugo kelate jati. 18 tahung kecek Kelate tu gak. Aww >.<

Skang ni budak tutorial aku ramai pulak nak belajar cakap Kelantan, siapa nak belajar cakap Kelantan tak de noktah tak de titik dengan aku sila isi borang. Sekarang. (=




Fourth.

Bahasa Kedah.

Room mate aku orang Kedah, orang Alor Star. So aku pun belajar slow- slow cakap Kedah. Selalu bertanding loghat mane lagi susah nak ikut. Suruh dorang try "ike make kkucing" dia suruh aku cakap " Ulaq melengkaq atas pagaq kena ayaq acaq" ape makne dia aku pun tak tawu. Suatu hari aku pun cakap la Kedah, dua ayat je pon. Tawu dia cakap ape?


" Tok sah duk cakap kedah la, ang cakap kedah dah ghupa oghang UK. Ulu Kok Diang. Dekat dengan Siam." Ambik kaww. Padat dan padu menusuk ke kalbu. Terkaku lidahku terkelu. Haha.



Itulah dia. Saje je nak release tension bace M.L.S ni. Bayangkanlah baca sejarah dalam bahase omputess. =.="


Dah dah pergi setadi sekarang. Pergi setadi Al Mabadi' Li Usulul Fiqhhul Islamiyyah.



/\
|
|
|


Sila baca dengan baris dan makhraj yang yang betul dan precise kalau ta mahu kena thundercat dekat bahu sampai bahu lebam biru. *tiba- tiba*


Till then, Wish me luck!

5 comments:

-hazen said...

selalu cakap kedah boleh betulkan makhraj ain.

insyaAllah.

Muiz Nasrallah said...

Tahniah la thundercat tu.

Penipu lidah melayu tulen, cakap English sikit punya fluent dalam group MUET yang mock punya haritu. Tuih! Hahaha

Tyra Hanim said...

~shafiq~

susah nak cakap kedah =,="


~Muiz~

pentipu. Malu la.>,<

mar said...

ulaq melengkaq atas pagar kena ayar acaq tu maknernye..ular berlingkar atas pagar kena air longkang...ada sedikit persamaan ngan bhase klate..kita sebut air caa(air l0ngkang)-x de a kat depan n x de q kat belakang..depo p tukaq air ke ayaq..'ca'-depo p tambah a ngan q..(^^,)

Tyra Hanim said...

ouh ye ke?

sejak bile terer bahasa kedah ni?