Followers

Friday, October 8, 2010

wanita dan tangisan



Situasi.


" Saya ada sesuatu nak cakap, " Suami.

" I'm all ears "

"Sayang, sebelum kita kahwin saya pernah cintakan seseorang"


 Sepi.


" Okay, lepas tu?"

" Dan saya masih cintakan dia sehingga saat ini"
 

Muka si isteri sudah berubah kebiruan, namun nafas masih diatur perlahan- lahan agar tidak kedengaran sumbang. Senyum, paksa.


" Kenapa tak cari,"

" Dah cari,"

" Jumpa? "

" Iya."

" Kembalilah ke sisi dia. "


" Saya sedang berada di sisi dia."  Si isteri berpaling mencari bola mata si suami. Mengharapkan sebuah ketulusan.
" Ya, saya sedang berada disisi dia. Saya pernah mencintai dia sebelum dia ada disisi saya sekarang ni, masih terlalu mencintai dia dan jika diizinkan Allah saya ingin terus mencintai dia," Senyum.


Si isteri sudah berpinar mata mendengar setiap patah kata yang keluar dari bibir sang suami. Airmata yang mengalir laju dikesat perlahan, selebihnya hanya dibiarkan saja mengalir dan berjuraian di pipi.


" Sayang, kenapa menangis? " Si isteri hanya menjawab dengan senyum penuh makna, bahagia. Tidak terluah dengan kata- kata. Walaupun mata masih mengalirkan titis airnya.


- TAMAT-





Assalamualaikum, 




Cerita kat atas tu bukan highlight post kali ni 
saya sebenarnya nak bercerita 
tentang tangisan dan wanita 
wanita dan tangisan,
memang tidak dapat dipisahkan 
seperti aur dengan tebing 
begitulah akrabnya wanita dengan airmata 
seperti cincin dan permata.




Airmata, katanya senjata seorang wanita 
sebagaimana doa itu senjata orang Mukmin
begitulah layaknya airmata itu dikatakan senjata wanita, mungkin?



Wanita menangis disaat dia gembira dan sedih
disaat dia terluka dan terhiris
saat terharu dan malu,bukan?
saya tahu, kerana saya wanita-to-be



Saat genting untuk seseorang
mungkin mereka menangis
mungkin juga tidak, namun kepada yang tidak
bukanlah keras hati mereka
bukan juga kerana ego yang dilambung tinggi
mereka tentu punya alasan sendiri.



Bagi saya sendiri, dalam sesuatu keadaan
sedih atau apa- apa yang biasa dalam keadaan itu
situasi itu, orang lain mungkin menangis
tapi mungkin tidak saya.
Bukan keras kepala, bukan ego diraja
saya akan bertahan semampu saya,
selagi boleh disimpan saya akan simpan
bukan tidak ingin diluahkan dengan airmata
tapi tidak disaat itu, kerana saya cuba menghayati



"Jangan menangis di hadapan manusia,tapi menangislah di hadapan Pencipta "



Seikhlas hati, saya terlalu suka menangis
tapi bukan hadapan ramai orang
bukan untuk tontonan,
saya akan menangis semahu saya bila saya bersendiri nanti
kerana saya terlalu lemah
dan saya tidak mahu orang tahu saya lemah
melihat airmata saya. Sungguh. Saya malu.



Dahulu saya bukan begitu
saya akan menangis bila saya terasa mahu
dimana- mana saja, bila- bila masa juga
manjanya, ya saya tahu
dan saya bangkit mencuba dan belajar
untuk tidak terlalu mudah mengalirkan airmata
saya belajar untuk membina tembok
untuk melindungi diri sendiri
kerana saya terlalu lemah, semoga saya berjaya.



Wanita, tidak salah jika ingin menangis
namun menangislah ditempat yang sepatutnya
dihadapan yang selayaknya
ya, airmata itu separuh dari kita
kerana tanpa airmata, rusuhnya jiwa kita.



Wanita, menangislah di hadapan DIA
menangislah disisi suamimu
menangislah diribaan ibumu
menangislah dalam dakapan ayahmu
jangan sampai orang tersalah faham tangisan kita
kerana mereka berada di tempat berbeza. 
Lelaki, fahamilah
jika wanita menangis dihadapanmu
kata- katamu harus bagaimana
suaramu harus nada bagaimana
senyum dan pandangan matamu harus memberi rasa
pujukanmu harus bergema cara mana.
Jangan sesekali melukai wanita yang menangis dihadapanmu, lelaki.



Kerana airmata, wanita istimewa. 

ALLAH berfirman :

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."


Aku berharap aku setabah dan setegar dia, Wanita, kesatlah airmata.



6 comments:

Muiz Nasrallah said...

Selalu terkenangkan doa munajat Ali bin Zainal Abidin:

"Wahai Tuhan, jangan kau serahkan diriku ini kepadaku, aku tak mampu menguruskannya..

Wahai Tuhan jangan kau serahakn diri ini, mereka akan mensia- siakan aku."

Tyra Hanim said...

Ayuh serahkan diri kepada Pencipta kita bersama


(:

hidayatun mardiah said...

subhanallah...

Tyra Hanim said...

apa yang subhanallah?

mar said...

suka post hang yang niey...hehe..

Tyra Hanim said...

hahaha.terima kasih (=