Followers

Tuesday, November 30, 2010

tomorrow tomorrow




Assalamualaikum





Aku nak membebel banyak- banyak malam ni. Banyak- banyak. Tiba- tiba pulak aku terfikit bila aku jadi mom esok- esok kan mesti i'm the type yang sangat suka nag kan? Sampai berlubang kot telinga anak- anak. Wakakaka. So tak jadi la nak nag banyak- banyak. Sikit je sudah.



Dah mula sem 2 ni semangat berkobar- kobar kot. BERKOBAR- KOBAR aku cakab kaw. Har har. Dah 2 hari dah bukak sem baru. Dah kenal beberapa lecturer dan eksaited kot nak belajar General Principles of Malaysian Law, one more Law and Society. Fiqh Mujtama' pun eksaited jugak okay.



Sekarang aku bersyukur sangat I am destined to be in Law and Syariah course, i have learn so much things. INDEED. I mean ilmu- ilmu agama. I'm learning syariah u guys. This is what we there's always silver lining on the dark cloud. Eventhough there's so much pain and tearshed, much bitter to be better. It has to be. I need to bear with it because that is what we call life. Right? Just keep the faith. That is the key of success. 





Not only in this stage but on the other part that we call eternity. He knows that this is the best way for me, to be in His way. Bukan Med, ke Dent ke whatsoever. Meant no harm to those who taking it. I mean I'm not good enough, Dia tahu kalau aku ambik benda alah tu nanti aku tak sempat nak cari ilmu- ilmu macam ni. But u guys, maintain. Then that's the best for u. Believe me. U're the one who decide for yourself, in every way in every single things.





Okay starting tomorrow I'll be off to Gombak. Ade workshop dekat sane, need to attend it by hook or by crook. I am forced. Har har. Not by the people, but by the situation. And yeah sure freaking out of toneless tune hahaha surround by all boys. I'm the only girl. Pffffttttttttttt. Benci. No company, no gossiping, I mean nak kawan dengan sape nanti? Heh. Tapi tak pelah at least I got 4 bodyguards altogether with me. Ngahahaha. Dan botak kepala fikir pasal ni. Uh, tapi nak buat macam mana. Need to carry on with it. It's tomorrow. Wish me luck u guys, eah?







U hate that much. Expelled my name out of the list. I note that. FOREVER. 




The last part tu abaikan okay. Chill. Doakan aku yeh.






  

Sunday, November 28, 2010

kerana kita manusia




Assalamualaikum,




Alhamdulillah, aku dah selamat sampai di kampus terchenta, esok dah ada banyaakkkk kerja dah pun. Biasalah, campus life. Eceh. Brag. 





Okay, nakk cerita. tadi aku pergi blogwalking la sikit- sikit. 
Biasalah bila dah blogwalking tu macam- macam 
blog mewakili macam- macam orang yang kita jumpe ye dak?
 Tekan punya tekan terjumpalah blog-blog yang menggunakan subjek benda alah kuning sebagai isu utama. Dalam setiap post mesti 
nak mention- mention benda tuh. Mesti nak kena kait mengait dengan benda tuh. Mesti nak kena mengena dengan benda alah tuh.
 Dengan bangga pulak tuh. Ya, saya tahu anda lelaki. Namun,,




Aku bukan nak kata aku baek pun tapi bagi aku benda sebegitu tak wajar sebagai seorang melayu Islam, kita punya batas- batas dalam berbicara, dosa dan pahala yang sentiasa dikira. Bila kita menulis begitu bukankah jelas orang boleh baca kita melalui tulisan-tulisan sebegitu?
 Apakah sebenarnya yang ada dalam otak dan hati kita nih kan?
 Memang betul juga, don't judge a book by it's cover, 
don't judge a blogger by its writing but then anyhow first impression making sense of people on how to evaluate us.
 Sebab husnu zon atau su'uzon orang pada kita ni bukan kita yang boleh bentuk lakarkan. Apatah lagi pandangan Tuhan terhadap kita, kan?





Semasa menonton Fuhh! di TV3 hari tu, ada memaparkan seorang artis yang sangat suka berpakaian seksi dan beliau dia diminta beri kenyataan tentang gosip-gosip yang melanda beliau. 





" Well I tak kisah orang nak cakap I apa, asalkan I kenal I siapa dan tahu apa I buat. Buat apa I nak kesah orang kata apa. Si ri us. Bila orang kata I macam- macam tak de lah pulak I was like tak nak attend events, tak keluar rumah, tak de life. Sebab I hidup untuk diri I sendiri. Bukan untuk orang laen, so I kisah apa! "





Ya benar hidup untuk diri sendiri tapi kau mungkin lupa satu, ada yang menciptakan hidup kau yang kau kata untuk diri sendiri. Namun bukan pula begitu niat Yang Menciptakan kau. Nah, ini pula penjelasan untuk mereka yang berkata, suka hati aku lah blog aku atau apa- apa yang suka hati lah aku punya bukan kau. Ye suka hatilah. Suka lah hati kau bila melihat
 mereka yang berniat menggulingkan dan melihat kehancuran kita ketawa bergolek melihat "kecerdikan" kita. 






Janganlah pula kita dikata cerdik tidak boleh ditumpang, tak cerdik tidak boleh diajar. Kalaupun tidak mahu menjaga pandangan manusia, jaga pandangan Allah jangan dilupa.



وما خلقت الجن والانس الا ليعبدون

Maksud : Tidak aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadat kepada-KU [Azzariyat 
: 56]






Ya, aku tak layak pun untuk berkata tapi aku cuba menyahut 


"بلغىي ولو اية"

 Maksud : Sampaikan daripadaku walau satu ayat. 






ننظر الى ما قال ولا ننظر الى من قال - 


Maksud : Lihatlah kepada apa yang dikatakan jangan lihat kepada siapa yang mengatakan. 






Tapi kepada yang berkata juga, undang- undangnya ada ya. Jangan dilupa. Semoga aku tidak menjadi orang yang lupa. Sesungguhnya melakukan apa yang kita kata merupakan salah satu ujian dari Allah. 


يا أيها الذين امنوا لم تقولون ما لا تفعلون

Maksud : Wahai orang- orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? [Assaf : 2 ]



Jadi kesimpulannya, tak perlulah kita nak selak kain dan tunjuk parut dan nanah apa yang ada. Cukuplah Allah dan kita saja tahu keburukan dan aib kita, tak perlu berbangga mendabik dada berkongsi dengan manusia.
 Sungguh, tak perlulah. Malulah kepada mereka, juga kepada DIA yang menciptakan kita. Di saat orang lain tenggelam dengan dalam makrifat janganlah kita tenggelam dalam maksiat. Sungguh. Kepada yang terasa,
 mohon jangan dibanggakan dengan perkara sebegitu. Aku tidak mahu mengulas panjang tentang isi percakapan mereka ini, 
faham-faham sendiri ye? Entah kenapa aku terasa begitu sebal dengan orang yang sebegini.
Harapnya sampailah apa yang aku cuba sampaikan ni. Ayat dah macam keling. 




Okay, aku dah tahu aku punya result. Anyhow, kena syukur alhamdulillah. Usaha yang terbaik untuk mendapat yang lebih baik. InsyaAllah. (=


Terkial- kial aku menulis jawi. Sob sob >,<


- Terima kasih kepada mereka yang membantu =.=









Friday, November 26, 2010

hari terakhir saya




Assalamualaikum



Howdy peeps. Sob sob sob. Sedihnya malam ni dah nak berangkat ke kampus terchenta. Uhuk. No more hang outs, no more zig zag folding body on my mom's bed, no more tv, no more staying up online, no more chatting with those guys and girls, weekkkk. Haha. No more whereabouts riding motorcycle, no more gossiping with my beloved cousins, no more teasing my mother, even no more bullying Adek Musif. No more pot pet while lending my hands to mom cooking and doing chores. Mom will have no person to said "Sudah- sudah la nyanyi kat dapur. Nanti laki tua! ". Aww, umi. Tak mahu! Tengok tulisan tuh, bold merah tandanya memang mutlaqon tak mahu. Eheh.




Gross! Tengok aku punye list aktiviti mase cuti tade kot yang berfaedah, unless tolong umi sikit- sikit. I will miss all that. Yang ada hanyalah mengadap buku- buku dan gosok baju malam- malam esok nak pakai pegi kuliah. Adehhh. Hidup yang pathetic.



Semalam umi masak nasi kerabu, well yeah makanan kegemaran dan tradisi orang Kelantan. Nak basuh beras, cakap dengan umi



"kakak nak makan banyak- banyak sikit umi, hari last dah ni."




Umi pun kate "ape kakak ni hari last last ape pulak. Orang tak cakap macam tuh! Orang sampai ke jepun mane- mane kakak. Kakak dekat Nilai je pun. Tak de hari last nye pun!" Kata umi dengan suara agak tinggi.



Ouh, umi. Takutkah anakmu sorang ni akan meninggalkan dirimu? Kenapa umi sensitif bila kakak cakap macam tu? Kakak maksudkan hari last kakak dekat rumah sebelum balik kampus. Tapi umi, adakah ini satu tanda? Kakak harap tak umi. Kakak masih mahu menikmati hari- hari seterusnya. Berada disisi umi, mengusik umi. Dan buat macam- macam bersama umi. Kakak tak mahu ini hari terakhir kakak umi. Kakak masih perlu untuk membela umi, dan adik. Umi dan adik serta keluarga harta kakak yang paling bernilai. Selagi Tuhan tidak menjemput, kakak tidak akan pergi jauh dari umi, adik dan keluarga kita, InsyaAllah. )=



Sumpah buruk muka aku. Haha. Ouh, tak kenal eah? Tudung oren u olls!



















Wednesday, November 24, 2010

mengalahkan puteri gunung ledang





Assalamualaikum


Nak dengar perutusan tak? Perutusan dari aku. Heh. Macam mandat besar je kan nak bagi perutusan bagai.



Diumumkan bahawasanya hari ini merupakan hari di mana semua pelajar TAMHIDI USIM dapat result termasuklah aku. Dan korang nak suruh aku umumkan ke tidak aku punye result nih? Nak eah? Okay, jum!



Dengan ini diumumkan keputusan ATYRAH HANIM BT RAZALI, TAMHIDI LAW DAN SYARIAH, GROUP 2 SESI 2010/2011 bagi Semester 1 adalah










.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






TAK TAHU LAGI LA. NAK CHECK TAPI LUPE PASSWORD. BENDA ALAH PASSWORD DALAM BUKU KAT KOLEJ KEDIAMAN. AMAN DAMAI BERSEMADI TAK NAK KASI AKU TENGOK RESULT!




Tapi based on ape yang aku dah lalui, means exams, carrier marks so on aku da leh agak aku punya result. Mesti cikai punye. Hurm, nak buat macam mana. Banyak maen, lepas tu study pun faham- fahamlah macam mana. I keep repeating the same mistakes even though how much I hope I am not. And HE know whats the best for me. HE knows everything and beyond. HE knows I take lots of things for granted. HE knows I'm not that grand to grant all my wishes. I know it too. Never grand, I am. And HE might as well really know how to repay me. Nevertheless, I am still hoping that everything will be fine. And u guys. I never asked u guys even a slight thing. But this time I really wish that u guys can pray for me. At least pray that I'm not gonna repeat all the same silly mistakes. Thank U so much.



For those who put the high expectation on me, u will see I am down verily to the earth. I've told u before. I've told u.





Ouh, title. Ye, im freaking out of tune puteri gunung ledang. Ade ke?Haih. )=



Monday, November 15, 2010

buat sang pencinta



Assalamualaikum,



Let us smile together. Senyum berjemaah itu lebih baek dari senyum seorang diri. Tibe- tibe je kan? Okay fine, saya nampak anda tersengih- sengih depan skrin tu. AloloLOlO, somelnye dia sengih. Heheh. Aku harap korang semua sihat dan sentiasa dibawah lembayung redha DIA. InsyaAllah. Kebelakangan ini, aku ade banyak benda nak post tapi entah kenapa setiap kali tangan menekan keyboard aku ta rasa jiwa aku menulis bersama. Entah kenapa ya? Namun, aku cuba juga untuk menulis, mengheret juga jiwa ini menulis bersama. Haih (=




buat sang pencinta
yang bercita- cita
untuk mencinta
dan dicinta,
nah! Ini lumrah
kita manusia


buat sang pencinta
yang dikata setia 
usah terlalu leka 
dengan mainan kata
nantikan jiwa terluka


buat sang pencinta
jangan merasa alpa
merasa nikmat cinta
kelak nanti kan ditimpa bala


buat sang pencinta
renunglah seketika
walau sebentar cuma
agungnya cinta
daripada Pencipta.


buat sang pencinta
bangkitlah segera
dari mengejar cinta
sementara manusia
kerana mereka 
yang dicinta
kan jua meninggalkan kita. 








CINTA. LOVE. Common. Too common. Apa yang aku nak cakap disini ialah, kepada sahabat- sahabat diluar sana janganlah terlalu khali dengan cinta manusia. Sungguh. Tidak memberi makna apa- apa, sekurangnya buat masa ini. Sahabat, kau mungkin bertanya kepada aku adakah rasa yang begitu begini itu cinta? Adakah perasaan begini begitu, suka? Aku gembira kerana kau belajar mengenal suka, dan cinta. Namun yang pertama ini jangan terlalu leka. 



Namun tak bermakna aku suka untuk melihat kau gembira dalam dosa. Sungguh, kerana kau mungkin belum tahu mehnah cinta manusia. Perit, sungguh. Sakit, demi Tuhan aku tidak berdusta. Dan aku tidak mahu kau rasa itu, aku tidak mahu kau menangis di bahuku kerana kau merasa sakitnya cinta manusia. Sungguh, sahabat.




Buangkanlah rasa yang ada. Jangan terlalu ikutkan hawa yang menjerat jiwa. Berjuanglah walau bagaimana cara, untuk lepas dari cinta, sebegitu rupa. Jika kau kata dia juga mampu merasa degup rasa apa yang kau rasa, Setelah itu apa yang kau pinta? Cinta, ana enti?! Jangan sahabat. Jangan kau gugurkan segala apa yang pernah kau genggam di tangan. Jangan pula kau robohkan benteng di dada yang pernah kau bina dengan bata- bata. Jangan juga semudah itu, kau buang duri- duri di kawad yang memagari hatimu. 



Ya, cinta kerana agama. Namum ketahuilah, syaitan menipu daya dengan setiap cara yang ada! Sungguh. Lepaskan ia pergi, kita lebih bebas begini. Dari terbelenggu dengan rasa yang tidak mengenal dan mengira untuk menyerang bila! Tidak mengenal siapa! Banyak lagi obligasi yang harus ditunaikan. Usah biarkan diri rentan dimamah cinta sebegitu rupa. Kau kata, mungkin aku mudah berbicara. Kerana, aku sudah di luar kawasan 'cinta'. Namun ketahuilah, pernah aku merasa apa yang kau merasa. Tiada apa yang ku dapat, hanyalah sengsara.



BENAR. Kita punya cinta TUHAN yang tidak pernah mati untuk kita. Setiap nafas yang kita hirup adalah ihsan cinta daripada DIA. Kita punya cinta ibu bapa yang akan membawa kita ke syurga. Nah, apa lagi? Ayuhlah, tunaikan tanggungjawab kita untuk buktikan rasa cinta kita, kepada mereka. (=





"Orang mukmin itu sangat bersangatan cintanya kepada Allah." [Al-Baqarah : 165]




- maaf, terpaksa berbicara tentang cinta lagi. Buat sahabat tercinta, apakan daya. (=




Sweet. Manis. >,<






Saturday, November 13, 2010

wahhh, umi kita hero-in nya dia!




 Assalamualaikum.


Hanset kesayangan kita bertali kuma- kuma kita tengok. Sudah pukul 6, sudah tiba masanya! Ya, masanya untuk mandi, solat dan bersiap. Hari ni kita MUET. Kita jadi bersemangat tiba- tiba. Mata yang tadinya layu seperti bunga yang kegersangan air mula segar bugar, dan terbeliak luas. O.O
Begitulah agaknya mata kita. Kita lantas bangun dan pisat- pisat mata yang layu semula. Maklumlah, tak tidur semalaman. Last minute study punya pasal =.="


Kita masuk bilik air, pintu bilik air kita tolak perlahan. Kita mula bersandar di dinding dan menguap panjang. Kita gunakan tapak tangan kanan kita untuk menutup mulut, malu jugak kalau orang tengok kita ghope itu. Kita mula meraba- raba bekas mandi, dengan sebelah mata tertutup kerana yang terlalu mengantuk. Apabila tangan kita tak mencapai berus gigi, kita mula membuka kedua belah mata. Dan kita lihat, disebelah bekas mandi kita, KATAK!
  


Kita pun apa lagi, 
"arrrrrrrrrrrrrrggggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh, katak! Katak! Katak! " ( Kalau dalam loghat kelantan, kattok, kattok, kattok! )




Lompatan mengundur kita buat tanpa sedar, mulut yang tak henti melaung sehabis daya, dan badan yang terlompat- lompat setempat. Kita kaku, sekakunya! Memang kita takut dengan katak. Sungguh.


Kita menempik lagi



" Umi, kattok! Kattok! Kattok! Tulung, umi! Umi! Tulunggg! UMIIIII!!!!!!!! ARGHHHHhhhhhhhhh! "



Umi kita kemudiannya masuk bilik air dengan terkocoh- kocoh. Mengambil masa, mungkin kerana umi berada di dapur.



" Diamlah kakak." Umi kita berkata. Lantas kita masukkan tuala di tangan ke dalam mulut. DIAM! Kita baru tersedar, kita lantas keluar dari bilik air dan berdiri di muka pintu. Melalui celah tangan yang menutup muka, kita intai umi kita. Umi ambik benda alah kerapu tu masukkan ke dalam bowl dan flash. Umi kita tunjuk muka bangga. Kita turunkan tangan di muka, tuala di mulut juga kita tarik. 


" Dah ke umi?" Kita tanya.


" Dah, umi ingatkan apa tadi. Bergegar satu kawasan ni agaknya kakak jerit." Umi kita senyum mengejek.


Wahhh, hero-in nya umi kita. Selamtkan kita daripada makhluk kerapu hijau jeli lembik tu! Kita salutelah dengan umi kita. Memang heroin. Kita tak tahu lah kalau esok- esok boleh ke tak kita selamatkan anak kita yang mungkin juga takut makhluk kerapu sama macam mak dia. Kita memang tak boleh dengan benda alah kerapu tu. Geli! Phobia! Katakkerapuphobia kita nih! Jangan nak usik- usik kita dengan benda alah tu. Kita bagi double side kick nanti!



Nati esok- esok


" Bonda, frog! Frog! There is a frog here bonda. Bonda! AAARgghhhhhHHHHHHHHH! Help meeeeeee! " 


" Hape bonda bonda? Panggil ayah-anda ekau! " Macam tu lah agaknya jawapan aku kannn. Heheh.


Tiba- tiba kita teringat Zahlia yang takut lipas dalam novel Bicara Hati. Nasib baek heronya ada, Tengku Shahran gitew!


Kita Atyrah yang takut makhluk kerapu, nasib baek hero-in ada, umi kita! Kan? (=



Wiwit, umi kita! >.<















Friday, November 12, 2010

one good thing



Assalamualaikum.



Good things come to those who wait. * Tiba- tiba *



Howdy peeps, tomorrow is 13th Nov so im gonna sit for the heaven yeah MUET. Nothing much to mumble here, it's just sharing point of view. I'm bloghopping to sort of tremendous jugaklah. Situ sini, sini situ. And visiting to junior's blogs too. Most of people put up songs on their page. And I was like man, they dragged me to the ___________. 



I don't know what to spell here, it's just I want to say. I used to feel the way u guys feel whenever I put songs in my blog. I used to put my fav songs at the oldie one such as Miley's, Taylor's, Switchfoot's never out of the list. But here, not yet unless Maher Zain, or nasyeed sorta.



To be truth, I am still craving for all those song. Still. So bad. And yet they are inside almost my gadgets. I just remember this, my ustaddddddddddddd ever said this "Kalau nak dengar lagu ke apa, dengarlah sorang- sorang. Buatlah dosa sorang- sorang. Tak payah nak ajak orang laen sekali." Cause that time there was a classmate use a song as ringtone and it's ringing in the class. So, same goes here.



That is why I'm not putting any song here, I mean that kind of lagha song. Ehehehehehehehehehe. Panjang sket ehehe tuhh. So don't drag others to feel the blast of the bad feeling. Hurm. Aku pun tak tahu aku cakap ape nih.




And one day, I hope so there is a guy that legally as my superduper man will say this whenever I'm stick to iPOd or whatsoever :




"Enti dengar lagu ape tuhh?" Sambil tarik iPod and check the song lists.



"Ya Allah, ape ni enti. Enti still dengar lagu band- band nih? Tak baiklah enti, please diminish it all enti. I'll let u choose whether u delete it all in front of me or I will do it by myself !" Hoih, garangnya. That time, muke seposen pun dah tak laku.



" Enti pilih skang. Kalau tak ana tak nak kawan, " 


" Okay, ana delete nih. Seeeeeee................" Then, I'll diminish it all. Ahahaha.




Yelah, dia layan Ghamidi, Sudais aje. Band- band nih jargon.








Angau overboard tuhh atyrahhhh. Get a griplah, esok MUET! (=


- macam cute je ana enta enti tuh. Demam ke ape? Yelah, esok MUET.






Thursday, November 11, 2010

akhafu darurain : memilih satu antara dua




Assalamualaikum.



Pagi yang indah, seindah- indah yang tidak dapat digambar dengan kata. Untuk mengindahkan lagi pagi yang indah tangan tak menunggu lama melakukan proses "melihat dunia", menggunakan hujung jari. Ada seorang sahabat, berkongsi link di facebook maka aku kongsikan juga dengan kalian Sila Tekan. Dan blog sahabat ini bercerita tentang politik juga. Ya, dulu kami bertiga. Aku, dia dan seorang lagi dia. Kami berkongsi fikrah, minat dan kecintaan terhadap perkara yang serupa. Yang nyata pada waktu itu, kami dapat merasa keghairahan masing- masing terhadap perkara yang kami sama- sama cinta. Penulisan, politik, dan debat. Tiga itulah yang utama. Kami merupakan peserta tetap bengkel- bengkel penulisan dan dia serta seorang lagi dia merupakan antara nama yang dikenali oleh fasilitator bengkel penulisan yang kami sertai. Kebetulan juga kami merupakan barisan speaker debat bahasa melayu yang kami sertai pada waktu itu. Dan keghairahan tentang politik yang kami kongsi bersama, ya mekar dengan info yang selalu kami kutip dari masa ke semasa.







Masa yang pantas berlalu, membawa kami menelusuri dunia yang berbeza dan keghairahan kami juga semakin pudar. Errr, mungkin bukan mereka tapi sebenarnya aku. Terutamanya dalam apa yang kita panggil siasah atau politik. Semakin aku dalami aku semakin muak dengan semua yang wujud di pentas yang kita panggil siasah itu. Semuanya aku rasa hanyalah retorik yang menipudaya dan bertulangkan kata dusta dan aku kian jelik sebenarnya dengan segala apa yang ada dalam dunia ini,siasah. Si polan yang menuduh dan si polan lain yang dituduh, mereka berkancing gigi menarik rambut dan menelanjangkan sikap keburukan masing- masing. AHHHHHHHhhhh! Dan ya, aku muak dengan semua itu! 




Tapi kadangkala aku teringat suatu ketika dulu, aku sering juga berdebat/berjidal mengenai perkara ini. Salah satunya, semasa aku menghabiskan cuti selepas PMR di Pondok Lubuk Tapah, dengan beberapa yang sebaya dengan aku mengenai ini. Politik. Tentang warna- warni yang ada dalam politik yang mana lebih baek, yang mana mungkin lebih pincang, itu serta ini dan sebagainya lagi. Dan pengakhirannya, selalu begini.






" Saya rasa lebih baik kita tak bercakap tentang politik. Sebab kita budak lagi, mungkin kita boleh sambung bila umur kita cukup 21." Itulah kata mereka. Selalunya.






Dan mungkin bila aku menyentuh soal ini, kalian mungkin juga berbicara begitu. Tapi haruskah kita berdiam diri dan bersikap tidak ambil peduli bila politik ini kaitannya dengan agama yang kita yakini? Haruskah kita berdiam diri dalam memilih antara satu antara dua? Berdasarka usul fiqh yang aku belajar dalam mata pelajaran teras syariah, terdapat satu kaedah yang dinamakan akhafu darurain. Iaitu memilih satu daripada dua, memilih yang kurang risiko berbanding yang lebih berisiko. Aku bagi satu contoh berdasarkan apa yang aku belajar la kan, di suatu tempat padang pasir umpamanya. Tak de makanan, yang ade cume bangkai lembu dan khinzir yang masih hidup la kan. Mana satu yang kita akan pilih di saat darurat seperti itu? 




Kedua contoh yang aku sebutkan di atas adalah haram, memang haram mutlaqon. Berdasarkan apa yang aku belajar, pilihlah bangkai lembu tuh sebab ia adalah halal jika dalam keadaan hidup manakala khinzir pulak hidup ke mati memang haram. Itu kalau ada pilihan, tapi kalau tiada pilihan hanya ada khinzir je? Kena makan sekadarnya, mengelakkan daripada maut. Jangan maen sental sampai kenyang. Sebab dalam Islam, wajib bagi kita memelihara nyawa selagi terdaya. Lima maslahah yang diberi rukhsah semasa darurat ialah, maslahah akidah, nyawa, harta, nasab, dan lagi satu aku tak ingat. Sorry. Boleh baca disini juga Maslahah dan Mafsadah. Akhafu darurain dalam kaedah usul fiqh jugak boleh diambil dari dalim istiqra' tam.






Dalil lain akhafu darurain adalah daripada hadith soheh bukhari(aku tulis dalam bentuk cerita bukan dalam bentuk matan), ada seorang abid yang kencing di atas masjid, Rasulullah SAW melarang para sahabat untuk memukul beliau kerana jika para sahabat memukul beliau sudah tentu abid itu akan berlari bertempiaran dan mengotori seluruh masjid, baiklah dia hanya kencing disitu dan mengotori hanya satu tempat di atas masjid tu. 




Nampak tak dia punya flow? Memilih sesuatu yang kurang risiko? Itulah akhofu darurain. Dalam konteks ini, siasah begitulah jugak. Dalam pemerintahan Allah suruh kita pilih yang ikut ape tuan- tuan? Ikut yang ini. 






“Wahai mereka yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan uli al-Amr (pemimpin) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih pendapat maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (Sunnah), jika kamu benar beriman dengan Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu yang paling utama dan paling baik akibatnya” (Surah al-Nisa’ 59)



 Kalau kita nak jadi orang yang beriman. 




Ertinya, jika berlaku perselisahan, asasnya bukan pendapat pemerintah tetapi kembali kepada prinsip-prinsip yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah. Selepas ayat ini, Allah menegaskan tanggungjawab rakyat melantik pemerintah yang berkualiti dan layak, dan tanggungjawab pemerintah yang dilantik melaksanakan keadilan: (maksudnya)


“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum dalam kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha melihat”. (Surah al-Nisa: 58).



Terlalu banyak nas-nas yang melarang mentaati pemimpin secara ‘membabi buta’. Antaranya, sabda Nabi s.a.w:


“Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu Muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam perkara maksiat maka tiada lagi dengar dan taat”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
.



Dalam memilih benda alah ni, tengok dasar perjuangan apa? Islam ke? Melayu ke? Perut boncett mereka ke? Pilih- pilih. Jangan yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran sudah lah kan? Kalau kita asyik nak mencari salah orang yang cuba menjunjung tinggi Islam itu dan ini, biasalah mereka manusia. Sekurangnya mereka cuba untuk membawa, syiar tu, mereka cuba julang. Dari sebahagian yang laen, buat apa? Fikirlah sendiri. Kalau asyik nak mencari salah, sampai kiamat la brother. Sampai kiamat. Sebab manusia asalnya dari perkataan nasia bermaksud lupa. Ertinya, ya manusia melakukan kesalahan. Janganlah kita menurut orang- orang seperti ini :



Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang menyekutukan Allah, iaitu orang-orang yang memecah-belahkan agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka.” [Surah Ar-Rum: 31-32]



Auzubillah.



-berpeluh- peluh aku tulis entry nih, harapnya sampai maksud. 

- percubaan pertama, fuhhh! (=


- terima kasih muih berlemuihhhh! :P















today wasnt a fairy tale

Assalamualaikum



Today wasn't a fairy tale
I didn't wore that dress
And so u are didn't wear 
The dark grey t-shirt
U didn't told me i was pretty
When i look like a mess
Because today wasn't a fairy tale
Times didn't slow down whenever you're around.
Yes, because today ain't a fairy tale.



If u guys can hold the grasp of what I'm trying to say, that was quit jubilant for me to know. 



Please pray so that I can do the best this 13 of November, will be the day after tomorrow. I've been struggle for it high and low, hoping the result won't tear me apart. God Bless (=




Tuesday, November 9, 2010

biarlah sejuk perut ibu mengandung




Assalamualaikum



Baru je semalam kate belum tentu ade post sebelum 13 hari bulan, tapi ta menyempat je dah na post. Hehe. Saje je aku na bercerita. Tadi, beberapa jam sebelum ni, aku dan umi berada di ruang rehat sambil bersantai tengok tv bagai. Umi mengadu selalu lenguh- lenguh dan sakit badan, biasalah usia makin bertambah katanya. Lantas umi berkata " Cuba kakak tengok betis umi ni, dua tiga hari ni asyik nak cramp aje"



Aku tahu umi ni terer balaghah, ilmu bayan kinayah bagai lantas aku bangun menuju ke kabinet untuk mengambil minyak ubat. Nak suruh urut la kan? Hehe. Sambil mata lekat pada TV macam- macam yang kami bualkan. Tiba- tiba aku teringat video yang aku tonton malam semalam, kan aku ade cakap dalam post lepas aku tengok video caesarian, aku ceritakan pada umi. Aku cerita juga tentang tangisan tanpa suara aku tengok benda alah tu dan aku bertanya


" Sakit ke umi nak bersalin?"


" Umi tak tahu nak cerita macam mana dia punya sakit tu kakak, Tuhan je tahu, tambah- tambah masa umi nak bersalin kakak dengan adik umi punya ketuban darah bukan ketuban air. Orang kata kalau ketuban air ni sakitnya kurang sikit banding ketuban darah. Adik pun sama, ketuban darah jugak, "


Adeh, aku mula sebak. Umi sambung bercerita lagi.


" Masa umi kandungkan kakak, kakak tak aktif macam adik. Adik, kuat menendang, kalau umi tengah jalan kena berhenti, kalau tengah diri kena duduk. Rasa- rasa macam garu- garu dalam perut tu menendanglah. Masa nak deliver pun kuat lagi adik tu menendang. "



Saat itu juga aku rasa kalau budak musif ada depan aku, aku nak sekeh- sekeh kepala dia kasi tak center sikit. Haih.






" Macam mana agaknya rasa dia eh umi? "


" Nanti kakak rasa sendirilah kakak, " Ehhh, termalu disitu. >,<


Dan macam- macam lagi lah yang umi cerita, dan sesudah selesai umi bercerita terus aku masuk bilik. Kalau nak leleh pun kena cover- cover, malu dek orang! Aku fikir- fikir balik. Try to put ourself  in other's shoes, in this case, di tempat seorang ibu. Apa yang diharapkan dari seseorang anak yang dikandung selama 9 bulan 10 hari kemudian bertarung dengan maut, umpama nyawa dihujung rambut. Hartakah? Kekayaankah? Pangkat? Kuasakah? Atau apa?



Jawapannya ya kalau semua benda tu boleh bawa masuk dalam liang lahad 7 kaki dalam 3 kaki lebar. Tapi bolehkah itu semua kita bawa sebagai bekalan? Tak boleh. Jadi apa yang seorang ibu mahu? Kalau aku, biarlah sejuk perut ibu mengandung. Bagaimana? Tidaklah payah jawapannya, kalau kita ada iman di dada tanyalah apa yang kita mahu dari seorang anak yang dilahirkan dengan berjuta payah, sakit, airmata dan darah? Kalian jawablah sendiri dalam hati. Dan aku juga jawab dalam hati kecil aku nih. Meh aku buat peribahasa, tepuk dada tanyalah iman.




  “Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada orang tua (ibu bapa).”An- Nisa : 36



Ayuh, kita jadi anak- anak yang sejuk perut ibu mengandungkan! (=