Followers

Thursday, November 11, 2010

akhafu darurain : memilih satu antara dua




Assalamualaikum.



Pagi yang indah, seindah- indah yang tidak dapat digambar dengan kata. Untuk mengindahkan lagi pagi yang indah tangan tak menunggu lama melakukan proses "melihat dunia", menggunakan hujung jari. Ada seorang sahabat, berkongsi link di facebook maka aku kongsikan juga dengan kalian Sila Tekan. Dan blog sahabat ini bercerita tentang politik juga. Ya, dulu kami bertiga. Aku, dia dan seorang lagi dia. Kami berkongsi fikrah, minat dan kecintaan terhadap perkara yang serupa. Yang nyata pada waktu itu, kami dapat merasa keghairahan masing- masing terhadap perkara yang kami sama- sama cinta. Penulisan, politik, dan debat. Tiga itulah yang utama. Kami merupakan peserta tetap bengkel- bengkel penulisan dan dia serta seorang lagi dia merupakan antara nama yang dikenali oleh fasilitator bengkel penulisan yang kami sertai. Kebetulan juga kami merupakan barisan speaker debat bahasa melayu yang kami sertai pada waktu itu. Dan keghairahan tentang politik yang kami kongsi bersama, ya mekar dengan info yang selalu kami kutip dari masa ke semasa.







Masa yang pantas berlalu, membawa kami menelusuri dunia yang berbeza dan keghairahan kami juga semakin pudar. Errr, mungkin bukan mereka tapi sebenarnya aku. Terutamanya dalam apa yang kita panggil siasah atau politik. Semakin aku dalami aku semakin muak dengan semua yang wujud di pentas yang kita panggil siasah itu. Semuanya aku rasa hanyalah retorik yang menipudaya dan bertulangkan kata dusta dan aku kian jelik sebenarnya dengan segala apa yang ada dalam dunia ini,siasah. Si polan yang menuduh dan si polan lain yang dituduh, mereka berkancing gigi menarik rambut dan menelanjangkan sikap keburukan masing- masing. AHHHHHHHhhhh! Dan ya, aku muak dengan semua itu! 




Tapi kadangkala aku teringat suatu ketika dulu, aku sering juga berdebat/berjidal mengenai perkara ini. Salah satunya, semasa aku menghabiskan cuti selepas PMR di Pondok Lubuk Tapah, dengan beberapa yang sebaya dengan aku mengenai ini. Politik. Tentang warna- warni yang ada dalam politik yang mana lebih baek, yang mana mungkin lebih pincang, itu serta ini dan sebagainya lagi. Dan pengakhirannya, selalu begini.






" Saya rasa lebih baik kita tak bercakap tentang politik. Sebab kita budak lagi, mungkin kita boleh sambung bila umur kita cukup 21." Itulah kata mereka. Selalunya.






Dan mungkin bila aku menyentuh soal ini, kalian mungkin juga berbicara begitu. Tapi haruskah kita berdiam diri dan bersikap tidak ambil peduli bila politik ini kaitannya dengan agama yang kita yakini? Haruskah kita berdiam diri dalam memilih antara satu antara dua? Berdasarka usul fiqh yang aku belajar dalam mata pelajaran teras syariah, terdapat satu kaedah yang dinamakan akhafu darurain. Iaitu memilih satu daripada dua, memilih yang kurang risiko berbanding yang lebih berisiko. Aku bagi satu contoh berdasarkan apa yang aku belajar la kan, di suatu tempat padang pasir umpamanya. Tak de makanan, yang ade cume bangkai lembu dan khinzir yang masih hidup la kan. Mana satu yang kita akan pilih di saat darurat seperti itu? 




Kedua contoh yang aku sebutkan di atas adalah haram, memang haram mutlaqon. Berdasarkan apa yang aku belajar, pilihlah bangkai lembu tuh sebab ia adalah halal jika dalam keadaan hidup manakala khinzir pulak hidup ke mati memang haram. Itu kalau ada pilihan, tapi kalau tiada pilihan hanya ada khinzir je? Kena makan sekadarnya, mengelakkan daripada maut. Jangan maen sental sampai kenyang. Sebab dalam Islam, wajib bagi kita memelihara nyawa selagi terdaya. Lima maslahah yang diberi rukhsah semasa darurat ialah, maslahah akidah, nyawa, harta, nasab, dan lagi satu aku tak ingat. Sorry. Boleh baca disini juga Maslahah dan Mafsadah. Akhafu darurain dalam kaedah usul fiqh jugak boleh diambil dari dalim istiqra' tam.






Dalil lain akhafu darurain adalah daripada hadith soheh bukhari(aku tulis dalam bentuk cerita bukan dalam bentuk matan), ada seorang abid yang kencing di atas masjid, Rasulullah SAW melarang para sahabat untuk memukul beliau kerana jika para sahabat memukul beliau sudah tentu abid itu akan berlari bertempiaran dan mengotori seluruh masjid, baiklah dia hanya kencing disitu dan mengotori hanya satu tempat di atas masjid tu. 




Nampak tak dia punya flow? Memilih sesuatu yang kurang risiko? Itulah akhofu darurain. Dalam konteks ini, siasah begitulah jugak. Dalam pemerintahan Allah suruh kita pilih yang ikut ape tuan- tuan? Ikut yang ini. 






“Wahai mereka yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan uli al-Amr (pemimpin) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih pendapat maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (Sunnah), jika kamu benar beriman dengan Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu yang paling utama dan paling baik akibatnya” (Surah al-Nisa’ 59)



 Kalau kita nak jadi orang yang beriman. 




Ertinya, jika berlaku perselisahan, asasnya bukan pendapat pemerintah tetapi kembali kepada prinsip-prinsip yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah. Selepas ayat ini, Allah menegaskan tanggungjawab rakyat melantik pemerintah yang berkualiti dan layak, dan tanggungjawab pemerintah yang dilantik melaksanakan keadilan: (maksudnya)


“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum dalam kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha melihat”. (Surah al-Nisa: 58).



Terlalu banyak nas-nas yang melarang mentaati pemimpin secara ‘membabi buta’. Antaranya, sabda Nabi s.a.w:


“Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu Muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam perkara maksiat maka tiada lagi dengar dan taat”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
.



Dalam memilih benda alah ni, tengok dasar perjuangan apa? Islam ke? Melayu ke? Perut boncett mereka ke? Pilih- pilih. Jangan yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran sudah lah kan? Kalau kita asyik nak mencari salah orang yang cuba menjunjung tinggi Islam itu dan ini, biasalah mereka manusia. Sekurangnya mereka cuba untuk membawa, syiar tu, mereka cuba julang. Dari sebahagian yang laen, buat apa? Fikirlah sendiri. Kalau asyik nak mencari salah, sampai kiamat la brother. Sampai kiamat. Sebab manusia asalnya dari perkataan nasia bermaksud lupa. Ertinya, ya manusia melakukan kesalahan. Janganlah kita menurut orang- orang seperti ini :



Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang menyekutukan Allah, iaitu orang-orang yang memecah-belahkan agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka.” [Surah Ar-Rum: 31-32]



Auzubillah.



-berpeluh- peluh aku tulis entry nih, harapnya sampai maksud. 

- percubaan pertama, fuhhh! (=


- terima kasih muih berlemuihhhh! :P















11 comments:

adysuR said...

" Saya rasa lebih baik kita tak bercakap tentang politik. Sebab kita budak lagi, mungkin kita boleh sambung bila umur kita cukup 21."

Haha...ye2..pah pmr pandangan telah berubah.

Tyra Hanim said...

hehe,


samalah kite (=

ibn ismail said...

kitalah y harus memainkan peranan... =)

hidayatun mardiah said...

wah...aku suka...hebat sih!
pandangan yang bernas...bicara dengan hujah yang kukuh...:)...

Tyra Hanim said...

ibn ismail :


moga- moga.


Mar :

kaww lagi hebat la bucah. Ni semua kaww punye influent (=

Muiz Nasrallah said...

bismillah..

first, aku bangga dengan tulisan ni. Tahniah sis!

second, " Saya rasa lebih baik kita tak bercakap tentang politik. Sebab kita budak lagi, mungkin kita boleh sambung bila umur kita cukup 21."

aku rasa pernyataan ni bengong. hehe. kenapa aku kata bengong? sebab bagi aku, semenjak kita capai akil baligh lagi kita dah ditaklifkan dengan tanggungjawab sebagai seorang yang 'dah cukup umur' dari sisi Islam. Makanya apa? Politik adalah hablumminannas, bukan benda3 biasa bhai, benda yang menjadi tuntutan agama.

Lagi satu, negara ni demokrasi apa? Kalau budak umur 5 tahun pun nak cakap pasal politik apa hak kita nak halang dia sebagai individu merdeka yang bebas bersuara. Tolong jangan jadi konservatif.

Yang cakap macam tu akil baligh dia umur 21 ke? Haha

Third, aku cadangkan baca ni: http://asyrafmuiz.blogspot.com/2008/12/berjuang-itu-pahit-kerana-syurga-itu.html

Ignorance is bullshit. Haha.

Akhir sekali, thumbs up! sekali lagi untuk artikel ni. Bangga ada kawan macam hang. :D

Muiz Nasrallah said...

Oh ya kawan,
Aku pun benci dengan kebanyakan orang politik(tak kira BN atau PR), benar mereka banyak retorik, tetapi bila aku stick dan faham dengan prinsip demokrasi dan keadilan, aku tak pernah patah semangat untuk terus memerhatikan politik.

Aku tak kisah bantai Anwar kalau dia gila kuasa sekarang.

Sebab Malaysia ni kita semua punya. Bukan ahli politik punya, bukan Najib punya, bukan Anwar punya, Rosmah lagi la bukan.

Aku mahukan tanah air aku sejahtera!

Tyra Hanim said...

Lets being those ignorance. (=


Tula susah mentaliti kita nak ubah kan?


Ak lagi bangge de kawan dari madinah muih berlemuihhh.


:P

Tyra Hanim said...

Telinga yang kian berkeruping mendengar retorik mereka, namun apakan daya? Ahahaha.



Conclusion : Fight for our justice and rights through the path of Islam.



Rosmah tak tahan :P

Keringat Shabab said...

apa yang penting sekarang kesedaran islam (politik islam)dalam diri masyarakat yang kita perlu titik beratkan.

kita umat islam, mesti kita mahu hidup dengan cara islam, politik, politik islam. jadi, yang buruk kita baiki, yang baik kita membaikkan lagi..

islam tak kira umur, bangsa dan warna kulit.. dasar dan syariat islam sesuai untuk semua.

everything you define me said...

I saw, and you're right. I agreed that we should choose a side that its policy is parallel to Islam and what is right.

In my previous blog post pertaining to this,

http://thisblogisnerd.blogspot.com/2011/06/politics-is-pulling-us-muslims-apart.html

I said that i don't have a faith in political systems today, and i said i'd rather be a fence sitter, coz i saw every each party are sometimes rightful, and sometimes damn so wrong. I believe, nothing in this world are absolute, n everybody did makes mistakes. thats why i said we shouldn't pledge allegiance to a particular party only, coz if we do, it will be subtle to realize if our party are on the wrong lane, I mean, like commit something wrong, coz we are only listening to that side. we won't realize. thats why I think, we should sit on the fence and measure the pros and cons of both parties. If one's got right, we support it, and they got our vote. If one's wrong, they lose our support and vote. It is due to this hadits:

“Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu Muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam perkara maksiat maka tiada lagi dengar dan taat”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

We're asked to obey a leader ( in this case,a party) as long as he's on the track, obeying the Islam and not practicing mungkar n maksiat. But if he went rouge, we must leave him (the party). Thats exactly why i said we shouldn't supposed to stick or pledge allegiance to one particular party only. Thats why I said, being a fence sitter is better, in which we don't really stick to one party, they got our support as long as they're on track. we're like, sitting in between, not really into party A or party B. whichever went right, there we go.

Wow, this comment is long =.=" I can make a post out of it. huhu

Btw, I hope you satisfied with my explanation. Its only my very own opinion regarding this matter, and i'm totally agreed with your post. Just I think, the best thing is we shouldn't stick to one party :) which is what i meant by being a "fence sitter".

Thanks again. Remarkable idea and I adore your thought. Keep up writing good stuffs okay :)

Salam.