Followers

Tuesday, November 9, 2010

biarlah sejuk perut ibu mengandung




Assalamualaikum



Baru je semalam kate belum tentu ade post sebelum 13 hari bulan, tapi ta menyempat je dah na post. Hehe. Saje je aku na bercerita. Tadi, beberapa jam sebelum ni, aku dan umi berada di ruang rehat sambil bersantai tengok tv bagai. Umi mengadu selalu lenguh- lenguh dan sakit badan, biasalah usia makin bertambah katanya. Lantas umi berkata " Cuba kakak tengok betis umi ni, dua tiga hari ni asyik nak cramp aje"



Aku tahu umi ni terer balaghah, ilmu bayan kinayah bagai lantas aku bangun menuju ke kabinet untuk mengambil minyak ubat. Nak suruh urut la kan? Hehe. Sambil mata lekat pada TV macam- macam yang kami bualkan. Tiba- tiba aku teringat video yang aku tonton malam semalam, kan aku ade cakap dalam post lepas aku tengok video caesarian, aku ceritakan pada umi. Aku cerita juga tentang tangisan tanpa suara aku tengok benda alah tu dan aku bertanya


" Sakit ke umi nak bersalin?"


" Umi tak tahu nak cerita macam mana dia punya sakit tu kakak, Tuhan je tahu, tambah- tambah masa umi nak bersalin kakak dengan adik umi punya ketuban darah bukan ketuban air. Orang kata kalau ketuban air ni sakitnya kurang sikit banding ketuban darah. Adik pun sama, ketuban darah jugak, "


Adeh, aku mula sebak. Umi sambung bercerita lagi.


" Masa umi kandungkan kakak, kakak tak aktif macam adik. Adik, kuat menendang, kalau umi tengah jalan kena berhenti, kalau tengah diri kena duduk. Rasa- rasa macam garu- garu dalam perut tu menendanglah. Masa nak deliver pun kuat lagi adik tu menendang. "



Saat itu juga aku rasa kalau budak musif ada depan aku, aku nak sekeh- sekeh kepala dia kasi tak center sikit. Haih.






" Macam mana agaknya rasa dia eh umi? "


" Nanti kakak rasa sendirilah kakak, " Ehhh, termalu disitu. >,<


Dan macam- macam lagi lah yang umi cerita, dan sesudah selesai umi bercerita terus aku masuk bilik. Kalau nak leleh pun kena cover- cover, malu dek orang! Aku fikir- fikir balik. Try to put ourself  in other's shoes, in this case, di tempat seorang ibu. Apa yang diharapkan dari seseorang anak yang dikandung selama 9 bulan 10 hari kemudian bertarung dengan maut, umpama nyawa dihujung rambut. Hartakah? Kekayaankah? Pangkat? Kuasakah? Atau apa?



Jawapannya ya kalau semua benda tu boleh bawa masuk dalam liang lahad 7 kaki dalam 3 kaki lebar. Tapi bolehkah itu semua kita bawa sebagai bekalan? Tak boleh. Jadi apa yang seorang ibu mahu? Kalau aku, biarlah sejuk perut ibu mengandung. Bagaimana? Tidaklah payah jawapannya, kalau kita ada iman di dada tanyalah apa yang kita mahu dari seorang anak yang dilahirkan dengan berjuta payah, sakit, airmata dan darah? Kalian jawablah sendiri dalam hati. Dan aku juga jawab dalam hati kecil aku nih. Meh aku buat peribahasa, tepuk dada tanyalah iman.




  “Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada orang tua (ibu bapa).”An- Nisa : 36



Ayuh, kita jadi anak- anak yang sejuk perut ibu mengandungkan! (=







6 comments:

Farhan said...

hurm. macam pernah nampak je itu kanak-kanak.

Tyra Hanim said...

penah nampak eah?maybe kat blog lame kot (=

Farhan said...

no, seriously, kat depan mata. haha. xtahulah kot2 tersalah orang sebab muka nak sama ke (mungkin jugak tak sama langsung haha), tapi budak tu "buas"lah.

Tyra Hanim said...

ouh, eah?jumpe dekat mane tu?perhaps, my bro kinda buas jugak. Dye down syndrome, so mybe u see kids dat resemble to him. (=

Farhan said...

kat kampung. a'a la. maybe

Tyra Hanim said...

perhaps so (=