Followers

Monday, November 15, 2010

buat sang pencinta



Assalamualaikum,



Let us smile together. Senyum berjemaah itu lebih baek dari senyum seorang diri. Tibe- tibe je kan? Okay fine, saya nampak anda tersengih- sengih depan skrin tu. AloloLOlO, somelnye dia sengih. Heheh. Aku harap korang semua sihat dan sentiasa dibawah lembayung redha DIA. InsyaAllah. Kebelakangan ini, aku ade banyak benda nak post tapi entah kenapa setiap kali tangan menekan keyboard aku ta rasa jiwa aku menulis bersama. Entah kenapa ya? Namun, aku cuba juga untuk menulis, mengheret juga jiwa ini menulis bersama. Haih (=




buat sang pencinta
yang bercita- cita
untuk mencinta
dan dicinta,
nah! Ini lumrah
kita manusia


buat sang pencinta
yang dikata setia 
usah terlalu leka 
dengan mainan kata
nantikan jiwa terluka


buat sang pencinta
jangan merasa alpa
merasa nikmat cinta
kelak nanti kan ditimpa bala


buat sang pencinta
renunglah seketika
walau sebentar cuma
agungnya cinta
daripada Pencipta.


buat sang pencinta
bangkitlah segera
dari mengejar cinta
sementara manusia
kerana mereka 
yang dicinta
kan jua meninggalkan kita. 








CINTA. LOVE. Common. Too common. Apa yang aku nak cakap disini ialah, kepada sahabat- sahabat diluar sana janganlah terlalu khali dengan cinta manusia. Sungguh. Tidak memberi makna apa- apa, sekurangnya buat masa ini. Sahabat, kau mungkin bertanya kepada aku adakah rasa yang begitu begini itu cinta? Adakah perasaan begini begitu, suka? Aku gembira kerana kau belajar mengenal suka, dan cinta. Namun yang pertama ini jangan terlalu leka. 



Namun tak bermakna aku suka untuk melihat kau gembira dalam dosa. Sungguh, kerana kau mungkin belum tahu mehnah cinta manusia. Perit, sungguh. Sakit, demi Tuhan aku tidak berdusta. Dan aku tidak mahu kau rasa itu, aku tidak mahu kau menangis di bahuku kerana kau merasa sakitnya cinta manusia. Sungguh, sahabat.




Buangkanlah rasa yang ada. Jangan terlalu ikutkan hawa yang menjerat jiwa. Berjuanglah walau bagaimana cara, untuk lepas dari cinta, sebegitu rupa. Jika kau kata dia juga mampu merasa degup rasa apa yang kau rasa, Setelah itu apa yang kau pinta? Cinta, ana enti?! Jangan sahabat. Jangan kau gugurkan segala apa yang pernah kau genggam di tangan. Jangan pula kau robohkan benteng di dada yang pernah kau bina dengan bata- bata. Jangan juga semudah itu, kau buang duri- duri di kawad yang memagari hatimu. 



Ya, cinta kerana agama. Namum ketahuilah, syaitan menipu daya dengan setiap cara yang ada! Sungguh. Lepaskan ia pergi, kita lebih bebas begini. Dari terbelenggu dengan rasa yang tidak mengenal dan mengira untuk menyerang bila! Tidak mengenal siapa! Banyak lagi obligasi yang harus ditunaikan. Usah biarkan diri rentan dimamah cinta sebegitu rupa. Kau kata, mungkin aku mudah berbicara. Kerana, aku sudah di luar kawasan 'cinta'. Namun ketahuilah, pernah aku merasa apa yang kau merasa. Tiada apa yang ku dapat, hanyalah sengsara.



BENAR. Kita punya cinta TUHAN yang tidak pernah mati untuk kita. Setiap nafas yang kita hirup adalah ihsan cinta daripada DIA. Kita punya cinta ibu bapa yang akan membawa kita ke syurga. Nah, apa lagi? Ayuhlah, tunaikan tanggungjawab kita untuk buktikan rasa cinta kita, kepada mereka. (=





"Orang mukmin itu sangat bersangatan cintanya kepada Allah." [Al-Baqarah : 165]




- maaf, terpaksa berbicara tentang cinta lagi. Buat sahabat tercinta, apakan daya. (=




Sweet. Manis. >,<






10 comments:

Cidak said...

Allah.terbaik

Tyra Hanim said...

Trademark anda-anda semua.

pija said...

anda bagaimana..?

menagihkaseh-Mu said...

yan setuju bangat sama kamu tyra . truskn usha anda dengan pengisian yg bermnfaat :) insyAllah sama2 kita

suffiakmal said...

sungguh kau berkata benar !

Nawal Atifah said...

like (=

hidayatun mardiah said...

subhanallah....:)

Tyra Hanim said...

~pija~

saya beginilah, (=

~yan~

maseh yan, ye sama- sama kita ^-^


~suffiakmal~


mudah- mudahan (=



~nawal atifah~

maseh nawal (=


~mar~

alhamdulillah :P

Nawal Atifah said...

sme2..
^^~

Tyra Hanim said...

(=

syg nawal ^^