Followers

Tuesday, November 2, 2010

cerita dulu- dulu part 1


Assalamualaikum,



Apa kaba semua? Brother sister? Ibu bapak? Aku disini sihat- sihat hendaknya, ahh terase macam mengarang informal letter SPM la pulak. Korang perasan sesuatu tak? Semenjak dua menjak ni post aku tak de salam, selalunya sebelum aku post akan ada assalamualaikum tapi tiga empat post kebelakangan ni tak de pulak, haih. Eh, korang nak ke mana tu? Nak pergi archive tengok post lame ke? Tak payahla, aku dah letak balik assalamualaikum dekat post- post yang tak de salam tuh. Sebagai umat Islam memberi salam sesama mereka adalah sunat manakala menjawabnya wajib yeh. Ye la, aku taw la korang dah taw. Saja je nak bagitaw lagi. Wiwit >,<




Eh, atyrah mentang- mentanglah final dah habis dan kau jadi penganggur terhormat sehari dua post eah? Kalau blog ni dalam versi bercakap aku rasa lenguh  jugak dia berpot per pot pet pot pet dan aku rasa maunya tunggang langgang lari korang yang membaca sebab terlalu banyaknya benda alah ni bercakap. Eh, rasa macam thambi pulak ayat aku ni. Anda semua faham ta? Hehe.



Anggur = penganggur



Sebenarnya aku tengah layan novel, tapi rasa ta khusyuk pulak sebab teringat something yang nak dikongsi. SOmething yang aku rindu. Eh, cakap pasal novel ni kan, mestilah dalam tu selalunya banyak adegan jiwang yang kadangkala ta semenggah atau terlebih dos kann tapi entah kenapa aku rasa macam ta de feeling pulak bacenye. Ta rase indah langsung, ta rase ape- ape beb! Kenape eah? Selalunya terbuai terterbang jugaklah baca tapi kali ni feelingless. Anda semua ada jawapannya? Pelik juga ni. Haih Y,Y



Something yang aku rindu tadi, maahad. Sekolah aku, specifically : nasyid sekolah. Ye aku sangat rindukan benda alah ni, nasyid sekolah. Janganlah terkejut, aku tahulah suara aku langsung ta mirip Mariah Carey ataupun  Ziana Zain kann tapi aku masuk nasyid bukan jadik yang nyanyi ataupun background singer tapi aku maen percussion tuh. Gendang atau gongga something dan sometimes maen kompang jugak. Tapi sebelum terlepas masuk kumpulan nasyid tuh terlebih dahulu kena audition bhai, so kire macam suare aku ni ehem ehem jugakla kan? Ape tu? Ehem ehem ehem, sakit tekak tetibe pulak. Haha, gurau je. Jangan pi serang fesbuk formspring kate aku kerek pulak kann. Rasulullah pun pandai bergurau tahu (",")




gongga



atau benda ni
 
atau 




kompang




Aku ingat masa form two, malam- malam orang pergi prep kiteorang kena duduk urusetia untuk berlatih, tak pun padang tak pun maktabah sekolah. Masa lepas solat isyak orang laen sibuk bersiap nak gi prep kumpulan nasyid ni akan di sound supaya berkumpul dimana- mana. Kalau datang lewat kena sound nama supaya datang segera. Kadang- kadang aku dengan dua tiga orang kawan ni saje je datang lambat supaya nanti exco sound nama kitaorang sorang- sorang. Saja nak mencapub disitu. Haih, kecik- kecik da pandai trick capub kan.



Kalau berlatih kat maktabah lama asrama, seronok sangat. Masa berlatih macam- macam makanan yang dibawa untuk kami makan, selalunya akan ada air teh atau sirap yang diletakkan dalam tu bijik selasih, yang bila kita letak dalam air panas dia jadi kembang macam telur berudu tu kan? Aku paling alah dengan benda tu asal tengok je teringat berudu dan katak so selalunya aku ta minum. Aku ngelatlah, minum benda tu untuk tekak la supaya ta serak ke apa tapi aku kisah apa sebab aku bukan nyanyi pun. Okay sambung, masuk nasyid ni semua exco sekolah dan asrama kenal der sampai boleh skandal dengan exco disiplin asrama tu kire syok la kan? Maksud aku perempuan la bukan laki, eh pelik ke? Sekolah perempuan biasalah, skandal beradik kakak angkat, bukan apa pun.





Ingat lagi masa tu, da dekat pertandingan jari aku tercedera dan sakit la sikit sebab excessive punya latihan ketuk benda alah gendang tu. Kena pakai plaster, kena urut- urutkan sikit. Nasib baeklah exco disiplin tolong balutkan plaster n urutkan. Wiwit, haha ^-^



Kumpulan nasyid ni di train oleh abang nasyid senior MMJ ( Maahad Muhammadi Jate ) kiteorang memang panggil diorang cenggitu, tak tahu kenapa. Yang solo dorang train solo kiteorang, yang maen percussion train maen percussion. Ramai dak- dak laen yang macam " wahh seronoknya korang boleh bergaul dengan dorang". Tapi jangan ingat benda seronok je dalam group nasyid ni, selalu jugak kena marah dengan ustazah dan senior kalau buat salah. Kena tengking tu benda alah biasa jugak kalau lambat pick up tune yang diajar, sama ada oleh senior MMJ atau senior kiteorang sendiri. Selalunya senior kiteorang sendiri la yang marah, huhu. Menangis sebab pressure tu lumrah orang kata. Especially masa dekat- dekat pertandingan, tapi aku ta nangis solo la yag selalu nanges nye. Sempat lagi tuh #,#




Walaupun ada airmata, biasalah dalam setiap suka ketawa mesti ada airmata, aku tetap rindukan itu semua. Itu semua sebahagian benda dalam hidup aku, yang menjadikan aku hari ini. Dan sebahagian dalam hidup kita yang menjadikan hidup kita, yang membuatkan kita berbeza. Sekarang da tade dah semua tu, kalau gian na ketuk gendang tu ketuk meja je la, ta pun ketuk la ape saje yang boleh diketuk. Huhu, rindu )=




asrama




Kesimpulannya dari post panjang ni ape eh? Selain meluahkan rindu terpendam, aku juga ingin mengingatkan diri sendiri dan anda semua supaya menghargai setiap apa yang berlaku dalam hidup anda, hargai saat dulu, sekarang dan jika masih ada hargai saat esok juga, hargai orang sekeliling yang pernah hadir dalam hidup anda, masih lagi ada disisi anda ataupun yang bakal hadir dalam hidup anda, hargailah. Sesungguhnya mereka itu akan memberi makna, sesuatu setidaknya satu. Benda baru. Kan? Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan, okeyh? Fuhh, aku na pergi sambung bace novel sekarang? Haih =,="




Kau, aku tak pasti apa yang belajar dari aku. Tapi ingatlah, semuanya ALLAH yang lorongkan. Sebab kau dan aku hamba Tuhan.





6 comments:

Cidak said...

oh budak maahad.

Tyra Hanim said...

hurm,,,

the sedow geng said...

argh!!!
i miss da m0ment in maahad~
wakaka~
x b0ley blaa ayt..

Tyra Hanim said...

memang sentiasa ta boley na blaa.hahah (=

pija said...

novel..??
yee..antara manusia yg wt pinjaman novel dgn kak wahida kte kan..;p

Tyra Hanim said...

yeee...


hahaha.saya lah antaranye! (=