Followers

Monday, November 8, 2010

kasihanilah pejuang kecil dari alam lain itu





Assalamualaikum,


Satu, dua, tiga, empat. Empat hari lagi aku akan attend MUET, takot jugak, bertambah- tambah takutnye bila aku ta study lagi nihh. Kate nak dapat BAND4, tapi gayanya ni macam hagham, asyek maen je. Haih =.=
So tak leh nak online selalu sebab lagi empat hari tu kan aku nak kena ambik 3 paper. Kalau tak leh BAND4 harapan menggunung tinggilah boleh further law. Habes tu ta leh further nak buat ape?!!! Kawen? Ouh, belum tiba masanya. >,<


Sebelum aku tinggalkan korang semua untuk rindu- rinduan kat aku, aku nak kongsi satu cerita nih dengan kalian. Cerpen dari majalah Dewan Siswa bulan Oktober karya Hifzi Emar bertajuk "Pejuang Kecil dari Alam Lain". Cerita ni amat panjang so aku ringkaskan cerita ni untuk kalian semualah. Semoga kita mendapat manfaat darinya.Chill (=





- Pejuang Kecil dari Alam Lain-



Semua pejuang kecil masih lagi menanti dalam gua termasuk aku, meneladani sabar. Sesungguhnya kami tidak tahan lagi untuk menggempur masuk kesana. Namun kami tidak punya kuasa untuk melakukan sedemikian selagi belum dilepaskan. Kami cuma pejuang kecil.



Kami akan berevolusi, dari pejuang kecil aku akan menjadi makhluk ciptaan Tuhan yang terbaik, ahsani takwim. Sebelum proses itu bermula, aku teringat akan sesuatu yang terpahat di dinding gua tempat asalku. Sesuatu yang membuat azamku begitu hebat sehingga memacu aku berjaya dalam misi ini.


Sepanjang berada di dalam sana setelah berevolusi, adakalanya nafas aku sesak. Zat makanan yang dibekalkan oleh indukku tidak mencukupi. Beberapa kali maut menjelir- jelir, seksa itu lama- lama hilang sendiri. Mujurlah aku berjaya bermandiri. Aku tahu tidak lama lagi aku akan keluar dari alam yang ini pula namun sering juga aku dengar suara- suara ini. Misteri menyelubungiku, aku terdengar suara perempuan dan lelaki bergaduh. Aku sendiri tidak memahaminya namun demi anda semua aku boleh mengajuk suara itu lebih kurang begini bunyinya



" Kenapa engkau tidak mahu bertanggungjawab?"

Ada juga yang berbunyi " Itu bukan anak aku perempuan sial!"



Namun yang paling selalu aku dengar ialah suara perempaun menangis mendayu- dayu denga kepiluan yang amat dalam. Suara tangisan memang aku cukup kenal kerana perkara pertama yang akan aku lakukan setelah tiba di alam lain adalah menangis.Aku yakin inilah harinya, ada cahaya menyelinap masuk melalui satu ruang, aku akan tiba di alam lain tidak lama lagi. Beberapa minit yang meyeksakan, mengazabkan, aku pun terkeluar dari rahim indukku dan aku pun lahir sebagai khalifah dibumiNYA. Aku pun menangis semahunya seperti yang selalu aku raptaikan seorang diri. Dengan keterujaan yang penuh, aku cuba melihat wajah mulia indukku. Namun hanya mataku dapat merakam bayangan kalut seorang gadis muda tersera- sera keluar dari bilik kecil, yang pintunya kini terkatup rapat. Rasa sejuk menggigit- gigit tubuhku membuatkan aku menggigil, bau bacin menyerang deria bau. Baru aku perasan, aku ditinggalkan di lubang jamban sorang diri dengan badan masih berlumuran darah dari hujung kepala ke hujung kaki. Bau darah semakin memekat, aku ditinggalkan untuk mati lalu aku teringat untaian kata " jangan jadi sia- sia di dinding jamban..." dan kini aku lebih sia- sia lagi. 



Perjuanganku jadi tak bermakna langsung, apakah dosaku hingga dibiarkah begini wahai lelaki- lelaki dan perempuan- perempuan? Aku pejuang terulung! Meskipun bukan unggul tetapi paling bertuah. Cuma aku yang terpilih antara semua, satu dalam beratus- ratus juta. Namun, hidup aku tergadai bersama cinta yang turut sia- sia.





- Hifzi Emar -


Letih jugak type benda alah ni, haih. Ta de keje, cari keje orang kate =.=
Lambat ni sebab melayan bicara orang US. Haih lagi. Faham ta cerita ni kalian yang membacanya? Menarikkan? Mari kita sama- sama ambil iktibar, kasihanilah pejuang kecil yang bermatian berjuang. Kalaupun mereka bisa berbicara mungkin begini juga kata mereka. Ahh, kasihan. Sesunggunya mereka itu kurniaan Tuhan, jangan sia- siakan di mana- mana jamban. Mereka anugerah ALLAH. Lepas type cerita tu kebetulan jumpe orang share dekat facebook caesarian kann? Deliver baby yang kena belah perut tu kan? Menangis ta keluar suara aku tengok benda alah tu, huhu. Seram dan takut ngeri bercampur- baur. Terima kasih umi kerana melahirkan diri ini ke dunia! (=








- aku cuma  bercerita, bukan karya aku dan semua adalh ditulis oleh penulis, Hifzi Emar. 


- kepada yang baru membaca blog ni, pelik ke kejap saya, kejap aku? Jawapannya Di Sini. (=


- tak tahu sebelum 13 hari bulan ni ade post ke tak, insyaALLAH ade......




Baby ni sangat comel, rase macam nak cium- cium pipi dia sampai lebam je! 






4 comments:

pija said...

saya bace jugak cter nie..semangat kot awk nak salin balik..

Tyra Hanim said...

hehe.mane ade sy salin balek awk. Sy just ringkaskan je pun (=

wawa edward said...

Mane nk crik full story nie

wawa edward said...

Mane nk crik full story nie