Followers

Sunday, November 28, 2010

kerana kita manusia




Assalamualaikum,




Alhamdulillah, aku dah selamat sampai di kampus terchenta, esok dah ada banyaakkkk kerja dah pun. Biasalah, campus life. Eceh. Brag. 





Okay, nakk cerita. tadi aku pergi blogwalking la sikit- sikit. 
Biasalah bila dah blogwalking tu macam- macam 
blog mewakili macam- macam orang yang kita jumpe ye dak?
 Tekan punya tekan terjumpalah blog-blog yang menggunakan subjek benda alah kuning sebagai isu utama. Dalam setiap post mesti 
nak mention- mention benda tuh. Mesti nak kena kait mengait dengan benda tuh. Mesti nak kena mengena dengan benda alah tuh.
 Dengan bangga pulak tuh. Ya, saya tahu anda lelaki. Namun,,




Aku bukan nak kata aku baek pun tapi bagi aku benda sebegitu tak wajar sebagai seorang melayu Islam, kita punya batas- batas dalam berbicara, dosa dan pahala yang sentiasa dikira. Bila kita menulis begitu bukankah jelas orang boleh baca kita melalui tulisan-tulisan sebegitu?
 Apakah sebenarnya yang ada dalam otak dan hati kita nih kan?
 Memang betul juga, don't judge a book by it's cover, 
don't judge a blogger by its writing but then anyhow first impression making sense of people on how to evaluate us.
 Sebab husnu zon atau su'uzon orang pada kita ni bukan kita yang boleh bentuk lakarkan. Apatah lagi pandangan Tuhan terhadap kita, kan?





Semasa menonton Fuhh! di TV3 hari tu, ada memaparkan seorang artis yang sangat suka berpakaian seksi dan beliau dia diminta beri kenyataan tentang gosip-gosip yang melanda beliau. 





" Well I tak kisah orang nak cakap I apa, asalkan I kenal I siapa dan tahu apa I buat. Buat apa I nak kesah orang kata apa. Si ri us. Bila orang kata I macam- macam tak de lah pulak I was like tak nak attend events, tak keluar rumah, tak de life. Sebab I hidup untuk diri I sendiri. Bukan untuk orang laen, so I kisah apa! "





Ya benar hidup untuk diri sendiri tapi kau mungkin lupa satu, ada yang menciptakan hidup kau yang kau kata untuk diri sendiri. Namun bukan pula begitu niat Yang Menciptakan kau. Nah, ini pula penjelasan untuk mereka yang berkata, suka hati aku lah blog aku atau apa- apa yang suka hati lah aku punya bukan kau. Ye suka hatilah. Suka lah hati kau bila melihat
 mereka yang berniat menggulingkan dan melihat kehancuran kita ketawa bergolek melihat "kecerdikan" kita. 






Janganlah pula kita dikata cerdik tidak boleh ditumpang, tak cerdik tidak boleh diajar. Kalaupun tidak mahu menjaga pandangan manusia, jaga pandangan Allah jangan dilupa.



وما خلقت الجن والانس الا ليعبدون

Maksud : Tidak aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadat kepada-KU [Azzariyat 
: 56]






Ya, aku tak layak pun untuk berkata tapi aku cuba menyahut 


"بلغىي ولو اية"

 Maksud : Sampaikan daripadaku walau satu ayat. 






ننظر الى ما قال ولا ننظر الى من قال - 


Maksud : Lihatlah kepada apa yang dikatakan jangan lihat kepada siapa yang mengatakan. 






Tapi kepada yang berkata juga, undang- undangnya ada ya. Jangan dilupa. Semoga aku tidak menjadi orang yang lupa. Sesungguhnya melakukan apa yang kita kata merupakan salah satu ujian dari Allah. 


يا أيها الذين امنوا لم تقولون ما لا تفعلون

Maksud : Wahai orang- orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? [Assaf : 2 ]



Jadi kesimpulannya, tak perlulah kita nak selak kain dan tunjuk parut dan nanah apa yang ada. Cukuplah Allah dan kita saja tahu keburukan dan aib kita, tak perlu berbangga mendabik dada berkongsi dengan manusia.
 Sungguh, tak perlulah. Malulah kepada mereka, juga kepada DIA yang menciptakan kita. Di saat orang lain tenggelam dengan dalam makrifat janganlah kita tenggelam dalam maksiat. Sungguh. Kepada yang terasa,
 mohon jangan dibanggakan dengan perkara sebegitu. Aku tidak mahu mengulas panjang tentang isi percakapan mereka ini, 
faham-faham sendiri ye? Entah kenapa aku terasa begitu sebal dengan orang yang sebegini.
Harapnya sampailah apa yang aku cuba sampaikan ni. Ayat dah macam keling. 




Okay, aku dah tahu aku punya result. Anyhow, kena syukur alhamdulillah. Usaha yang terbaik untuk mendapat yang lebih baik. InsyaAllah. (=


Terkial- kial aku menulis jawi. Sob sob >,<


- Terima kasih kepada mereka yang membantu =.=









4 comments:

nadhirah nashit said...

papepun...
post ni ok gak
memberi kesedaran
gud luck sist!!

Tyra Hanim said...

maseh (=

Anonymous said...

Ini adalah artikel bagus untuk dibaca, terima kasih untuk berbagi.

Tyra Hanim said...

maseh.


Dan same2 (=