Followers

Saturday, November 13, 2010

wahhh, umi kita hero-in nya dia!




 Assalamualaikum.


Hanset kesayangan kita bertali kuma- kuma kita tengok. Sudah pukul 6, sudah tiba masanya! Ya, masanya untuk mandi, solat dan bersiap. Hari ni kita MUET. Kita jadi bersemangat tiba- tiba. Mata yang tadinya layu seperti bunga yang kegersangan air mula segar bugar, dan terbeliak luas. O.O
Begitulah agaknya mata kita. Kita lantas bangun dan pisat- pisat mata yang layu semula. Maklumlah, tak tidur semalaman. Last minute study punya pasal =.="


Kita masuk bilik air, pintu bilik air kita tolak perlahan. Kita mula bersandar di dinding dan menguap panjang. Kita gunakan tapak tangan kanan kita untuk menutup mulut, malu jugak kalau orang tengok kita ghope itu. Kita mula meraba- raba bekas mandi, dengan sebelah mata tertutup kerana yang terlalu mengantuk. Apabila tangan kita tak mencapai berus gigi, kita mula membuka kedua belah mata. Dan kita lihat, disebelah bekas mandi kita, KATAK!
  


Kita pun apa lagi, 
"arrrrrrrrrrrrrrggggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh, katak! Katak! Katak! " ( Kalau dalam loghat kelantan, kattok, kattok, kattok! )




Lompatan mengundur kita buat tanpa sedar, mulut yang tak henti melaung sehabis daya, dan badan yang terlompat- lompat setempat. Kita kaku, sekakunya! Memang kita takut dengan katak. Sungguh.


Kita menempik lagi



" Umi, kattok! Kattok! Kattok! Tulung, umi! Umi! Tulunggg! UMIIIII!!!!!!!! ARGHHHHhhhhhhhhh! "



Umi kita kemudiannya masuk bilik air dengan terkocoh- kocoh. Mengambil masa, mungkin kerana umi berada di dapur.



" Diamlah kakak." Umi kita berkata. Lantas kita masukkan tuala di tangan ke dalam mulut. DIAM! Kita baru tersedar, kita lantas keluar dari bilik air dan berdiri di muka pintu. Melalui celah tangan yang menutup muka, kita intai umi kita. Umi ambik benda alah kerapu tu masukkan ke dalam bowl dan flash. Umi kita tunjuk muka bangga. Kita turunkan tangan di muka, tuala di mulut juga kita tarik. 


" Dah ke umi?" Kita tanya.


" Dah, umi ingatkan apa tadi. Bergegar satu kawasan ni agaknya kakak jerit." Umi kita senyum mengejek.


Wahhh, hero-in nya umi kita. Selamtkan kita daripada makhluk kerapu hijau jeli lembik tu! Kita salutelah dengan umi kita. Memang heroin. Kita tak tahu lah kalau esok- esok boleh ke tak kita selamatkan anak kita yang mungkin juga takut makhluk kerapu sama macam mak dia. Kita memang tak boleh dengan benda alah kerapu tu. Geli! Phobia! Katakkerapuphobia kita nih! Jangan nak usik- usik kita dengan benda alah tu. Kita bagi double side kick nanti!



Nati esok- esok


" Bonda, frog! Frog! There is a frog here bonda. Bonda! AAARgghhhhhHHHHHHHHH! Help meeeeeee! " 


" Hape bonda bonda? Panggil ayah-anda ekau! " Macam tu lah agaknya jawapan aku kannn. Heheh.


Tiba- tiba kita teringat Zahlia yang takut lipas dalam novel Bicara Hati. Nasib baek heronya ada, Tengku Shahran gitew!


Kita Atyrah yang takut makhluk kerapu, nasib baek hero-in ada, umi kita! Kan? (=



Wiwit, umi kita! >.<















13 comments:

suffiakmal said...

sweet..simple tp ada jiwa ! huuuuu
senyum je sepanjang bace !

Tyra Hanim said...

ada jiwa? Macam mana tu? Lepas bace pun senyum jugak eah! (=

Nawal Atifah said...

hehe..abes bergegar satu kwsn tyra jerit..;D

suffiakmal said...

ya..ada jiwa..maknanya cerita meresap dlm jiwa sampai kita boleh rasa manis itu ! huu..senyum sokmo deh !

haena said...

cik atyrah hanim oi~
ngan katak pon takut ke? ape laa..
tapi same la kita~!haha

Tyra Hanim said...

nawal atifah :

ha ah. Agaknyelah kan. Hehehe, malunye kite! >,<


suffi :

ouh ye ke, hehe. Baguslah kalau macam tu. Anda pun, senyum sokmo! (=



Haena :


cik muncetttt oi~
ek eleh mengata orang kan. Dye pun same! hehe :P

Heidi Shafiq said...

hahaha.. comel takut katak.. :)

Tyra Hanim said...
This comment has been removed by the author.
Tyra Hanim said...

hehe.sejak bile takut katak ni comel?so, kalau na jadi comel kena takut katak eah?


hehe (=

sastraboy said...

ai loike dis entri.

yu noe?

haha.

ni, macam mana nak cium pangeran katak ni? haha.

Tyra Hanim said...

haha, yu always like dat. Like like. Ehehe.


I dun noe.


Eeeeiihhh,xmo cium pangeran kata. Xmo. Xmo. Haha. (=

farah said...

speaking anok yo , ganah2 .. bonda ? yaaak !

Tyra Hanim said...

hahaha.


kelas gitew katenye.


Bonda (=