Followers

Thursday, December 23, 2010

impian setiap perempuan : bergelar ibu





Assalamualaikum,



Minggu lepas diumumkan ada match inter- tamhidi, sports match. Futsal, bola jaring, bola tampar, badminton and ping pong. Pilihan aku ape? Mestilah futsal. Even jarang spare, kalo na maen cenggitu tu boleh la layan. Hik. So aku join la wakil TSU, tapi oleh kerana aku kan ta de kat kampus 4-5 hari ni, so name aku kena kick out daripada list. Wuuu, na maen! Sedih. Tapi ta pelah. Ta de rezeki, lagi pun aku ta sedia na bagi muka ni sunburn  haa. Nanti kan muka jadi zebra lak. Berbelang bagai. Huih. Tamau ai.



SO, masa semua orang kalut dengan match hari ni, selepas kuliah aku meminggirkan diri, ayat frust nye hai. Ta de la, aku pergi makan dengan beberapa orang kawan, so masa tengah makan- makan tu kawan ni dapat call. Dia cakap- cakap sal pregnancy test so on, rupa- rupanya kazen dia umur 20, pregnant anan sulung. Aku macam, wah! Ibu muda. Sudah hampir sempurna menjadi seorang perempuan, wanita. Aku stalk dia cakap apa, tetiba aku ade idea na post pasal benda alah ni.


Buat anak ibu, 

Mengandungkan kamu anak ibu adalah anugerah terindah buat seorang wanita, seperti ibu. Sudah sempurna lah fitrah yang Pencipta kita gariskan untuk seorang hamba yang bergelar wanita di atas muka bumi Tuhan ini. Ibu gembira, ibu bahagia. Di usia remaja, ketika darah masih muda, masih bergelora. Saat bersama teman- teman pasti ada yang bercerita 



" Aku mahu anak sembilan, mesti seronok! "

" Aku na dua pasang anak kembar kot, empat dah cukup "

" Aku nak kena cari laki hensem biar anak- anak aku tambah segak macam mak ayah dia! "


Itu semua biasa. Mereka terlalu gembira memasang cita. Untuk bahagia, bersama orang dicinta. Namun, anak ibu bukan semudah itu untuk menjadi seorang ibu. Oleh kerana suatu hari nanti ibu sedar yang ibu akan menjadi seorang ibu, maka ibu akan berusaha untuk menjadi seorang ibu yang baik sedari hari ini, saat ini, untuk anak- anak ibu, tidak kiralah berapa jumlahnya.






Kerana nanti ibu mahu dipilih oleh lelaki yang baik untuk menjadi ayah kepada anak- anak ibu maka ibu mestilah terlebih dahulu jadi wanita yang baik. Kan sayang? Kerana seorang lelaki yang baik dia sentiasa mengingati rukun rumah tangga hingga ke syurga iaitu untuk mendapatkan zuriat yang baik haruslah menyediakan ibunya yang terbaik. Mungkin ibu bukanlah yang TERBAIK itu, tapi cukuplah yang terbaik untuk ayah anak- anak ibu nanti yang ibu tak tahu siapa dia. InsyaAllah (=



Anak- anak ibu,

Ya, ibu akan mempersiapkan diri ibu untuk menjadi ibu yang terbaik kepada anak- anak ibu. Ibu mahu anak- anak ibu bangga dengan ibu. Bukanlah bangga dengan kecantikan yang ibu miliki, bukan juga bangga dengan harta yang ibu ada, bukan juga bangga dengan pangkat besar yang ibu pegang. Bukan itu anak- anak ibu. Ibu mahu anak- anak ibu bangga walaupun anak- anak ibu tidak tahu tapi Tuhan tahu yang ibu telah berusaha untuk menjadi seorang ibu semenjak awal usia remaja ibu. Itu bekal ibu, selain doa dari anak- anak ibu kelak bila ibu sudah tiada. Bagaimana ibu berusaha menjadi ibu dalam erti kata sebenarnya?






BERSAMBUNG di entries seterusnya.......................................



Selang dengan Royals English Debate tu ye? Chill (=





5 comments:

farah said...

tyra , ak suke entry ni .. ;)
12 weh .. haha !

nadhirah nashit said...

ha3..
lwk tul lah..
stady dlu k tyra...
jgn dok pikir kawen or anak la

nadhirah nashit said...

ha3..
lwk tul lah..
stady dlu k tyra...
jgn dok pikir kawen or anak la

Tyra Hanim said...

farah,


aku sembilan saje. Hehe.

gudluck 12 weh! Hee (=

Tyra Hanim said...

Nadhirah


(=