Followers

Friday, December 24, 2010

nothing to do with you





Assalamualaikum.


Ya saya sudah buat keputusan, saya sudah tekadkan fikiran, hati dan perasaan. Cehh.




Mungkin saya perlu menjadi diri saya yang dahulu, dingin dan beku. Saya membuka ruang yang terlalu luas untuk yang tak sepatutnya mendekati saya, lebih baik saya jadi diri saya yang dulu. Biarlah begitu.


Ya, ya. Saya akan fokuskan semua pada apa yang saya cinta. Apa, bukan siapa. Eh, sebenarnya saya tak pernah cintakan sesiapa. Apakah? Ya, benarlah. Jadi, biarlah






-- Biarlah saya mengetuk- ngetuk kepala saya sampai terkebil- kebil mata nih untuk study dan menelaah lecture notes saya.


-- Biarlah tangan saya lenguh kerana menyiapkan assignments yang diberi pensyarah.


-- Biarlah saya terpaksa put aside passion yang saya tak boleh stick with it untuk sementara waktu. Walaupun sakit, biarlah.


-- Biarlah saya mata saya lebam dan sembab kerana stay up malam- malam untuk membaca apa- apa yang saya perlu baca sebagai persediaan kepada motions debate.


-- Biarlah badan saya lenguh- lenguh lumpuh disebabkan kena hempap masa main futsal atau jatuh tergolek di atas court masa spare.



-- Biarlah saya sakit kepala dan selsema menunggu bas untuk pergi dan balik dari kuliah.


-- Biarlah saya main swing sorang- sorang dekat playground kalau saya rasa sedih yang teramat sangat.



-- Biarlah saya duduk bawah pokok yang hampir tidak berdaun malam- malam bila saya rasa saya perlu bersendirian. 



BIARLAH. Biarlah saya dengan cara saya.



Biar saya buat apa yang saya cinta, yang penting tidak jauh dan tidak leka dari DIA.



Saya tak mahu sesiapa mengganggu dan mengusik lagi... Cukup- cukuplah. Allah, bimbing saya.





NOta : Ouh, ya. Sebelum terlupa, minggu depan saya ada match futsal. Doakan team saya melangkah ke final. Ye, saya diserap masuk kembali ke dalam team TSU. Biarlah sakit, saya bahagia. (=











No comments: