Followers

Saturday, January 22, 2011

jiwa gersang




Assalamualaikum,



Wuwuwuwu, ape khabar anda? Ye anda lah. Anda la! Anda la sapa lagi? Iye, anda! Ha ah, yang tengah baca ni. Ape khabar? Sihat alhamdulillah ea? Betul ke? Ouh okay okay betul. Kalau betul alhamdulillah bermakna anda dah sedia nak baca post saya. =P




Hari tu saya ada training debate kan. Saya ni baek sO saya memang akan selalu datang awal. Lepas tu ada lah dua orang budak ni datang lewat so untuk public speaking session dorang dapat tajuk panas punya! Ape yang panas? Kejapla saya nak cite ni. Haa, dorang dapat tajuk :



First : Do you think you should marry now? 

Second : What is your girlfriend's name?


Haaa, kan. Sape suruh datang lambat. Kan dah kena. 


Kena throw out dalam masa 5 minit something spontaneously. Nak tahu apa jawapan dorang untuk soalan tu?


First : Yes, I should marry now. ( Hahaha )

Second : I don't have girlfriend ever since. ( Laugh out loud )


Ohmai. Honest gila dorang nih. Lepas tu masa cakap uh siap blush2 pulak dah haii. Hadoi, lawak la korang nih! Can't stop laughing, wo ho0! 

Macam mana kalau aku yang dapat topic public speaking macam tu?


Aku gase jawapan aku mesti macam ni. 


First : No, I don't think so. I'm still in teen ages. 


Second : Lots of boyfriends, can't even mention all of them. ( Tembaga platinum ah. Boyfriend kan bukan special boyfriend. Haha )



Okay, dah la tu. Apa hal jiwa gersang lak tajuk saya? Ouh ya, jiwa kita kadang- kadang gersang menyebut nama DIA, atau gersang dari mengingati dari bersyukur dengan apa yang dia bagi. So korang boleh tekan butang play kat video tu. Lagu peberet ni instead of Taylor Swift Abang Ghamidi. Haha. (=



 




Here goes something special for you guys who read this : 


You wonder
Is it an angel or yet
maybe a sweet dream that you can't forget
so close yet far- fetched
causing you to float on the line
between reality and fantasy

Haunted the nightmare
creates the ecstacy
Love and hate
poisonous honey
driving me crazy

The poison ivy of Mars
killing with the venom so sweet
you're losing your head
don't want it yet it keep haunting
losing yourself in the suffocating mist

The blind arrows of
piercing cold ice and
warm melting heart
tearing me apart.



Identifying something unidentified is harder ever than justifying the physics equation. Emotions falls under that something. Tear me apart.


Random : Selamat ber Mid Sem Atyrah!







Thursday, January 20, 2011

andai itu takdir-NYA






Assalamualaikum,


Andai itu takdir-NYA. Itulah jalan yang harus kita terima.  Betapa derita, betapa sengsara. Berteman airmata, bersahabat derita. Itu takdir-NYA. Untuk kita boneka di dunia. 







" Selama aku meniti liku- liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini, aku tidak pernah pasrah dengan hidupku. Andai itu takdir-NYA seebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu bila aku tidak mampu untuk bertahan lagi, hatiku lebih keras daripada kerikil."



Saat membaca novel ini hati aku tertanya sendiri. 
Mahalkah harga sebuah kebahagiaan yang diimpikan bersama orang yang dicintai? Anda benar, mampukah aku untuk membayarnya? Benar, cinta Ilahi cinta hakiki. 
Namun cinta yang hadir dihati buat insan yang dikasihi juga anugerah Ilahi. Tidak pernah bermimpi untuk memiliki. Rasa yang tidak mudah untuk disangkal pergi, andai sudah bertandang di tangkai hati. Bukan mudah juga untuk lari dari diri sendiri. Kelak nanti kan membakar diri sendiri. Namun wahai insani, jangalah terlalu khali mengulit rindu di hati. Sehingga lupa diri, lupa Ilahi. Janganlah.



Kau, mengertikah akan semua ini?


~ Usah kau berbicara tentang cinta jika kau sendiri jahil akan maknanya.~



Titik.



Random : Minggu depan mid term. Off untuk sementara. (=




Sunday, January 16, 2011

novel versus buku agama




Assalamualaikum,




Kawan- kawan saya nak minta maaf sebab saya kata nak complete the series this weekend, unfortunately I don't have enough materials to do so. Tak dapatlah lagi nak complete series tu. Sorry ye kawan- kawan? ( Ouh, bajet macam orang tunggu jeh kaww (>.<))



Lagi satu yang pasal ibu tu, yang tu tak cukup jiwa lagi nak tulis. Nanti kena cukup jiwa dan jiwang saya tulis lah kawan- kawan ye? Kawan- kawan marah saya tak? Janganla marah saya kawan- kawan, nanti kan kalau saya merajuk lepas tu nanges kawan- kawan kena pujuk saya pulak. Huaaaa. Saya rasa macam banyak benda yang delay, saya rasa bersalah. Huuuaaaa lagiiiiiiikkkkkk.



Adehh. Okay, back to normal mode. Ehem, ye. Sekarang lebih center dan fuse kembali ke soket. Mari kita renung- renungkan situasi ni yeh members of the floor, honorable judges, the precise timekeeper, and the peculiar opposition bench. Haha. Listen to me! =.=



Osmet : Tyraaaaa....... (suara manja ya tuan- tuan)
Aku  : Ye, nak ape? 
Osmet : Nak tidur pukul berapa?
Aku  : Tak tahu lagi. 
Osmet : Nanti kejut kite boleh?
Aku : Pukul berapa?
Osmet : Nanti kalau na tdo kejut la.
Aku : Ouh, okay. 


Pusing badan nak jalan keluar bilik. Tiba- tiba nampak sesuatu atas katil dia. Ouh man!


Aku lantas kembali ke katil dia. Belek- belek.


Nengok dia pegang lagi dua bijik. Aku ambik dan belek kesemuanya. 




Aku : Ni beli masa book fair dekat FPQS hari tu ke?
Osmet : Ha ah. Tak jadi beli jubah, beli la buku ni.
Aku :  * Diam *



Buku Langit Ilahi, satu lagi tajuk apa tak ingat. Dan lastly, tak ingat tajuk penuh tapi pasal qiamullail. Dulu osmet ni tak macam ni. Hidayah datang bila- bila, tak kira siapa!



Aku : Weh, bagusla anda beli buku- buku cenggini.
Osmet : Ape yang bagusnya?
Aku : Yelah, bagusla instead of beli novel alah jiwang kan? 


* Senyap *



Ape je aku nak cakap. Mungkin korang laen kot, tapi kalau aku. Pergi bookstores, memang tertarik dengan buku agama an. Dengan novels tu paham- paham lah. Kalau boleh nak borong je semua tapi agak- agak la pulak kan, umi ai bukannya Datin Rosmah Mansor, ya ampun. Haha. Tapi selalunya end up dengan Sophie Kinsella's or maybe Hlovate's. Jarang kot end up dengan religous book. Kadang- kadang kita rasa bangga bila keluar bookstores bawak buku- buku ni. Dabik dada, baca novel inggelish. Padahal yang sepatutnya khatam, tak khatam. Ouh, shame kau Atyrah. * Tutup muka*



Sampai tak maksud aku ni?




Random : Aku rasa aku terlalu muda untuk khatam Men Are From Mars, Women Are From Venus. Tapi dah khatam. Oh mai. So sape yang ade masalah rumahtangga, sila lah. Sila berjumpa dengan aku. Err, consultation hours, RM80 per hour. Mahal?! No money no talk!



Keh keh (n_n)





Saturday, January 15, 2011

pagi yang mengulit kesepian aku




Assalamualaikum




It's 2.43 am yet I can't sleep. Finishing one of the english group assignment so called, make up a story sort of biography of a person from a country that u choose. And luckily we got the country U.S.A. Lucky? Yeah, maybe.Creating a story maybe not a tremendous to me, as I love the art of writing. Instead one of my dreams is, want to be a writer. Enough speak. 




Kalau nak jiwang terasa palat pulak nak speaking bagai nih. Nanti- nanti lah aku belajar literature inggelish aku post entry jiwang rusty in inggelish iye? Nanti kang leleh- leleh dalam inggelish bagai ni nangis pulak orang yang bacanya. Bukan sebab apa, sebab teruknya bahasa. Haha. Gross!




Tadi aku dengar 
disebalik hujan, 
diiringi irama alam.
Sang pungguk 
menangis mengatakan
dia begitu rindukan bulan.


Dan aku?
aku menangis 
merenung bulan
merindui teman- teman 
seperjuangan. 



Blog Geng : TheSedowGeng









Ye. Mereka semua. Memang. Memang aku selalu letak gambar- gambar mereka ni dalam blog aku, even dalam blog lama pun aku letak. Tapi sungguh, aku rindukan mereka. Setiap seorang daripada mereka adalah satu dalam seribu. Dan aku masih belum berjumpa dengan yang sama seperti mereka walaupun dalam beribu- ribu. Ouh. Rindu. 




RANDOM : Ada yang tanya kenapa selalu post pasal cinta, jatuh cinta ke saya?  Jawapannya, tidak ye kawan- kawan? Apa itu cinta? Ouh, saya pun tidak tahu ye kawan- kawan =.="
Adehhh, haha.


RANDOM 2 : Walau saya ni naive ye kawan- kawan ape makna cinta. Tapi saya dah dapat jawapan bagus untuk soalan kawan- kawan tu. Jawapannya "i've got overflowing of love to give out, so i'm sharig some". Hik. Suke. Thanks Kak Wanie Cantik (=

Thursday, January 13, 2011

gadis- gadis ini dan para lelaki




Assalamualaikum


Hikayat aku bukanlah hikayat anak- anak raja yang punya hamba sahaya yang akan berbuat apa sahaja sebelum minta terluah dengan kata. Kisah aku hanya omel rakyat jelata yang tidak punya apa- apa tapi punya hati dan rasa. Juga. 



Situasi 1


Di sebuah gelanggang futsal yang biasanya didominasi oleh kaum lelaki. Terdapat sekumpulan gadis berumur awal dua puluhan sedang menukar selipar yang dipakai kepada kasut sukan. Giliran mereka untuk beraksi sudah tiba. Sementelah gelanggang lelaki hanya disebelah mereka. Beberapa orang daripada budak perempuan itu melihat penuh minat gaya permainan lelaki disebelah mereka. Tiba- tiba, datang beberapa orang lelaki dari dalam gelanggang menegur mereka. 


" Hai awak baju pink. Nama sape? Nak kenal boleh? " Kata salah seorang daripada mereka dengan senyum yang tidak tahu bagaimana harus ditafsir rupanya. 


Gadis berbaju pink itu hanya memandang mereka tanpa reaksi. Lalu dibalas oleh seorang daripada lelaki- lelaki itu.


" Weh gila jual mahal diaaaaa. Tengok mata dia pandang, tajamnya! " Kata mereka sambil berlalu menjauh. 


Si gadis masih tidak bereaksi. KOSONG. Apakah? Dia hanya mula bereaksi bila teman itu menarik tangan masuk ke gelanggang.



Situasi 2

Sebelum gadis- gadis itu pulang, si gadis berbaju pink berhenti bertanya kepada abang tauke futsal ketika teman- teman yang laen sudah berlari ke kereta. 

" Dah bayar ke? "

" Belum lagi. Awak, dia tu mintak nombor, " Sambil menunjuk ke arah rakan yang duduk di atas bangku. 

Si gadis terdiam sebentar. Lalu bertanya.

" Berapa? "

" RM50 "

" Awak,..jangan marah " Kata si lelaki itu. Mungkin cuak apabila gadis itu berubah air muka.


" Luna! " Si gadis memanggil rakannya sambil menunjuk isyarat lima dan kosong menggunakan tangan kanannya. 

______________________________________


Lelaki, mungkin kamu tidak pernah tahu tentang sesetengah perkara tentang gadis. Sesetengah gadis terlalu lemah dengan kata- kata dan pandangan mata yang kau lontarkan kepadanya. Bukanlah lemah kerana apa, nantikan takut terjatuh kasih. Kau tidak pernah tahu bagaimana pandangan mata dan lontaran kata kau kepada gadis- gadis ini bakal menjerat hati. Kau tidak pernah tahu, lantas si gadis memilih untuk menjauhi. Mungkin kasar ataupun sombong kata kau namun itulah perlindungan yang mereka ada. Lelaki, sekali gadis- gadis ini jatuh hati tidak seperti kaummu, kau tidak pernah tahu bagaimana rasa seksanya. Sedangkan niat kau hanya apa? Hanya untuk suka- suka, atau mungkin menguji. Janganlah sebegitu kejam wahai lelaki, kepada gadis- gadis seperti ini. Jiwa mereka rapuh ditutup dengan tegar yang kau lihat di luar. Kasihanilah mereka. 



Sekali gadis- gadis seperti ini membuat keputusan, tangan, kaki, dan seluruh anggota badan akan mengikut rentak serupa. Jika putih, putih lah. Kalaupun kelabu, maka kelabulah. Kerana gadis- gadis seperti ini sudah banyak kali mungkin terluka, lantas dia tidak mahu terluka lagi. Maka jika sekali diberi peluang fahamilah. Gadis- gadis ini tidak pernah pandai membaca kelakuan lelaki yang suka kepada mereka. Mereka hanya mengganggap itu semua itu kebetulan. Mereka perlukan kata- kata yang berketul keluar dari ulas bibirmu wahai lelaki jika benar kamu sayangkannya. Lucu bukan? Tapi begitulah mereka. Mereka terlalu berhati- hati tidak mahu dilukai lagi, oleh kaummu, Lelaki.





Random : Jangan sangka gadis di dalam situasi itu aku. Titik. 




Wednesday, January 12, 2011

when it comes to the end




Assalamualaikum.



Sekarang ni memang musim orang jarang online ke? Sebab drop by blog kawan- kawan semua macam sorry dah lame tak post, busy so on. 



And same goes to me here, lots of things that need to be done yet I didn't put the strive to the fullest. Sigh.



So the title, when it comes to the end. Said : Kadang- kadang kita dah letih jaga perasaan orang sampai hati kita tak terjaga dan berdarah. Kan?



I'm trying my best to bear with things as such yet it's limited. You never know the time I'll burst things out. When irrational take hold of me. Nauzubillah. That was thing that I regret for the past years of being uncontrollably bursting out whenever I'm feeling like I can't bear with anything. True. I don't want it happen again. Full stop. I keep the faith of what goes around comes around. I believe that HE always by my side. InsyaAllah.



There's a story that I want to share with u guys, let us take note on that. 
Sharing is loving. Ada satu perkara yang betul- betul memberi kesan kepada aku.
Let say, aku buat perkara salah ni kan, read : berdosa. 
Tak payah la aku mention aku buat apa, even Allah pun suruh kita sembunyikan aib kita. Lepas tu aku jalan beberapa langkah je, terus Allah bayar cash! Macam mana? Bedebuk aku jatuh tertiarap atas jalan tar depan kafe kat hostel tersagat lutut siku kedua- dua sakitnya Allah je lah tahu. Masa jatuh tu satu je aku fikir balasan apa yang aku buat tadi. Huhu. 


Macam tiap- tiap minggu injured pulak, minggu lepas kuku ibu jari kaki sedikit patah pasal galak futsal pakai sneakers dan minggu ni yang ni pulak. Huu. Tak pe. Allah sayang kamu Atyrah.



Narrated Abu Sa'id Al-Khudri and Abu Huraira: The Prophet said, "No fatigue, nor disease, nor sorrow, nor sadness, nor hurt, nor distress befalls a Muslim, even if it were the prick he receives from a thorn, but that Allah expiates some of his sins for that."  - Sahih Bukhari -


Walaupun hanya tertusuk duri, itu juga cara Allah menghapuskan dosa kita. Maha Suci Allah yang Maha Pengampun. 


 Narrated Abu Huraira: Allah's Apostle said, "If Allah wants to do good to somebody, He afflicts him with trials." - Sahih Bukhari -


Ini pun satu ujian jugak. Yang pasti ia tak kan sia- sia kalau kita ambik pengajaran daripadanya. Kan? Be patient lah Atyrah. U can do it.



Royals English Debate, I'll complete the series this weekend InsyaAllah peeps. Sekarang works overwhelming me, test itu dan ini. Mid term around the corner, assignments, so on. 



Random : That's the way I recuperate myself. Making sense of feeling better now. Alhamdulillah.


Tuesday, January 4, 2011

how i define charismatic






Assalamualaikum



This one thing that I seek in a guy instead of for sure totally-strong-faith-foundation. CHARISMATIC. So suddenly I am talking about this. No wonder, I need to say to u guys welcome to the crap page, read : my blog. Sorry. Bulan terang. )=



Let us further some more. Charismatic, there are guys that u might say "he's good looking" but seriously like it's very hard to find a guy that suit this word. And I admire this kind of guy with the sense of charismatic. It's no way serious but the way he looks at people the way he smiles the way he walks the way THE WAY HE TALKS the way he yada yada that are ways we can call them a charismatic guy. Ada sesetengah orang suka yang sort of sense of humour but not me. Tak tahu kenapa. Huhu. I remembered, this guy used to say "a debater will likes a debater too for sure". But I said no. Not even all debaters have this quality, but usually they tend to have it. The charisma and confident inside are portray outside by that way. That's what I love about some debaters. It's not necessarily debaters will have this. Seriously. So guys outside there, jangan terasa. 



Heh. That's enough crap for tonight. Yea, I'm just coming back from watching the Mock Trial Theater at UIA PJ and I found one guy that fit the charismatic characteristic that I've  mentioned before. Girls, stop saying that he's hot. I know that. Pfffffttttt. Bisingla dorang ni "Tyra, tyra, PP ( Public Prosecutor ) tu hot! Hot!". Haha. Istighfarlah banyak- banyak kau Atyrah sebelum kau tidur malam ni. Eheh. Istighfar! Basuh mata, basuh hati tu doe!










Random : Trial in a law term means "perbicaraan fasa pertama untuk kes mahkamah."








Sunday, January 2, 2011

pesan umi

Assalamualaikum,




Umi, Selamat Hari Lahir yang ke 40++. Maafkan kakak sebab lambat wish, banyak benda dalam kepala kakak ni sampai kul 11 pagi tadi baru ingat hari ni birthday umi. Jahat kan kakak? Birthday umi sendiri pun lupa.



Seronoknya kalau kakak ada disisi umi dan keluarga saat ini. Rindu rasanya nak melihat senyuman, gelak ketawa umi, adik dan semua. Sungguh. Biar berjuta senyuman teman taulan tak sama dengan sekuntum senyum umi. 



Umi kata, umi dah semakin lanjut usia. Harapnya nanti tercapai impian umi nak lihat kakak bahagia dan bahagiakan umi dan juga keluarga kita. Sudah tentu umi. Jika suratan itu tertulis untuk kakak, pasti. Kakak akan laksanakan.



Umi, sungguh umi pernah kata kasih sayang orang lain tak kan pernah serupa dan setulus kasih ibu. Umi pernah kata tidak ada orang sayangkan kita layaknya seorang ibu yang sayangkan anaknya. Dulu kakak hanya dengar masuk telinga kanan keluar telinga kiri namun setelah kakak belajar hidup sendiri kakak sedar benarlah kata umi. Tidak ada pujukan selembut pujukan umi. Tidak ada elusan kasih selembut kasih umi. Tidak ada sinar pandangan mata seikhlas redup sinar mata umi, terhadap kakak. Terhadap adik. Dan kakak rindukan semua itu. Ah, masa terlalu pantas berlari. Sehingga kadang- kadang kakak lupa untuk menghayati apa yang kakak lalui sebelum ini. Namun masa tidak boleh diputar kembali.




Umi, suatu hari nanti kakak ingin melayan umi seperti mana umi melayan kakak sejak mula kakak lahir hingga kini. Umi yang tamparkan nyamuk yang hinggap di tubuh kakak, umi yang berjaga malam menemani kala sakit demam kakak. Umi lah segalanya. Yang teman tangis kakak pun umilah. Yang kalau kakak senyum umi ketawa, kalau kakak muram airmata umi yang tumpah dulu. Yang kadang- kadang permintaan kakak belum sempat habis meluncur dari bibir umi sudah angguk. Yang segala apa yang kakak tunjuk umi angguk juga sambil senyum. Yang kakak ingin pergi kemana- mana umi bawa. Yang berhabis untuk kakak pun umilah, segala- galanya umi lah juga. Selain DIA, tentunya.



Terima kasih umi kerana sudi menangis bersama kakak, yang sudi mendengar cerita kakak walau pagi dinihari tika kita jauh. Yang menelefon kakak paling kurang sekali sehari. Kakak akan ingat sampai bila- bila tangan yang mengusap airmata di pipi kakak bila kakak menangis umi. Yang masih memandang kakak dengan harapan tika semua orang sudah berputus asa dengan kakak. Yang percayakan kakak, untuk segala- galanya.  Kakak tak akan lupa sampai bila- bila. 



Umi pesan " Bukan senang untuk dapat seorang sahabat yang akan menyayangi kita seikhlas hati. Jika sudah ada jagalah persahabatan itu sebaik- baiknya. Kerana itu pemberian Allah ".




Dan, kakak belum dapat sahabat sebegitu umi.
Namun bukan itu yang kakak suguhkan umi. Umi jangan bimbang itu. Kakak baik- baik saja. 




Umi, selamat hari lahir. Nantikan kepulangan kakak ! (=




Salam rindu,
-kakak