Followers

Thursday, January 13, 2011

gadis- gadis ini dan para lelaki




Assalamualaikum


Hikayat aku bukanlah hikayat anak- anak raja yang punya hamba sahaya yang akan berbuat apa sahaja sebelum minta terluah dengan kata. Kisah aku hanya omel rakyat jelata yang tidak punya apa- apa tapi punya hati dan rasa. Juga. 



Situasi 1


Di sebuah gelanggang futsal yang biasanya didominasi oleh kaum lelaki. Terdapat sekumpulan gadis berumur awal dua puluhan sedang menukar selipar yang dipakai kepada kasut sukan. Giliran mereka untuk beraksi sudah tiba. Sementelah gelanggang lelaki hanya disebelah mereka. Beberapa orang daripada budak perempuan itu melihat penuh minat gaya permainan lelaki disebelah mereka. Tiba- tiba, datang beberapa orang lelaki dari dalam gelanggang menegur mereka. 


" Hai awak baju pink. Nama sape? Nak kenal boleh? " Kata salah seorang daripada mereka dengan senyum yang tidak tahu bagaimana harus ditafsir rupanya. 


Gadis berbaju pink itu hanya memandang mereka tanpa reaksi. Lalu dibalas oleh seorang daripada lelaki- lelaki itu.


" Weh gila jual mahal diaaaaa. Tengok mata dia pandang, tajamnya! " Kata mereka sambil berlalu menjauh. 


Si gadis masih tidak bereaksi. KOSONG. Apakah? Dia hanya mula bereaksi bila teman itu menarik tangan masuk ke gelanggang.



Situasi 2

Sebelum gadis- gadis itu pulang, si gadis berbaju pink berhenti bertanya kepada abang tauke futsal ketika teman- teman yang laen sudah berlari ke kereta. 

" Dah bayar ke? "

" Belum lagi. Awak, dia tu mintak nombor, " Sambil menunjuk ke arah rakan yang duduk di atas bangku. 

Si gadis terdiam sebentar. Lalu bertanya.

" Berapa? "

" RM50 "

" Awak,..jangan marah " Kata si lelaki itu. Mungkin cuak apabila gadis itu berubah air muka.


" Luna! " Si gadis memanggil rakannya sambil menunjuk isyarat lima dan kosong menggunakan tangan kanannya. 

______________________________________


Lelaki, mungkin kamu tidak pernah tahu tentang sesetengah perkara tentang gadis. Sesetengah gadis terlalu lemah dengan kata- kata dan pandangan mata yang kau lontarkan kepadanya. Bukanlah lemah kerana apa, nantikan takut terjatuh kasih. Kau tidak pernah tahu bagaimana pandangan mata dan lontaran kata kau kepada gadis- gadis ini bakal menjerat hati. Kau tidak pernah tahu, lantas si gadis memilih untuk menjauhi. Mungkin kasar ataupun sombong kata kau namun itulah perlindungan yang mereka ada. Lelaki, sekali gadis- gadis ini jatuh hati tidak seperti kaummu, kau tidak pernah tahu bagaimana rasa seksanya. Sedangkan niat kau hanya apa? Hanya untuk suka- suka, atau mungkin menguji. Janganlah sebegitu kejam wahai lelaki, kepada gadis- gadis seperti ini. Jiwa mereka rapuh ditutup dengan tegar yang kau lihat di luar. Kasihanilah mereka. 



Sekali gadis- gadis seperti ini membuat keputusan, tangan, kaki, dan seluruh anggota badan akan mengikut rentak serupa. Jika putih, putih lah. Kalaupun kelabu, maka kelabulah. Kerana gadis- gadis seperti ini sudah banyak kali mungkin terluka, lantas dia tidak mahu terluka lagi. Maka jika sekali diberi peluang fahamilah. Gadis- gadis ini tidak pernah pandai membaca kelakuan lelaki yang suka kepada mereka. Mereka hanya mengganggap itu semua itu kebetulan. Mereka perlukan kata- kata yang berketul keluar dari ulas bibirmu wahai lelaki jika benar kamu sayangkannya. Lucu bukan? Tapi begitulah mereka. Mereka terlalu berhati- hati tidak mahu dilukai lagi, oleh kaummu, Lelaki.





Random : Jangan sangka gadis di dalam situasi itu aku. Titik. 




8 comments:

farah said...

perghh !! mantap .. ni idea tgh mlm ke ..?? huhu , xpe .. byk pengalaman .. hehe , weh .. sori semalam .. ak ketiduran .. tatau bile ak dah tertido .. bgn2 da pukul 6 .. huhu

Cidak said...

peh,

saya pun seksa skang nih..

haha

amierul said...

Haha...bagi aq ini sangat lawak..well remaja zaman skunk..

Zawani Zainudin said...

ulala~ well-composed scripts =)))) beautiful

Tyra Hanim said...

~farah~



hahahah, ye ot. Bukan weh senanye luahan jiwa gitu orang kate. Kihkih. Sokay,, aku paham. Nanti kite cari mase and we'll have talk togetha k?

Tyra Hanim said...

~cidak~


sama seksa tapi tak sama rasa Y,Y

Tyra Hanim said...

~mierul,


ye aa lawak.
Ye ko remaja zaman batu kan
hahaha

Tyra Hanim said...

~sis Zwen~


so called when-heart-speaks-out-speak-now.


hahaha