Followers

Sunday, February 20, 2011

tips : teh o ais limau di tengah hari yang buta



Assalamualaikum,



Mesti ramai yang ingat aku ni dah buang tebiat sebab asyik post belog aje. Macam gaban jek, hehe. Biolah, sesaje sesuke. Ye aa time aku tengah rajen ni boleh la aku post banyak- banyak. Okay sikit je intro dia. Skang mai kita cakap sal tajuk kat atas tu an. Dulu aku pelik ade seorang housemate ni an suke sangat minum teh o ais limau, atau apa- apa je lah yang ade limau nipis. Mula- mula aku minum tu rase macam ta sedap. Putuiiiihhhhhhh. Ada sekali tu aku un malas na order air cam biase aku order so aku un order la teh O ais limau ni an. 


Gulp! Sedap pulak mendalah ni. Lepas tu setiap kali aku order air memang aku minum itu aje. Lagipun aku tahu limau ni banyak khasiat dia. Yang paling wat aku stick dengan dia tentulah kebolehan dia menurunkan berat badan. * Gelak malu * Hik (=


Jom cikidout dia nye khasiat sket. Asid sitrik yang terkandung dalam limau nipis berkesan menghilangkan lemak dan menguruskan badan. Asid sitriknya juga boleh digunakan untuk melegakan perut dan melancarkan penghadaman. Limau nipis juga mengandungi vitamin A dan vitamin C. Tu dia khasiat utama, mestila banyak agi an, Wallahu a'lam. Ngeh. So cara terbaik bagi aku untuk consume benda ni adalah melalui minuman yang kita minum la, korang un kena wat tahu! (=


Lepas tu aku google la pulak petua guna limau nipis ni an, 


Petua kempiskan perut

Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula. Tapi..AWAS...sekiranya buncit ada anak....mintak maaflah... 


HAHA. Pandai lak petua nenek ni wat lawak. Tee hee. 




Mengatasi kelemumur

Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limaunipis.





Bolehla anda pergi minum teh o ais limau skang. Bui! Okay aa, kite na pegi wat homework aa awak, awak jangan lupa minum teh o ais cam kite ea? Nanti kit kurus la same- same! Haha. Esok kita wat presentation arab solo, doakan kite ye awak? BABAI. xoxo~



No comments: