Followers

Friday, April 15, 2011

cinta umi dan abah



Assalamualaikum,


Weh, ya Allah lamenye ta post belog. Tehee. Anda semua apa kaba? Saya sihat alhamdulillah. Suspend ta tengok tajuk? Jum kite hikayat jum? Hehe.



Ada satu kisah, ya mungkin kisah biasa namun bukanlah biasa juga bagi orang yang merasa. Cinta umi dan abah. Manis. Semanis madu, berbeza rasanya. Hujan- hujan begini sambil duduk di anjung rumah, umi bercerita tentang kisah- kisah yang jika bisa umi kata dia ingin kembali merasai semua itu semula. Saat masih menjadi remaja, saat meniti usia dewasa, bergelak ketawa, saat dilamun cinta. Dengan abah. Umi kata, ya memang indah. Tak terungkap dengan kata. Yang indahnya hanya bisa digambarkan bila umi dan abah bertentang mata dan mereka tersenyum mesra. Ah, umi dan abah. Kami ini lambang cinta mereka berdua. Namun bukan mudah jua membina tugu cinta yang teguhnya bukan dibina sehari dua. Berjuta airmata dan rasa, yang bukanlah manis sentiasa tentunya. 




Tiba masa umi bercerita, supaya kita yang muda ini jadikan ia teladan dan sempadan. Dan juga cuba menyuburkan kesyukuran di hati kami anak- anak, punyai ibu bapa seperti mereka. Umi kata waktu muda- muda dulu abah bukanlah stok mengulang ke masjid, bukan juga produk usrah dan qiam jemaah. Hanyalah seperti anak- anak muda yang lainnya. Menikmati hidup di zaman bujang. Lelaki seperti abah, umi kata jauh panggang dari api untuk umi mertabatkan sebagai imam sepanjang hidup umi. Namun, itulah yang dikatakan kalau jodoh tidak ke mana.


Umi kata sewaktu muda dulu abah perokok tegar, dan umi pula sangat bencikan perokok. Namun, pertemuan pertama antara umi dan abah, membuahkan rasa yang bukan sedikit di hati abah. Ringkas cerita, kerana sudah tertulis memang begitu ceritanya, kita hanya selusuri jalan yang termaktub. Umi berikan abah masa untuk berubah, dan yang paling penting buang tabiat abah yang satu itu, merokok. Abah bukanlah calang- calang juga, pelajarannya ada dan keluarganya juga baek- baek. Cuma itulah, abah mencari jalan sendiri, sedikit tersasar daripada laluan adik- beradiknya yang laen.



Umi kata memang benar ketika itu dia sudah mula sayangkan abah, dan kata- kata yang biasa kita dengar. Bila sudah sayang yang buruk semuanya kelihatan baek, namun tidak umi. Kerana bagi umi kahwin itu sekali seumur hidup, dan orang  kita akan berkongsi hidup sepanjang hayat dikandung badan. Haruslah yang terbaek, untuk kita. Sesuai dengan kita juga yang perlu cuba jadi terbaek untuk dia. 



Dengan izin Pemilik Segala Cinta, umi dan abah disatukan. Kami yang mendengar tersenyum- senyum. Indahnya cerita cinta umi dan abah, bagaikan fairy tale juga ada. Atau cliche novel yang sering dibaca. Umi demikiannya berkata, tidaklah semanis nampak pada pandangan kulit luarnya saja, pahit didalamnya bukan mudah untuk dihadam. Bukanlah mudah untuk abah melupakan separuh dirinya yang dulu, menjadi lebih baek demi umi. Dan bukanlah mudah bagi umi untuk menerima dan melupakan kisah silam abah. Menerima baek dan buruk abah seadanya. Kerana ya, abah sedang membina dirinya yang baru. 



Mereka merangkak, bertatih, berjalan dan berlari bersama. Dan mereka lestarikan satu makna, bahawa kehidupan ini Allah kurniakan untuk mereka bukanlah sia- sia. Dan matlamatnya bukanlah hanya didunia, tapi di sana. Bukan mudah, ya. Umi tersenyum di akhir kalam petang itu. Hujan masih lagi turun renyai- renyai. Kami pandang halaman rumah yang berumput hijau. Kami tersenyum, ya bukan mudah namun bahagia menyinari hujung jalan. Alhamdulillah. Itu kisah cinta umi dan abah. Kami pula bagaimana ?




* * * * *



Haha. Rasa macam na ketawa lak lepas saya tulis cerita ni. Sesaje je, kisah ni ta de kaitan dengan umi dan abah saya. Dengan saya pula? Lagilah tiada.. (=
Dah lame saya ta online, mesti anda semua ingat saya pulun- pulun bukan maen. Hukhek. Saya pulun tido dan maen game. Time na exam macam- macam jenis addiction baru yang ada. Uish ! 


Selamat menikmati cerita ni. Setiap yang manis itu, percayalah ada berjuta pahit dahulu sebelumnya..


Peace ! (=













2 comments:

prinCess zeneL said...

gud luck in your life tyra ...

Tyra Hanim said...

you too yam (=