Followers

Thursday, October 11, 2012

2 accidents in one day!

Assalamualaikum,


Anda pernah tak rasa hilang harapan untuk hidup? Rasa macam hidup segan mati tak mahu? Normal kan kalau dalam hidup ni kita rasa maca tu? The cycle is fluctuating, up and down. Worth and forth. Right?


For certain reasons, that's what I'm going through right now. I don't know what's wrong with me.


That 5days shifted a whole lot of things. One thing I confirmed, I became numb. I'm blindfolded. I don't know for sure what I was thinking.



Aishhh, I want to write it in Malay. K, tukar language.



Baru pulang dari UKM hari Selasa ada debat Piala Perdana Menteri tu kan. Hari Rabu malam ada kelas Tort Law, Sir Azizi takde so kami semua tengok movie, night screening of "Law Abiding Citizen". Habis kelas bersiap sedia untuk pulang, turn on hitz.fm semua, while my mind was wondering God knows where, saya tekan minyak kaw kaw punya untuk gerak and BOOOMMM!! langgar barrier parking kat depan! Macam mana boleh lupa dekat parking FSU tu ade barrier kecil untuk parking di depan. Saya tak reverse tapi pergi tekan minyak! Kuat pulak tu! Allah. 



Masa tu hujan rintik- rintik, gagahkan tubuh keluar dari kereta. Nasib baik tak ramai orang, kalau tak tentulah kecoh! Rakan sekuliah yang kebetulan parking di sebelah temankan saya tengok kereta kalaulah ada kemek kemek dan calar. Alhamdulillah takde, sebab barrier tu kecil je. Dan mungkin sebab malam, saya tak nampak pun. Saya langar bahagian bawah bumper depan kereta tapi agak kuat jugak saya rempuh sebab memang tekan minyak kuat  )'=


Itu semalam, pagi ni saya terlambat pergi kelas akidah. Keluar saja rumah bergegas hidupkan enjin. Saya nampak ada kereta wira merah di parking depan rumah jiran. Tapi saya tak perasan yang kereta tu parking di depan pagar rumah kami jugak. Saya mula reverse ke belakang dan pulas steering macam selalu kalau keluar park dari pagar rumah, dan BAAAMMMMM! Saya pandang belakang. Astaghfirulahal azim! Saya langgar kereta merah tu!



Saya terus keluar kereta. Dan akak yang rumah sebelah(student USIM jugak) keluar daripada rumah. Saya malas nak cerita drama apa yang jadi. Dan selepas itu saya memandu ke kelas sambil menangis. Saya kesal dengan diri saya. Bayangkan dua kemalangan dalam masa dua hari dan lebih sedih lagi, Alex, (read : my car) baru berusia kurang sebulan. Sudah tiga kali kemalangan, walaupun kecil tetap saya kesal. Dan yang paling saya kesalkan saya tak tahu apa yang saya fikirkan dalam masa sehari sampai jadi macam tu sekali. Mungkin saya tahu apa yang bermain di benak fikiran saya, mungkin saya maklum yang saya sedang bermasalah 'jiwa' tapi saya tak sangka sampai macam tu jadinya. Ya Allah..



Pergi kelas pun tak dapat nak focus, nasib baik ada Shafiqah. Dia yang temankan saya pergi carwash, polish & repair mana- mana yang patut. Scar Alex yang pertama di bahagian depan, kalau perhatikan betul-betul baru perasan, scar kedua (malam punya) agak teruk tapi tak nampak sebab bawah bumper. Dan scar ketiga, teruk dan kena cat balik. Dah polish pun tapi masih nampak. Kesian Alex. Saya memang tak call umi dan cakap apa yang berlaku. Tak nak umi risau. Biarlah saya tanggung sendiri. Kesian umi.. Umi, kakak minta maaf. Bukan tak nak bagi tahu, tapi..



Alex is like one part of mum accompanying me here. And I love him so much that sometimes I treat him like a pet. Funny though but it's true.



Ahh, things get too personal dan saya tak mahu tulis kat sini.  Let me keep it by myself.


 Minggu lepas saya demam, masih belum sembuh sepenuhnya dan dua tiga hari ni muka pucat, mata panda dan sembab. Sering bermain di fikiran saya, something bad will happen to me and I don't know what. I feel so resentful. Tak sangka sampai macam ni sekali jadinya "sakit". 


Doakan saya kembali ceria kawan- kawan! )=















2 comments:

ElixirReyn said...

tyra, be strong! as long as u remember Him,He will always by ur side =) miss you ma dear

Tyra Hanim said...

yea, perhaps it drove me closer to him. Regardless, thanks honey. Well I miss u too! (: