Followers

Monday, November 5, 2012

Seratus Hari Lagi


Assalamualaikum,



An old poem of mine, derived from my old blog. I didn't write any for so long time, if anybody here's missing my piece(lah sangat). Here it is, just for you. Memang dah lama sangat ni, lepas SPM sebelum masuk tamhidi lagi pun.


Feel the pain can you?


Seratus Hari Lagi


Aku ingin tidur
Untuk seratus hari lagi
Biar aku khali
Biar aku lali
Biarkan aku sendiri

Supaya nanti
Matahari yang cerlang sinarnya
Tidak aku saksikan
Terangnya cahaya bulan
Tidak aku pedulikan
Awan gewaman menari
Tidak aku endahkan
Nanti kan airmataku menitis lagi
Oh, rawannya hati!

Seratus hari lagi
Kuharap mimpi menjadi realiti
Senyumku berseri- seri
Dan aku tidak perlu lena
Untuk seratus hari lagi 



Kenapa tidur? Kerana tika itu, kita pejam mata. Luka-luka jiwa juga tidak dirasa. Ada kemungkinan kita dibuai mimpi indah juga..


Suits the situation. There a moment, when we need a sweet escape. Even just for a while.