Followers

Friday, February 22, 2013

Cinta : Kisah Dongeng Saja



Assalamualaikum,


Kawan- kawan maafkan saya jika ada yang bertanya kenapa dah lama tak post belog. Sibuk sangatkah?

Tak pun sebenarnya, hanya sibuk menyibukkan diri barangkali :-)

Entah mengapa setiap kali jari di kekunci, idea yang mencurah bagaikan terpadam. Umpama marak api disimbah air. Maafkan.

Beberapa hari yang lalu ada seorang rakan yang memuji lagi, post saya yang bertajuk "Cinta Yang Agung Adalah Cinta Yang Gagal". Saya bertanya, apa yang menarik tentangnya? Namun pun cinta yang gagal! Bukan?

Malam hari ini saya ingin berbicara tentang cinta lagi.


*****


Lewat malam itu fikiran saya menerawang lagi. Menjengah kembali layar Bollywood yang ditonton petang tadi. Veer Zaara tajuknya. Tentang cinta teruna dan dara dipisahkan ruang waktu dan masa, halangan keluarga yang pertamanya. Veer, hero yang sanggup mengaku bajingan dan dikurung di penjara 22 tahun lamanya kerana ingin menyelamatkan maruah si dara. Dan Zaara, heroin pula selepas menerima berita yang kononnya kekasih hati, Veer Pratap Singh mati dalam sebuah kemalangan, memutuskan pernikahannya, memilih meninggalkan keluarga dan menunaikan impian keluarga Veer di kampunya halamannya. Begitulah lebih kurang ceritanya.

Bait yang menyentuh kotak fikiran saya apabila Saamiya, peguambela Veer bertanya

Mereka sanggup berkorban demi cinta sebegitu rupa? Adakah mereka ini dewa berwajahkan manusia, atau manusia semulia dewa?

Kurang lebih begitulah pertanyaannya.




Lantas saya tefikir adakah lelaki yang akan berkorban sebegitu rupa untuk seorang wanita yang mencuri hatinya? Atau, adakah wanita yang sanggup mengabdikan dirinya untuk menunaikan impian seorang lelaki yang diserah seluruh jiwa kepadanya?

Gadis,
Usah impikan lelaki seperti Veer jika pengorbananmu tidak setanding Zaara.


Wujud lagikah lelaki yang rela berkorban demi cinta kepada wanitanya? Romeo alaf millenium, masih wujudkah? Atau yang ada hanyalah Don Juan yang berbibir manis mengungkap kata dusta, hanya untuk suka semata?

Begitu banyak persoalan cinta yang bermain di kepala, membuatkan saya berfikir semula. Bagaimana pula saya? (:

Akan adakah lelaki seperti itu juga? Saya yang beginilah. Adakah seseorang yang sudi menerima seadanya? Teringat saya, umi pernah berkata, saya keras kepala orangnya. Barangkali perlukan lelaki yang lebih tuaaaa yang tahu benar caranya memujuk jika mahu saya mengikut kata. Kalau berlawan keras kepala memang tidak akan kemana. Kutub yang sama saling menolak bukan? Sejauh mana kebenarannya saya pun tak tahu. Namun mungkin ada benarnya juga. Barangkali salah satunya faktor keluarga, saya anak sulung berjarak 12 tahun dengan adik lelaki saya. Kemahuan saya banyak diikutkan juga, tambahan saya cucu perempuan keluarga, sentiasa juga dimanja. Mungkin itu yang membentuk perwatakan saya yang sebegitu. Dan pengalaman- pengalaman hidup yang lainnya, membina sekeras tembok untuk menutup lembut didasarnya, kerana runtuhnya tembok itu, itulah saya selemah- lemahnya. 


Jadi dengan saya, kena ada caranya, kata umi lagi lagi. 
Ya, inilah saya. 


Salahlah jika saya yakin suatu hari nanti akan ada seseorang yang faham dan terima ia seadanya?



Mencintai aku dengan seadanya, 
Sanggup menerima insan tak sempurna, 
Atau cinta sebegitu hanya kisah dongeng saja.


OMG : Jiwang gila. Bye. HAHA












1 comment:

Anonymous said...

Pretty ѕection of cоntent. I just stumblеd upon your ѕіte аnd in aссeѕѕion
caрital to аssеrt that I аcquire actually еnjoyed acсount your blog posts.
Anyωаy I'll be subscribing to your feeds and even I achievement you access consistently rapidly.

My weblog: [主页]