Followers

Monday, April 1, 2013

Kita penulis cerita kehidupan, Allah penanda betulkan.



Assalamualaikum,


Malam itu saya berteleku ditingkap, memandang bulan, memandang alam, menghayati malam. Saya lihat susuk tubuh saya sendiri, ke atas ke bawah, ke bawah ke atas. Persoalan yang muncul tiba-tiba, dimana saya sekarang? Maksudnya, apa yang sedang saya lakukan? Apa yang saya sedang kerjakan? Di mana saya belajar? Sudah tercapaikah impian saya lima tahun dahulu atau bagaimana hidup saya lima tahun yang lalu dan mengapa? Di mana? Kenapa? Banyak lagi soalan-soalan yang menyerbu..


 http://zaenalmustofabinmaksum.files.wordpress.com/2012/11/kerudung-malam1.jpg


Saya diam menyepi.

Satu demi satu saya cuba menjawab soalan yang bertalu- talu diminda saya.


Saya sekarang merupakan seorang pelajar undang-undang yang tidak mendapat kelayakan pun untuk menjadi seorang peguam, di Universiti Sains Islam Malaysia, di Nilai Negeri Sembilan. Sudah tahun dua pengajian perundangan. Inikah yang saya impikan lima tahun dahulu? Ketika menghadap buku rujukan chemistry, biology, mahupun membuat latih tubi add math, inikah yang bermain di minda saya apa akan saya jadi lima tahun akan datang?Seperti yang sekarang kah saya impikan lima tahun yang lalu? Saya sekarang mendiami rumah sewa di Desa Akasia bersama rakan-rakan dek tak tahan dengan kolej kediaman (perlu ke sebut lol). Masih terlibat dengan kokurikulum kegemaran saya sejak sekolah, debat walau tidak selincah dulu. Saya di Nilai, Negeri Sembilan. Berhujung miggu di Tesco atau Giant, paling tidak kalau rajin drive ke Alamanda, Putrajaya. Serupakah dengan apa yang saya impikan dulu-dulu?






Jika dulu, tak apa lah saya ceritakan ya kawan kawan. Namun pun impian dan angan, moga boleh dijadikan pengajaran :) Ya dulu saya impikan saya akan menjadi seorang pelajar perubatan di sebuah universiti yang pastinya bukan di Malaysia. Di negara empat musim, ada winter, spring, autum dan sebagainya. Lantas kulit bertambah cerah sebab ye lah konon duduk negara orang putih kan. Musim bunga dan musim salji pastinya dinanti, ambik gambar, seronok dengan kawan- kawan dan jadikan modal untuk post belog pastu poyo pergi tag "perantauan" or something like that lah dekat post. Kalau sempat boleh masuk Utusan ke Berita Harian bahagian salam perantauan. Lepas tu lunch break dekat park, eating lunch box dengan housemates sambil pop quiz subject test. Lepas tu belajar masak banyak origin western food dan accomplish the list "before getting married". Sebab kat sana memang independent habis bab masak memasak ni, kejap ade housewarming party lah, majlis raya yang kita memang kena ingat resipi tok nenek sebab nak masakkan untuk kengkawan kan. Then itu bab masak masak, then kalau ikut perangai lagha sikit pergi local band punya konsert kenkadang ke kan, baru ada feeling na cover lagu macam Najwa Latif paling kurang. Lepas tu kalau cuti semester bajet tak nak balik sebab nak kerja sampingan, nak kumpul duit tabung kahwin. Hihi. Perangai gatal dalam ke luar negara kee sama sajeeee. 


http://artax.karlin.mff.cuni.cz/~isa_j1am/other/keukenhof/images/P4300442.JPG
 Kaukenhof, Lisse. Tempat Benz & Addin jumpe! Gaddd




Lagiiiii, kalau ada duit lebih boleh pergi summer trip keliling mane mane benua kann. Lepas tu dah alang alang jadi budak medic skema straight pembaris harus la nak cari bakal suami engineer barulah boleh bajet Aa+Bb barulah kena gayanya. Tapi selalu berangan taknaklah yang sama umur tak cool, nak yang senior baru hot haha sila ketawakan diri sendiri please. Pastu pastu pastu U dah habis belajar, tunggu I habis belajar pastu balik Malaysia sesame. Lalalalala~~~











 

Itulah antara yang saya impikan, sebahagiannya. *Senyum* Walau sekadar mimpi.



 
Atau paling tidak saya seorang AIKOLian, IIUM. Ahmad Ibrahim Kuliyyah Of Law, UIA. An established and prestigious law school in Malaysia. Major crush kat sana kot.  Duduk mahallah compartment yang comel tu, dengan Blue Mosque bajet dekat Istanbul kan. Memang UIA local university tapi masuk situ tak rasa macam duk Malaysia dah. Awesome kot. Join debating club UIA yang memang gempak pastu cari pakwe debater jugak(motif sangat hihi).


http://4.bp.blogspot.com/_MXHnuxB1UUg/TA7psG3vU_I/AAAAAAAABJ0/VDTeYJU1EkU/s1600/IIUM-1.jpg 



 http://3.bp.blogspot.com/-dvKohcsNau4/Tf_2bIa1oYI/AAAAAAAADPw/keML2PR0aoY/s1600/100_3157.JPG







Itu apa yang saya angankan lima tahun dahulu.



Dan selepas lima tahun itu, disini saya. Menulis kepada anda semua tentang impian yang belum lagi kesampaian. Lima tahun dahulu, kita tak jangka dimana kita. Sesetengah perkara yang kita tak pernah nak pun tapi kita dapat, seseorang yang kita tak nak jadi, kita jadi. Dengan orang orang yang kita tak sangka kita akan jumpa, kita jumpa. Dan peristiwa peristiwa yang mengajar kita erti dewasa, menjadi manusia. Saya menulis ini bukan untuk complaint, rebel dengan Tuhan, kenapa macam ini dan macam itu. Bukan, saya cuma nak berkongsi yang namanya kehidupan, tak pernah kita sangkakan. Sesuatu ketetapan Tuhan itu memerlukan ruang dan penaakulan yang dalam untuk kita perhalusi hikmahnya. Bukan sehari dua, bukan seminggu dua, banyak airmata pastinya. Dan apa-apa yang tak pernah terlintas di minda kita pun sebenarnya, kita alami dan rasai. Kita nikmati dan teladani. Oh, rupanya luas lagi dunia ini :) Jangan sempitkan dengan angan yang tak kesampaian. Itu semua rezeki.



Dan rezeki ini, jangan besar kepala dengan apa yang kita ada. Contoh, kita ada sebuah Macbook Pro la sebagai contoh sebab tak tahu nak bagi contoh apa. Hehe. Kecil bagi kita, separuh dunia bagi mereka yang lainnya. Rezeki ni nak cakapnya, yang ada dekat tangan pun kalau Allah kata bukan milik kita, terlepas sekelip mata. Sering terjadi kepada saya juga. Macam tu jugak dengan apa apa yang kita ada sekarang, tempat yang kita belajar sekarang, ada orang lain pernah menangis sebab tak dapat peluang yang macam kita dapat. Rezeki belajar sebagai contoh, memang sejak dari kecik nak belajar medik konon la kan, tapi bila dah dapat peluang depan mata, tak terbukak hati pulak nak terima tawaran. Tu pun kita kata tiada rezeki jugak.



Awak awak awak, kita merancang, Allah lah penentu segalanya. Allah tahu apa yang lebih baik bagi awak, Allah tahu bila masa terbaik untuk bagi pada awak, Allah tahu semua tu awak. Sabar la awak, sabar tu saham ke syurga jugak, kan?



Maka nikmat Tuhan yang mana kamu dustakan? Bersyukur, nescaya Allah akan lipat gandakan.


Apa rasanya jika kita terbangun dari tidur, kehidupan yang terkemudian ini hanyalah satu mimpi yang panjang? 


Allah. 



Mungkin lima tahun lagi saya, awak, kita akan menjalani hidup yang kita impikan, atau mungkin masih menafsir jalan kehidupan yang Allah tentukan. 



Untuk lima tahun akan datang, harapan masih ditangan, segalanya masih boleh diusahakan.


Kita penulis cerita kehidupan, Allah penanda betulkan. 













2 comments:

Anonymous said...

Veгy desсriptive pοst, I loѵeԁ that bit.

Wіll theгe be a part 2?

Αlso visit mу web blοg ... hcg drops diet

Azlan Ahmad said...

Assalamu 'Alaikum

I found your blog while looking for Mahallah Bilal. That second pic was my hostel from 1999-2002. Still vividly remember that sloping alley.

On the left side of first pic was my school Kulliyyah of Laws. Yes i was an AIKOLian. That was long time ago. The right side is Kuliyyah of Economics.

Thanks for the memories :)

One more thing i like to tell you. Sometime Allah don't grant samething because it's bad for us.

I was like you, i know how it's feel. In 1997 i'm want to go to oversea but then there was ecomonic downturn. So i opted to study engineering locally and IIUM was not my first choice.

Problem at that time was there are too many students scored good grade and couple with those unable to fly overseas. So some sacrifices must be made. Many were given places to study the courses we don't initially want.

Sooner or later we will come to term with that.

Just be patience.

Wasalam