Followers

Sunday, September 8, 2013

ZINE : Pelangi Petang #1

Assalamualaikum,


Apakah Zine?

Zine is most commonly a small circulation self-published work of original or appropriated texts and images usually reproduced via photocopier. 


The exact origins of the word "zine" is uncertain, but it was widely in use in the early 1970s, and most likely is a shortened version of the word "Magazine" with at least one zine lamenting the abbreviation. The earliest citation known is from 1946, in Startling Stories.


If you guys happen to be curious of what is Zine. That's basically what it is, for more history and hikayat of the origin of Zine kindly check it out on Wikipedia yea =p


 Zine ni kira baru baru lah muncul kat Malaysia, kalau yang jenis suka puisi- puisi jalanan atau yang memang follow seniman underground, Zine memang lah platform yang ampuh la orang kata. Gitu karangan SPM mak. Ada yang dibukukan ada yang publish dekat blog, semuanya hanya untuk berkongsi rasa, untuk suka suka, catatan gembira dan airmata :)


Saya nak menulis balik, mungkin saya tak boleh nak berlari terus, tapi saya yakin saya boleh bertatih. Penulisan adalah cinta hati saya, yang telah hilang sayangnya telah lama. Tapi kalau nama pun cinta? Akan sentiasa lahir semula kan? Cuma nanti banyak mana dibaja itu nantilah yang akan menentukan lebat hasilnya, bukan? Saya rasa, saya mulakan perlahan lahan. Yang penting terus jalan. Kepada yang bertanya, bila nak menulis kembali. Inilah mulanya, insyaAllah. Mohon ditembak dan dikirim doanya selalu ya kawan kawan? :)




___________________________________________________________________________________




Pantai Cinta Berakhir (PCB)

Aku berjanji
Nanti hari hari yang 
Akan kita lalui 
Kan kubawa kau kemari
Lihat bumi disapa mentari

Mungkin nanti kita bercerita
Tentang kisah kisah luka
Sepanjang jalan
Sebelum kita, dipertemu Tuhan

Dan pada waktu itu
Kita bersulam tangan
Berbalas senyuman.


Tyra Hanim. 27/7/2013






Friday, September 6, 2013

Bila giliran saya pula?

Assalamualaikum,



Lamanya tak tulis blog, dah rasa macam bertahun tahun lamanya gitu. Inilah jadi bila banyak sangat alternatively blog alike macam twitter dan instagram. If u know what I mean. Kalau dulu ada idea seciput kita perah sampai boleh nak tulis dekat blog ataupun gasak aje tulis banyak tu kan tapi sekarang tak payah nak post belog bagai tweet aje, buat tweet series nak habiskan cerita tu. Lepas tu kat instagram pulak kalau korang perasan semua orang dah mengarang caption gambar tu kalahkan Hikayat Malim Deman. Semua nak berjela aje caption buat karangan lah cerpen, novel bersiri bagai. Well apparently me too! Hihi. 



Bila lama sangat tak menulis ni I have this feeling, inferiority complex. Normal ke tak? Sebab macam eh nanti orang baca apa la dia fikir, tak pun nonsensical nyaaaa apa yang ditulis tu. Even tak tahu nak guna kata ganti diri apa? Aku ke, saya, I, ana? Ohhhhh. Tapi tak apa, demi kaseh kuturutkan jua. Cehhh. LOLOLOL ;p



Semalam ada member mintak tolong hantarkan dorang pergi KLIA nak farewell kawan fly pergi Jordan. Penat memang penat jugak tapi tak apa lah tolong kawan bukannya selalu juga. Sampai rumah dari tempat kerja(Cyberjaya) pukul 7 lebih macam tu, and kawan tu punya flight 10.10, which mean we need to be there an hour and half before departure time. International flight sejam sebelum tu dah kena check in kan so gotta be there earlier than that. 



Oh by the way, kawan- kawan tu semua schoolmate jugak. Maahad Muhammadi Perempuan remember? Dorang dulu buat diploma kat DQ dan sekarang baru sambung degree. Kisahnya masa dekat KLIA tu of course lah ada perasaan mengundang kan? Kalau diri sendiri fly pun takat balik rumah, datang Nilai balik atau domestic flight dekat dekat je. So mesti la ada soalan yang macam ni 


"Dia dah, orang tu dah, orang ni pun dah jugak? Diri sendiri bila lagi?"


Saya bagi contoh macam ni la, kalau awak pergi wedding orang kan, kalau tak diri sendiri yang tanya mesti orang yang akan tanya,


"Awak bila lagi?"


Ceitt, soalan nak tricky aje kan? Hehe. So back to business. Tak tahu kenapa eah saya rasa macam tu sekali. Rasa sebak macam yang tak tahu nak explain macam mana. Pastu terfikir pulak, nanti kalau diri sendiri family suku sakat semua datang ke, parents menangis tak, diri sendiri kuat tak, perasaan suka lagi banyak ke sedih yang beraja, barang nanti banyak mana, mesti macam nak punggah rumah sebab barang saya banyaknya selalu nauzubillah, dan macam macam lagi soalan yang inevitably coming through my mind.


Bunyi macam berangan kan. Tapi that's how you feel when you're in the middle of something you've been dreaming about. Bersalaman dengan kawan, lihat mukanya yang tak keruan; antara gembira- satu langkah menghampiri menara impian, satu langkah- meninggalkan yang tercinta sekaliannya. Saya senyum lagi, menghantar dia pergi. Antara gembira, dan tak terkata. 



Dan dalam hati yang tak putus bertanya


"Bila giliran saya pula?"