Followers

Friday, September 6, 2013

Bila giliran saya pula?

Assalamualaikum,



Lamanya tak tulis blog, dah rasa macam bertahun tahun lamanya gitu. Inilah jadi bila banyak sangat alternatively blog alike macam twitter dan instagram. If u know what I mean. Kalau dulu ada idea seciput kita perah sampai boleh nak tulis dekat blog ataupun gasak aje tulis banyak tu kan tapi sekarang tak payah nak post belog bagai tweet aje, buat tweet series nak habiskan cerita tu. Lepas tu kat instagram pulak kalau korang perasan semua orang dah mengarang caption gambar tu kalahkan Hikayat Malim Deman. Semua nak berjela aje caption buat karangan lah cerpen, novel bersiri bagai. Well apparently me too! Hihi. 



Bila lama sangat tak menulis ni I have this feeling, inferiority complex. Normal ke tak? Sebab macam eh nanti orang baca apa la dia fikir, tak pun nonsensical nyaaaa apa yang ditulis tu. Even tak tahu nak guna kata ganti diri apa? Aku ke, saya, I, ana? Ohhhhh. Tapi tak apa, demi kaseh kuturutkan jua. Cehhh. LOLOLOL ;p



Semalam ada member mintak tolong hantarkan dorang pergi KLIA nak farewell kawan fly pergi Jordan. Penat memang penat jugak tapi tak apa lah tolong kawan bukannya selalu juga. Sampai rumah dari tempat kerja(Cyberjaya) pukul 7 lebih macam tu, and kawan tu punya flight 10.10, which mean we need to be there an hour and half before departure time. International flight sejam sebelum tu dah kena check in kan so gotta be there earlier than that. 



Oh by the way, kawan- kawan tu semua schoolmate jugak. Maahad Muhammadi Perempuan remember? Dorang dulu buat diploma kat DQ dan sekarang baru sambung degree. Kisahnya masa dekat KLIA tu of course lah ada perasaan mengundang kan? Kalau diri sendiri fly pun takat balik rumah, datang Nilai balik atau domestic flight dekat dekat je. So mesti la ada soalan yang macam ni 


"Dia dah, orang tu dah, orang ni pun dah jugak? Diri sendiri bila lagi?"


Saya bagi contoh macam ni la, kalau awak pergi wedding orang kan, kalau tak diri sendiri yang tanya mesti orang yang akan tanya,


"Awak bila lagi?"


Ceitt, soalan nak tricky aje kan? Hehe. So back to business. Tak tahu kenapa eah saya rasa macam tu sekali. Rasa sebak macam yang tak tahu nak explain macam mana. Pastu terfikir pulak, nanti kalau diri sendiri family suku sakat semua datang ke, parents menangis tak, diri sendiri kuat tak, perasaan suka lagi banyak ke sedih yang beraja, barang nanti banyak mana, mesti macam nak punggah rumah sebab barang saya banyaknya selalu nauzubillah, dan macam macam lagi soalan yang inevitably coming through my mind.


Bunyi macam berangan kan. Tapi that's how you feel when you're in the middle of something you've been dreaming about. Bersalaman dengan kawan, lihat mukanya yang tak keruan; antara gembira- satu langkah menghampiri menara impian, satu langkah- meninggalkan yang tercinta sekaliannya. Saya senyum lagi, menghantar dia pergi. Antara gembira, dan tak terkata. 



Dan dalam hati yang tak putus bertanya


"Bila giliran saya pula?"

2 comments:

Qaseh Abdullah said...

Biar masa berbicara, akan tiba saat dan tika yang tepat, pasti termakbul impian

Tyra Hanim said...

InsyaAllah, amin please. Thanks awak :)